AdWords

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

AdWords ialah keluaran pengiklanan kemegahan dan sumber hasil Google yang utama. Ia membekalkan pengiklanan bayar per klik (PPC) dan pengiklanan yang menyasarkan tapak web untuk kedua-dua iklan teks dan iklan sepanduk.

Program ini merangkumi penyebaran tempatan, negara dan antarabangsa. Iklan teks Google adalah pendek sahaja dan terdiri daripada satu garis tajuk serta dua garis teks kandungan. Iklan-iklan imej boleh merupakan salah satu daripada beberapa saiz piawai Biro Pengiklanan Interaktif (IAB).

Bahagian AdWords di syarikat Google berpusat di Ann Arbor, Michigan.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Keluaran AdWords dilancarkan pada tahun 2000.[2] Pada mula-mulanya, para pengiklan membayar Google bayaran bulanan yang tetap, dengan Google menyediakan dan mengendalikan kempen untuk mereka. Untuk menampung perniagaan-perniagaan yang kecil serta juga mereka yang hendak mengendalikan kempen sendiri, Google kemudian memperkenalkan portal layan diri AdWords. Sejak dari tahun 2005, Google telah membekalkan perkhimatman pengurusan kempen yang dikenali sebagai Jumpstart [3] untuk membantu para pengiklan menyediakan kempen masing-masing.

Pada tahun 2005, Google melancarkan Program Profesional Pengiklanan Google (GAP) untuk mengesahkan para individu dan syarikat yang telah menyertai kursus AdWords dan lulus dalam peperiksaannya. Disebabkan oleh kerumitan AdWords serta jumlah wang yang terlibat, sesetengah pengiklan menggaji seorang perunding untuk mengendalikan kempen-kempen mereka.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.informationweek.com/news/showArticle.jhtml?articleID=202600809
  2. Google Milestones
  3. Apakah itu Jumpstart?

Pautan luar[sunting | sunting sumber]