Tarzan (filem 1999)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tarzan (filem 1999)
Pengarah Chris Buck
Kevin Lima
Penerbit Chris Buck
Pengarang Tab Murphy
Bob Tzudiker
Noni White
Lakonan Tony Goldwyn
Minnie Driver
Rosie O'Donnell
Glenn Close
Brian Blessed
Lance Henriksen
Wayne Knight
Nigel Hawthorne
Muzik Phil Collins
Pengedar Buena Vista Pictures
Mula tayangan 18 Jun 1999
Tempoh tayangan 88 minit
Bahasa Bahasa Inggeris
Perbelanjaan $150,000,000
Pulangan kasar $448,191,819
Diikuti oleh Tarzan II (2005)

Tarzan ialah sebuah filem animasi keluaran Walt Disney yang disiarkan di pawagam oleh Buena Vista Pictures ,mulai 18 Jun 1999. Filem ke-37 dalam siri Senarai filem panggung animasi Disney ini berdasarkan cereka Tarzan of the Apes karya Edgar Rice Burroughs, dan satu-satunya adaptasi filem cetera utama dari francais Tarzan yang berbentuk animasi. Filem ini juga merupakan filem hit "bona fide" terakhir sebelum Disney mengalami kemerosotan pada awal 2000-an, iaitu kutipan kasar $171,091,819 di Amerika Syarikat dan $448,191,819 di seluruh dunia, mengatasi filem-filem klasik Disney sebelumnya iaitu Mulan dan Hercules. Sehingga kini, filem Disney ini adalah filem terakhir yang berasaskan watak cereka Tarzan yang memasuki pawagam, dan juga memegang rekod sebagai filem animasi Disney yang termahal pernah diterbit, iaitu melibatkan perbelanjaan sebanyak $150 juta, di samping juga menjadi filem cetera animasi Disney pertama yang menduduki tangga #1 semenjak filem Pocahontas. Inilah filem terakhir yang dihasilkan dalam zaman Disney Renaissance.

Filem Tarzan juga mencatat sejarah di Malaysia sebagai filem luar negara pertama yang dialih suara ke Bahasa Malaysia untuk tayangan di pawagam, menampilkan suara-suara artis terkenal seperti Amir Yussof, Ramona Rahman, Sandra Sodhy dan Zaibo, serta lagu-lagu dari runut bunyi filem yang dialih bahasa dengan suara Zainal Abidin.

Isi kandungan

[sunting] Plot

Pada zaman 1880-an, di luar pesisiran pantai Afrika, sepasang suami isteri muda dan anak bayi mereka menyelamatkan diri dari kapal yang marak terbakar, lalu mendarat dalam kawasan hutan hujan yang belum diterokai. Pasangan ini membina sebuah ran dari bangkai kapal tersebut. Malangnya, mereka berdua dibaham oleh seekor harimau bintang betina bernama Sabor. Kala, seekor gorila yang baru kehilangan anaknya dalam gigi taring Sabor, terdengar pekikan si bayi yang kuat, lalu menemuinya dalam ran itu. Kala diserang oleh Sabor yang juga hendak membaham bayi itu, tetapi Kala sempat melarikan diri bersama bayi tersebut. Kala yang pengasih membawa bayi itu ke penempatan gorila untuk membesarkannya seolah-olah anaknya sendiri, walaupun dibantah oleh Kerchak. Kala memberikan nama Tarzan kepada bayi ini. Walaupun boleh berkawan dengan gorila-gorila dan haiwan-haiwan lain, termasuk anak gorila betina bernama Terk dan seekor gajah bernama Tantor, Tarzan menyedari dirinya sukar mengatasi kebolehan mereka, maka dia berusaha meningkatkan kemahiran diri, termasuk membuat perkakas sekali-sekala, agar setanding dengan gorila-gorila lain. Sebagai dewasa muda, Tarzan mampu menghapuskan Sabor dengan lembing buatan sendirinya untuk melindungi kawan-kawan gorilanya, sekaligus meraih penghormatan Kerchak.

