Adele

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Adele
اديل
Adele pada tahun 2009.
Latar belakang
Nama lahir Adele Laurie Blue Adkins
Berasal dari Norwood Barat, London,
England, UK
Genre Pop, R&B, Soul[1]
Pekerjaan Penyanyi, penulis lagu
Instrumen Vokal, gitar, piano, bes, selesta, perkusi, papan nada
Tahun aktif 2006–kini
Label XL, Columbia Records
Laman web adele.tv

Adele Laurie Blue Adkins[2] (اديل لوري بلو ادكينس) atau lebih dikenali sebagai Adele (disebut ketara /əˈdɛl/) merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu berketurunan Inggeris yang memiliki suara kontralto. Beliau telah dilahirkan pada 5 Mei 1988 di Tottenham, London. Adele telah ditawarkan kontrak rakaman daripada XL Recordings selepas kawannya menghantar demonstrasinya melalui Myspace pada tahun 2006. Pada tahun berikutnya, beliau telah menerima Anugerah BRIT bagi "Pilihan Pengkritik" dan memenangi Sound of 2008 BBC. Album penampilan sulungnya, 19 yang dilancarkan pada tahun 2008 telah mendapat penerimaan yang baik sama ada secara komersial atau kritikan di United Kingdom (UK). Album 19 telah menerima empat kali platinum di UK.[3] Kerjaya Adele di Amerika Syarikat bermula ketika penampilannya di Saturday Night Live pada lewat tahun 2008. Ketika Anugerah Grammy 2009, Adele telah menerima anugerah bagi kategori "Artis Baharu Terbaik" dan "Persembahan Vokal Pop Wanita Terbaik".[4][5] Beliau juga pernah memenangi 8 Anugerah Grammy dan 1 Anugerah BRIT.

Pada awal tahun 2011, Adele melancarkan album keduanya yang bertajuk 21.[6][7] Album tersebut juga mendapat penerimaan yang baik secara kritis dan telah mengatasi kejayaan sulungnya secara komersial. Album 21 telah menerima 14 kali platinum di United Kingdom dan di Amerika Syarikat pula, album ini berada di tangga teratas lebih lama berbanding dengan album lain sejak tahun 1993.[8][9] Kejayaan album 21 yang diperoleh oleh Adele banyak disebut di Buku Rekod Dunia Guinness. Album ini juga berjaya memenangi Grammy untuk "Album Tahun Ini". Adele merupakan artis pertama yang berjaya menjual lebih daripada 3 juta salinan album dalam masa setahun di UK.[10] Dengan dua album dan dua single pertama daripada album 21, "Rolling in the Deep" ("Bergolek di Tempat Dalam") dan "Someone Like You" ("Seseorang Sepertimu"), Adele menjadi artis hidup pertama yang mencapai lima hit dua terbaik di Carta Single Rasmi UK dan Carta Album Rasmi sejak kumpulan muzik The Beatles pada tahun 1964.[11][12] Dengan pelancaran single ketiga daripada album 21, "Set Fire to the Rain" ("Tetapkan Api Kepada Hujan"), Adele menjadi artis pertama dalam sejarah untuk menerajui Billboard 200 serentak dengan tiga Billboard Hot 100 dengan tempat pertama. Album 21 adalah album yang paling lama berada di kedudukan pertama oleh artis solo wanita di Carta Album UK[13] dan pada tahun 2011, Billboard menamakan Adele sebagai "Artis Tahun Ini".

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Diskografi Adele

  • 19 (2008)
  • 21 (2011)

Jelajah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Adele: New Record is 'Quite Different'". SPIN.com. 2 November 2010. Diperoleh pada 8 May 2011. 
  2. Frehsée, Nicole (22 January 2009), "Meet Adele, the U.K.'s Newest Soul Star", Rolling Stone. (1070):26
  3. "Certified Awards Search". British Phonographic Industry. Diperoleh pada 1 March 2011. 
  4. "Brits on top: Duffy, Adele and Coldplay clinch top awards as they lead British winners at Grammys". Daily Mail (London: Associated Newspapers). 9 February 2011. Diperoleh pada 12 July 2011. 
  5. Coldplay, Robert Plant, Radiohead, Duffy and Adele win at Grammy Awards, Daily Mirror, Retrieved 21 February 2011
  6. "Adele: New Record is 'Quite Different'". Spin Magazine. 2 November 2010. Diperoleh pada 8 May 2011. 
  7. "Adele to Release '21' Sophomore Album in February Billboard 2 November 2010". Billboard. 14 September 2009. Diperoleh pada 8 May 2011. 
  8. "Adele's '21' - Biggest No. 1 Album Since 'Bodyguard'". Billboard. 25 January 2012. Diperoleh pada 31 January 2012. 
  9. Adele's "21" breaks records again CBS News. Retrieved 31 January 2012
  10. Kaufman, Gil (14 September 2011). "Adele, Lady Gaga, Justin Bieber Land New Guinness Records". MTV. Diperoleh pada 23 September 2011. 
  11. "Adele beats Lady Gaga to No 1... and matches Beatles for two top five singles and two top five albums in the same week", Daily Mail (UK), Retrieved 21 February 2011
  12. "Adele's 'Someone Like You' Tops UK Singles Chart", MTV, Retrieved 21 February 2011
  13. Adele makes music history again with album chart record BBC News Online 4 April 2011

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: