Abu Bakar bin Abdul Jamal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laksamana (Bersara) Tan Sri Dato' Seri
Abu Bakar Abdul Jamal
Kelahiran (1946-11-13) 13 November 1946 (umur 77)
Johor Bahru, Johor, British Malaya (kini Malaysia)
Kesetiaan Malaysia
PerkhidmatanBendera tentera laut Malaysia Tentera Laut Diraja Malaysia
Tahun perkhidmatan1966 – 2001
PangkatLaksamana
ArahanPanglima Tentera Laut Diraja Malaysia
15 Oktober 1998 – 2001
AnugerahPanglima Mangku Negara (PMN)

Laksamana Tan Sri Dato' Seri Abu Bakar bin Abdul Jamal (lahir 13 November 1946) ialah Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia yang kesepuluh.[1][2]

Beliau menyertai TLDM pada penghujung November 1964 dan ditauliahkan 1 September 1966. Beliau menjadi pegawai memerintah kapal ronda KD Jerong, KD Sri Perak dan kapal serang laju KD Ganyang dan KD Perdana. Beliau jua pernah menjadi ketua projek kapal korvet kelas Kasturi di Kiel, Jerman, sekaligus menjadi pegawai memerintah pertama KD Kasturi ketika ia ditauliahkan.

Beliau berkemahiran tinggi dalam bidang pengurusan sumber manusia dan seorang yang menitikberatkan pembentukan sahsiah dan keperibadian tinggi pegawai-pegawai muda dalam latihan. Ini dibuktikan beliau ketika dilantik menjadi pegawai memerintah KD Pelandok dan seterusnya lantikan sebagai Pegawai Staf Markas, Pembangunan Sumber Manusia.

Beliau yang lebih dikenali sebagai 'ABJ' atau 'AJ Bakar', kemudiannya dilantik menjadi Panglima Wilayah Laut I. Beliau seterusnya dilantik Timbalan Panglima Tentera Laut dan dinaikkan pangkat kepada Laksamana Muda Oktober tahun 1995. Pada tahun 1998 beliau dinaikkan pangkat Laksamana Madya dengan perlantikan beliau sebagai Panglima Tentera Laut menggantikan Dato' Seri Ahmad Ramli. Tan Sri ABJ menjadi pegawai TLDM pertama menyandang pangkat Laksamana penuh apabila pangkat Panglima TLDM dan TUDM dinaiktaraf pada 1 Jun 2000.

Pencapaian TLDM ketika era pemerintahan beliau antaranya ialah penyediaan doktrin pertahanan maritim. Ketika pemerintahan beliau juga, kontrak Super Lynx, Fennec dan kapal selam Scorpene ditandatangani.

Beliau yang bersara pada Ogos 2001, berkahwin dengan Puan Sri Datin Seri Kamariyah binti Buang dan dikurniai tiga orang cahayamata.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Eur (2002). The Far East and Australasia 2003. Routledge. ISBN 1-85743-133-2.
  2. ^ Abu Bakar bin Abdul Jamal, Memoir Seorang Laksamana, published by the Ministry of Defence, Malaysia (library.mod.gov.my/AccessionFullDisplayRetriever.jsp?H0008295)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Panglima Tentera Laut
14 Oktober 1998 – 12 Ogos 2001
Penyandang Kemudian
Laksamana Madya Dato' Seri Ahmad Ramli bin Mohd Nor Laksamana Datuk Mohd Ramly bin Abu Bakar