Kehidupan aman kawanan gorila terganggu oleh ketibaan sekumpulan pengembara dari England, yang terdiri daripada Profesor Archimedes Q. Porter, anaknya Jane dan pembantu mereka Clayton yang juga seorang pemburu. Jane terpisah dari kumpulannya lalu dikejar segerombolan babun. Tarzan lekas menyelamatkan Jane dari ancaman babun-babun itu, lalu menyedari Jane sama jenis dengannya, iaitu manusia. Tarzan pun dibawa oleh Jane ke tapak perkhemahan pengembara, lalu menarik minat Prof. Porter dan Clayton. Prof. Porter hendak mengkaji perkembangan saintifik Tarzan menetara Clayton mengingini Tarzan membawanya ke habitan gorila agar dia boleh menangkap dan membawa mawas-mawas itu ke England. Walaupun Kerchak mengingatkan semua agar berwaspada dengan manusia-manusia itu, Tarzan tetap berulang alik ke khemah untuk belajar berbahasa manusia, menghayati alam manusia, lama-kelamaan hubungan Tarzan dan Jane semakin erat. Sungguhpun demikian, Clayton gagal memujuk Tarzan untuk membawanya berjumpa dengan gorila kerana Tarzan bimbang akan keselamatan keluarga mawasnya.

Apabila kapal pengembara tiba untuk mengangkut mereka, Clayton memperdaya Tarzan untuk membawa mereka bertiga berjumpa dengan gorila, barulah dia boleh bersama Jane buat selamanya. Tarzan menerima pelawaan itu lalu membawa mereka ke penempatan gorila, sementara Terk dan Tantor mengalihkan perhatian Kerchak. Porter dan Jane teruja kerana dapat bersuka ria dengan gorila, tetapi Kerchak akhirnya kembali lalu naik berang. Tarzan terpaksa menahan Kerchak untuk membolehkan manusia itu melepaskan diri, lalu membawa dirinya jauh dari sanak-saudara mawasnya kerana kesal atas tindakan dirinya. Kala membawa Tarzan kembali ke ran lama di mana terjumpanya Tarzan sewaktu bayi, untuk menunjukkan masa silam Tarzan yang sebenar (termasuk gambar lama ibu bapa kandung Tarzan dan dirinya sewaktu kecil). Kala menggalakkan anak angkatnya menuruti nuraninya, dan menyertai Jane dan Professor Porter (walaupun tidak sampai hati melepaskan anaknya). Sekembali mereka di penempatan gorila, mereka ditangkap oleh Clayton dan konco-konconya bersama sanak saudara mereka, lalu dibawa ke kapal yang menunggu (di dalam kapal itu, Kapten dan anak kapalnya juga ditahan). Tarzan berjaya melepaskan diri dengan bantuan Tantor dan Terk, lalu bergegas balik ke penempatan gorila. Kerchak dan Tarzan bersama-sama melawan Clayton; Kerchak terkena tembakan maut, sementara Clayton mengejar Tarzan hingga ke dalam hutan belukar yang bersalut pokok menjalar, di mana Tarzan mengatasi Clayton dengan menghancurkan senapangnya. Clayton yang gopoh-gapah hendak menamatkan riwayat Tarzan, terkena sekatan pokok menjalar pada lehernya, dan apabila mencantas dahannya lehernya terpatah pula. Kerchak, sambil menghembuskan nafas-nafas terakhir, akhirnya mengiktiraf Tarzan sebagai anaknya sendiri, lalu melantik Tarzan sebagai ketua gorila yang baru. Gorila-gorila yang lain pula (termasuk Kala) dibebaskan oleh Jane, Profesor Porter, Terk dan Tantor, dan banyak lagi sahabat-sahabat haiwan Tarzan, setelah melawan atau mengusir semua orang suruhan Clayton lalu mengurungkan mereka semua dalam sangkar yang sepatutnya dikurungkan gorila-gorila tangkapan mereka tadi.

