Adobe Flash Player

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Adobe Flash Player
Adobe Flash Player Icon
Pembangun Adobe Systems (dahulunya Macromedia)
Keluaran pertama 1996; 18 tahun yang lalu (1996)
Sistem pengendalian Microsoft Windows, Mac OS X, Linux, Solaris, BlackBerry Tablet OS, Android, and Pocket PC
Pelantar Pelayar web dan perisian berasaskan ActiveX
Terdapat dalam 12 bahasa[1]
Jenis Pentafsir, Pemain Media
Lesen Perisian percuma proprietari EULA
Tapak web adobe.com/products/flashplayer/

Adobe Flash Player ialah perisian yang memaparkan animasi dan filem dengan menggunakan atur cara komputer seperti pelayar web. Flash Player ialah pemain multimedia dan aplikasi ciptaan Macromedia, kini dibangunkan dan diedarkan oleh Adobe setelah membeli Macromedia. Flash Player menjalankan fail-fail SWF yang boleh direka dengan menggunakan alat pengarangan Adobe Flash rekaan Adobe Flex, atau mana-mana alat Macromedia yang lain dan pihak ketiga.

Nama Adobe Flash, atau sekadar Flash, merujuk kepada program pengarangan multimedia tersebut ataupun Adobe Flash Player edaran Adobe yang menggunakan grafik vektor dan raster, bahasa peenskripan tersendiri iaitu ActionScript dan penstriman video dan audio dwiarah. Sebenarnya, Adobe Flash hanya memaksudkan sekitaran pengarangan manakala Flash Player ialah mesin maya yang digunakan untuk menjalankan fail Flash, namun erti-erti tersebut sering dicampuradukkan dalam bahasa percakapan. Oleh itu, nama "Flash" boleh memaksudkan sekitaran pengarangannya, pemainnya atau fail-fail aplikasinya.

Flash Player menyokong bahasa penskripan tersirat bernama ActionScript (AS) yang berasaskan ECMAScript. Semenjak diperkenalkan sebagai sintaks skrip tanpa pemboleh ubah, ActionScript telah berkembang maju untuk menyokong kod berorientasi objek, hinggakan keupayaannya boleh dibandingkan dengan JavaScript (satu lagi bahasa penskripan berasaskan ECMAScript).

Pada awalnya, Flash Player direka untuk memaparkan animasi vektor dua dimensi yang ringkas, tetapi kini sesuai untuk mereka aplikasi Internet kaya dan menstrimkan video dan audio. Flash Player menggunakan grafik vektor untuk meminimumkan saiz fail serta menghasilkan fail yang menjimatkan lebar jalur dan masa pemuatan. Flash ialah format yang sering digunakan untuk permainan, animasi, dan GUI yang dibenamkan dalam laman web.

Flash Player tersedia sebagai pemalam untuk versi-versi terkini pelayar web (such as Mozilla Firefox, Opera, Safari dan Internet Explorer) di platform-platform terpilih. Adobe menyatakan bahasa setiap versi pemalam adalah serasi dengan versi sebelumnya, kecuali perubahan ciri-ciri keselamatan yang diperkenalkan dalam Versi 10.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]