Ahmad Daud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ahmad Daud

DSPN, PKT, AMN
Kulit piring hitam Ahmad Daud
Kelahiran
Ahmad Daud bin Mohamad Hashim

(1932-03-12)12 Mac 1932
Kampung Rauna, Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Meninggal dunia11 Jun 2002(2002-06-11) (umur 70)
PasanganDatin Saadiah (k. 1961; m. 2002)
Anak-anak3 (termasuk Fauziah dan Fazlina Ahmad Daud)
Kerjaya muzik
Juga dikenali sebagai
Ahmad Daud
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
InstrumenVokal
Tahun aktif1964–2002

Seniman Dato' Haji Ahmad Daud Mohamad Hashim (12 Mac 1932 – 11 Jun 2002) ialah seorang penyanyi dan pelakon Melayu Malaysia era 1960-an / 1990-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Siapa Besar adalah filem pertama Ahmad Daud dengan Shaw Brothers MFP Studio. Kemudian, beliau membintangi filem-filem lain seperti Kacha Permata, Aksi Kuching, Sayang Si Buta (hanya sebagai penyanyi undangan untuk lagu Si Manis Tujoh Belas iringan The Swallows), Pusaka Pontianak (lagu popular: Pontianak iringan kumpulan The Swallows) dan Permintaan Terakhir (filem warna keluaran Studio Merdeka, KL milik Shaw Brothers memegang watak bapa kepada Uji Rashid).

Ahmad Daud juga ada menerbitkan beberapa album di bawah label Panda Records, khususnya untuk A. Ramlie & Maria Bachok dan Rahimah Rahim. Beliau juga sempat berduet dengan anak saudaranya Rahimah untuk lagu Pakcikku Bergaya (saduran lagu Inggeris iaitu Summerwild).

Beliau juga sempat menjadi DJ sambilan Radio Malaya Singapura, selain mengacarakan rancangan The Ahmad Daud Show di RTM TV1 sekitar tahun 1970-an.

Fasihnya Ahmad Daud berbahasa Inggeris ialah sebab beliau pernah bersekolah di Penang Free School tempat ayahnya mengajar, juga merupakan guru sekolah P. Ramlee dan Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail (bekas Menteri Luar Malaysia).

Rakaman terakhir beliau ialah untuk rancangan Rollin' Good Times yang disiarkan di Channel 5 (Singapura) pada tahun 1994, di mana beliau bersama Julie Sudiro dan almarhum Rahim Hamid menyampaikan lagu Unforgettable (nyanyian asal Nat King Cole). Kaset dan cakera padat rancangan ini diterbitkan oleh syarikat rakaman Singapura, Hype Records dan dijual di Malaysia dan Singapura.

Ahmad Daud juga adalah pengasas Surau Taman Melawati tempat beliau tinggal hingga ke akhir hayatnya.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah suami kepada seniwati Datin Saadiah dan bapa kepada seniwati Fauziah Ahmad Daud dan Fazlina Ahmad Daud. Beliau mempunyai seorang anak lelaki bernama Faizal Ahmad Daud.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Jangan Merayu
  • Malam Pesta

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1964 Siapa Besar Jamal Kuntom Filem pertama
1965 Pusaka Pontianak Bob Hamid
Sayang Si Buta Dirinya sendiri Pelakon undangan
1966 Kacha Permata Osman
Aksi Kuching Ramli
1975 Permintaan Terakhir Imran
1979 Sumber Ilhamku Filem terakhir

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1975 Ahmad Daud Show Pengacara TV1

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • 1984 - Pingat Ahli Mangku Negara (AMN);
  • 1989 - Pingat Kelakuan Terpuji (PKT);
  • 1992 - Pingat Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) membawa gelaran Dato', dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dr Hamdan Sheikh Tahir pada 1992;
  • 1992 - Anugerah Penyanyi Sepanjang Zaman oleh Akademi Industri Muzik Malaysia (AIM)
  • 1994 - Anugerah Wirama AIM
  • 1997 - Anugerah Khas Juri di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]