Pada hari seterusnya, sewaktu Porter dan Jane hendak menaiki kapal, Tarzan mengumumkan hasratnya untuk kekal bersama sanak-saudara gorilanya. Sebaik sahaja kapal berlepas, Porter menggalakkan anaknya agar mendampingi lelaki yang dicintainya, maka Jane menerjun dari kapal hingga mencapai daratan, diikuti bapanya sebentar kemudian. Anak-beranak Porter diterima menyertai kawanan gorila, agar mereka semua hidup bersama dengan damainya bak "dua dunia, satu keluarga".

[sunting] Pelakon suara

Watak Pelakon suara
Inggeris Bendera Amerika Syarikat Malaysia Bendera Malaysia[1]
Tarzan Tony Goldwyn (dewasa)
Alex D. Linz (kanak-kanak)
Amir Yussof
Jane Porter Minnie Driver Ramona Rahman
Terk Rosie O'Donnell Sandra Sodhy
Kala Glenn Close Norina Yahya
Clayton Brian Blessed Hafizuddin Fazil
Kerchak Lance Henriksen Ali Rahman
Tantor Wayne Knight Zaibo
Prof. Porter Nigel Hawthorne Chris Ng
Anak Babun Frank Welker

[sunting] Runut bunyi

Tarzan: An Original Walt Disney Records Soundtrack
Fail:TarzanOST.jpg
Runut bunyi oleh Phil Collins, Mark Mancina, lain-lain
Dikeluarkan pada 18 Mei 1999 (Bendera Amerika Syarikat USA)
Label Walt Disney Records
Ulasan profesional

Lagu-lagu dalam album Tarzan: An Original Walt Disney Records Soundtrack dibuat oleh Phil Collins, sementara skor instrumental pula diolah oleh Mark Mancina. Lagu "You'll Be in My Heart," memenangi anugerah Oscar dan Golden Globe untuk lagu asli terbaik.

Tarzan merupakan runut bunyi Disney pertama yang dirakam dalam pelbagai bahasa untuk pelbagai negara, adanya lagu versi lain yang dinyanyikan oleh Collins sendiri. Collins dibantu oleh komposer Eric Serra untuk merakam dan menerbitkan versi Perancis. Di Malaysia, Zainal Abidin mengambil alih suara Phil Collins untuk versi bahasa Melayu bagi lagu-lagu berikut: "Dua Dunia" ("Two Worlds"), "Kau di Hatiku" ("You'll Be in My Heart"), "Son of Man", dan "Yang Asing Seperti Ku" ("Strangers Like Me").

[sunting] Senarai runut

Versi Inggeris
No. Tajuk Gubahan Artis Masa
1. "Two Worlds" (Jungle Version)   Phil Collins 3:20
2. "You'll Be in My Heart"     Glenn Close & Phil Collins 1:36
3. "Son of Man"     Phil Collins 2:43
4. "Trashin' the Camp"     Rosie O'Donnell & Phil Collins 2:16
5. "Strangers Like Me"     Phil Collins 3:01
6. "Two Worlds Reprise"       0:51
7. "Trashin' the Camp"     Phil Collins & *NSYNC 2:22
8. "You'll Be in My Heart"     Phil Collins 4:18
9. "Two Worlds" (Phil Collins version)   Phil Collins 2:43
10. "A Wondrous Place"   Mark Mancina   5:16
11. "Moves Like an Ape, Looks Like a Man"   Mark Mancina   2:57
12. "The Gorillas"   Mark Mancina   4:28
13. "One Family"   Mark Mancina   3:49
14. "Two Worlds Finale"     Phil Collins 1:16


Versi Malaysia
No. Tajuk Gubahan Artis Masa
1. "Dua Dunia"     Zainal Abidin 3:18
2. "Kau Di Hatiku"     Zainal Abidin 3:15
3. "Son of Man"     Zainal Abidin 2:44
4. "Trashin' the Camp"     Rosie O'Donnell & Phil Collins 2:16
5. "Yang Asing Seperti Ku"     Zainal Abidin 3:00
6. "Dua Dunia" (reprise)   Zainal Abidin 1:05
7. "Trashin' the Camp"     Phil Collins & *NSYNC 2:22
8. "Kau di Hatiku" (Versi Zainal)   Zainal Abidin 2:44
9. "Dua Dunia" (Versi Zainal)   Zainal Abidin 5:15
10. "A Wondrous Place"   Mark Mancina   5:16
11. "Moves Like an Ape, Looks Like a Man"   Mark Mancina   2:58
12. "The Gorillas"   Mark Mancina   4:27
13. "One Family"   Mark Mancina   3:45
14. "Dua Dunia Finale"     Zainal Abidin 1:15

