Amir Yussof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Amir Yussof
Kelahiran1967 (umur 56–57)
New Delhi, India
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, akustik, folk
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu
InstrumenVokal, gitar
Tahun aktif1987–kini
Syarikat rakaman
SCAT, Ragtime
Pengkarya berkait
Afdlin Shauki, Zainalabidin, Zubir Ali, Azman Warren, Sheila Majid
Laman sesawang
www.amiryussof.com

Amir Yussof (lahir 1967) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan penyampai suara latar Malaysia.[1][2] Dilahirkan di New Delhi, India dan dibesarkan di Kuala Lumpur, Amir memulakan kerjaya muzik solo dengan bergiat aktif menyanyi di beberapa kelab malam selepas berhenti belajar di universiti.[2] Bakatnya dicungkil oleh Roslan Aziz menerusi pertandingan Top of the Pubs di mana Roslan ialah juri ketika itu, Amir dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua.[2]

Menerusi label Roslan Aziz Productions (RAP), Amir muncul bersama album kompilasi Ikhlas (1991) yang turut menampilkan Afdlin Shauki, Zainalabidin dan Sheila Majid. Dalam album itu, beliau menyumbangkan lagu bertajuk "Island". Album solo pertamanya, Some of This is Real dikeluarkan pada 1995,[3] melayakkan Amir memenangi Album Inggeris Tempatan Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-3 pada 1996. Beliau kemudiannya merakamkan dua lagi album yang turut menerima pencalonan AIM—Altered Native (1998) dan Aquarius (2002). Selain itu, beliau pernah menyumbangkan suaranya untuk watak Tarzan untuk filem animasi Disney 1999, Tarzan versi bahasa Melayu.[4][5]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Amir berketurunan Melayu dan Switzerland. Beliau merupakan bekas pelajar jurusan ekonomi di Universiti Monash, Melbourne, Australia.[6] Beliau berkahwin dengan isterinya, Hilda. Pada Disember 2016, beliau berhijrah ke New Zealand dan menetap di sana. Beliau sebelum ini juga pernah menetap di Sabah selama 9 tahun.[2][7]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
Some of This is Real
Altered Native
  • Dikeluarkan: 16 Ogos 1998
  • Label: Ragtime
  • Format: CD, kaset, muat turun digital
Aquarius
  • Dikeluarkan: 11 September 2002
  • Label: Ragtime
  • Format: CD, kaset, muat turun digital

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album
Ikhlas

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun
"Island" 1991
"Nature's Gift" 1995
"Third People" 1996
"Moon Man" 1998
"Wasted Time" 2002
"Somebody's Sunshine" 2016
"Calling On You" 2020
"Aquarius Moon" 2021
"One More Time"
"Feel It Comin'"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1999 Tarzan Tarzan Alih suara versi BM

Konsert[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1996 Anugerah Industri Muzik ke-3 Album Inggeris Tempatan Terbaik Some of This is Real Menang
1998 Anugerah Industri Muzik ke-6 Altered Native Tercalon
Kulit Album Terbaik Tercalon
Rakaman Album Terbaik Tercalon
2003 Anugerah Industri Muzik ke-10 Album Inggeris Tempatan Terbaik Aquarius Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Honest tunes from Amir" [Alunan jujur daripada Amir] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 19 Februari 2011. Dicapai pada 21 November 2014.
  2. ^ a b c d Steven Patrick (13 September 2014). "Mystic guitar man Amir Yussof talks about his latest projects" [Lelaki gitar mistik Amir Yussof berbicara mengenai projek terkini beliau] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 21 November 2014.
  3. ^ "Album Amir Yussof dapat sambutan". Berita Harian. 4 Februari 1996. Dicapai pada 21 November 2014.
  4. ^ Wan Sabariah Shikh Ali (1 Februari 1999). "Amir jual diri di Internet". Berita Harian. Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  5. ^ Saharudin Musthafa; Norzaila Rosli (26 Ogos 2001). "Kejujuran paling utama bagi Amir Yussof". Utusan Malaysia. Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  6. ^ Joanna Abishegam (1 Disember 1991). "(Amir Yussof)" (dalam bahasa Inggeris). New Sunday Times. Dicapai pada 16 November 2019.
  7. ^ Frankie D'Cruz (8 November 2020). "Music icon Amir Yussof trades glamour for a quiet life" [Ikon muzik Amir Yussof tinggalkan dunia glamor untuk jalani kehidupan tenang] (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. Dicapai pada 4 Oktober 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]