Anak negeri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anak negeri (bahasa Inggeris: native) ialah suatu taraf di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia untuk merujuk orang asal pulau Borneo. Berdasarkan perlembagaan persekutuan, semua anak negeri dianggap bumiputera Malaysia namun bukan semua bumiputera dianggap anak negeri. Takrifan anak negeri berbeza mengikut negeri masing-masing.[1] Perundangan yang berkaitan dengan hal ehwal anak negeri di bawah bidang kuasa Mahkamah Anak Negeri.

Takrifan[sunting | sunting sumber]

Sabah[sunting | sunting sumber]

Takrifan anak negeri Sabah masih boleh dibahaskan kerana seksyen 2 Ordinan Tafsiran (Anak Negeri) 1952 dilihat terlalu fleksibel dalam menentukan etnik yang dikira sebagai anak negeri. Menurut M.B Hooker (1980), Anak Negeri Sabah boleh dibahagikan kepada dua kategori; (i) Anak Negeri asal Sabah, dan (ii) Orang yang mendapat hak sebagai Anak Negeri Sabah kerana berkahwin dengan Anak Negeri Sabah ataupun yang telah memenuhi kehendak tafsiran tersebut. Siti Aidah Lokin (2007) pula telah membahagikan anak negeri di Sabah kepada (i) anak negeri Sabah yang asalnya beragama Islam seperti Brunei dan Bajau, (ii) anak negeri Sabah yang bukan beragama Islam seperti Kadazandusun, Lotud, Lundayeh, Dumpas dan lain-lain dan seterusnya (iii) anak negeri Sabah yang baru memeluk Islam.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sarabatin, Mohd Azrone (9 Februari 2019). "Isu anak negeri jangan sampai gugat perpaduan". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-23. Dicapai pada 23 Mac 2020.
  2. ^ Pengiran Musa, Pengiran Ismail; Ismail, Siti Zubaidah; Abdur Rahman, Narizan (2018). "Amalan Sogit Ke Atas Anak Negeri Sabah Beragama Islam Di Mahkamah Anak Negeri: Kajian Dari Perspektif Hukum". Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari (19). ISSN 2289-6325. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-03. Dicapai pada 3 Ogos 2020.