[sunting] Tayangan Perdana Antarabangsa

Tarikh Negara Bahasa Nama
17 Jun 1999 Bendera Israel Israel Ibrani טרזן
Bendera Malaysia Malaysia Malaysia
Inggeris
Tarzan
Tarzan
Bendera Singapura Singapura Inggeris Tarzan
18 Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat Inggeris Tarzan
Bendera Colombia Colombia Sepanyol Tarzán
2 Julai Bendera Brazil Brazil Portugis (Brazil) Tarzan
8 Bendera Argentina Argentina Sepanyol Tarzán
9 Bendera Indonesia Indonesia (Jakarta) Indonesia Tarzan
10 Bendera Hong Kong Hong Kong Kantonis 泰山
16 Bendera Mexico Mexico Sepanyol Tarzán
17 Bendera Korea Selatan Korea Selatan Korea 타잔
4 Ogos Bendera Filipina Filipina (Davao) Inggeris Tarzan
1 September Bendera Mesir Mesir Arab طرزان
2 Bendera New Zealand New Zealand Inggeris Tarzan
9 Bendera Australia Australia Inggeris Tarzan
8 Oktober Bendera Thailand Thailand Thai ทาร์ซาน
22 Bendera United Kingdom United Kingdom Inggeris Tarzan
7 November Bendera Jepun Jepun Inggeris Tarzan
11 Bendera Jerman Jerman Jerman Tarzan
12 Bendera Denmark Denmark Denmark Tarzan
Bendera Norway Norway Norway Tarzan
Bendera Sweden Sweden Sweden Tarzan
18 Bendera Belanda Belanda Belanda Tarzan
Bendera Switzerland Switzerland Jerman Tarzan
19 Bendera Iceland Iceland Iceland Tarsan
Bendera Poland Poland Poland Tarzan
24 Bendera Belgium Belgium Perancis (Perancis) Tarzan
Bendera Perancis Perancis
Bendera Switzerland Switzerland
25 Bendera Hungary Hungary Hungary Tarzan
26 Bendera Portugal Portugal Portugis (Portugis) Tarzan
Bendera Sepanyol Sepanyol Sepanyol Tarzán
1 Disember Bendera Malta Malta Inggeris Tarzan
2 Bendera Slovakia Slovakia Slovak Tarzan
Bendera Slovenia Slovenia
3 Bendera Finland Finland Finland Tarzan
Bendera Itali Itali Itali Tarzan
10 Bendera Estonia Estonia
18 Bendera Jepun Jepun Jepun ターザン
21 Januari 2000 Bendera Turki Turki Turki Tarzan
22 Bendera Kuwait Kuwait Arab طرزان
Bendera Andorra Andorra Catalan Тarzan
Bendera Belgium Belgium Flemish Тarzan
Bendera Bulgaria Bulgaria Bulgaria Тарзан
Flag of the People's Republic of China China Mandarin (China) 泰山
Bendera Croatia Croatia Croatia Tarzan
Bendera Republik Czech Czech, Republik Czech Тarzan
Bendera Greece Greece Yunani Ταρζάν
Bendera India India Hindi टार्ज़न
Bendera Kanada Kanada Perancis (Kanada) Тarzan
Bendera Rusia Rusia Rusia Тарзан
Bendera Republik China Taiwan Mandarin (Taiwan) 泰山

[sunting] Rujukan

  1. Zainal Alam Kadir. "Local talents lend their voices", New Straits Times, 27 Mei 1999. Dicapai pada 5 Oktober 2009. 

[sunting] Pautan luar

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain