Laksamana Muda
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laksamana Muda ialah pangkat pegawai kanan atau pegawai berbendera dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Ia setara dengan pangkat Rear Admiral tentera laut asing dan mempunyai insignia dua bintang. Di dalam Angkatan Tentera Malaysia, Laksamana Muda setara dengan Mejar Jeneral Tentera Darat dan Mejar Jeneral TUDM.
[sunting] Insignia
Laksamana Muda lebih muda dari pangkat Laksamana Madya tetapi lebih kanan dari pangkat Laksamana Pertama dan memakai dua bintang di bahu. Pergelangan tangan bagi pakaian musim sejuk pula dipamerkan satu baris lebar dan satu baris sederhana beserta gelung di atasnya.