Google China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 39°59′34″U 116°19′24″T / 39.99278°U 116.32333°T / 39.99278; 116.32333

Google China
Jenis Swasta
Industri Internet, perisian
Ditubuhkan 2005
Pengasas Google
Ibu pejabat Beijing, Republik Rakyat China
Tempat dibekalkan Tanah besar China
Induk Google
Laman web www.google.com.hk

Google China (谷歌, pinyin: Gǔgē") ialah subsidiari Google, Inc., syarikat enjin gelintar terbesar di dunia. Google China berada di kedudukan ke-2 di Republik Rakyat China, selepas Baidu.

Sesetengah perkhidmatan Google di China ditapis (seperti Picasa), manakala yang lain (seperti Google News dan YouTube) disekat terus.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Google China diasaskan pada 2005 dan sehingga 4 September 2009, diketuai oleh Kai-Fu Lee, bekas eksekutif Microsoft dan pengasas Microsoft Research Asia.[1]

Sama dengan syarikat lain di China, carian Google ditapis mengikut kata kunci. Bagaimanapun pada 22 Mac 2010 (23 Mac waktu Hong Kong), Google mula melencongkan trafik google.cn ke google.com.hk, dengan itu memintas kawalan China dan membenarkan carian Cina Ringkas tanpa tapisan.[2] Bagaimanapun, kewujudan dinding api China masih bermaksud keputusan gelintar yang didapati masih lagi bertapis.[3]

Ini berikutan pengumuman Google pada 12 Januari 2010, di mana ia "tidak lagi mahu terus menapis" keputusan carian di Google.cn, menyebut kes rekahan akaun Gmail aktivis hak asasi manusia China. Syarikat itu mendapati penggodam merekah dua akaun Gmail tetapi cuma dapat mencapai maklumat 'from' dan 'to' dan kepala subjek e-mel akaun-akaun ini[4] Siasatan Google terhadap serangan menunjukkan sekurang-kurangnya 34 lagi syarikat turut disasarkan. Antaranya ialah Adobe, Symantec, Yahoo, Northrop Grumman dan Dow Chemical. Dikatakan tujuan serangan ini ialah untuk mendapat maklumat mengenai sistem senjata, penentang politik, dan kod sumber aplikasi perisian.[5] Tambahan lagi, "puluhan" akaun Gmail di China, Eropah dan Amerika Syarikat dicapai secara berkala oleh pihak ketiga, melalui memancing data atau perisian perosak pada komputer pengguna.

China menyatakan tindakan Google untuk menghentikan tapisan itu sebagai "sama sekali salah" dan melanggar janjinya semasa mula-mula memasuki China.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]