Bajau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Wanita Bajau melabuhkan sauh (banglo)

Penempatan Bajau di Filipina.

BAJAU adalah terbahagi kepada dua kumpulan yang telah menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah sejak beberapa ratus tahun yang lama dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputera terbesar di negeri Ѕabah dan sekitarnya. Manakala disebelah Pantai Barat mereka dikenali sebagai Bajau Samah. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.

Orang Bajau Samah Pantai Barat terkenal dengan penunggang kuda, pembuatan parang dan menjadi pesawah serta penternak.Pada masa yang sama juga,masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies,Panglima Dilaut,Pelaut dan Pelayar Terunggul.”

Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Samah Pantai Barat yang menetap di sekitar Putatan, Tuaran,Kota Marudu Kota Belud dan Papar. Manakala Orang Bajau Pantai Τimur pula menetap di sekitar Κudat, Ѕandakan, Lahad Datu, Κunak, Semporna dan Tawau.

Bajau Samah yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di kenali di seluruh dunia sebagai 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain mereka pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai di perturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau Samah dan Irranun di Kota Belud. Pedang Samurai daripada Kota Belud amat tinggi kualitinya dan senang di perolehi sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata yang harus di beli oleh para pelancong dari luar negara mahupun dalam negeri yang singgah ke Kota Belud.

Orang Bajau Samah Pantai Вarat adalah berbeza dengan Orang Bajau Рantai Timur khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisi,pemakanan adat resam dan budaya hidup adalah sangat-sangat berbeza. Masyarakat Bajau Samah Pantai Barat banyak yang terlibat dengan pertanian sawah padi manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.

Makanan tradisional[sunting | sunting sumber]

Kima[sunting | sunting sumber]

Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta') setelah dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah-ratus yang lain mengikut selera orang yang hendak makan. Ia juga boleh dimasak bersama sayur. Ada juga kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak bersama sayur.

Sagol/Ѕenagol[sunting | sunting sumber]

Sagol/Ѕenagol(Kata Kerja) bermaksud mencampuradukkan. Sagol/Ѕenagol juga mempunyai makna Kata Nama iaitu 'benda yang dicampuradukkan'. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan 'langnges' iaitu lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu 'duri' pada ikan buntal. Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis.

Ada dua jenis masakan sagol/Ѕenagol iaitu sagol/Ѕenagol kering (tiada kuah) dan sagol/Ѕenagol basah (berkuah). Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol/senagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal.

Putu[sunting | sunting sumber]

Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehek-tehek,Тayum dan beberapa makanan Tradisional Bajau yang lain (Selalunya makanan laut).Ianya kenyal dan sedikit melekit. Rasanya seperti ubi yang dicampur tepung.

Tompek (Тinompeh)[sunting | sunting sumber]

Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning-kuningan.

Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah makanan laut dan makanan ubi-ubian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah (inta'an). Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar dan dipanggang. Lazimnya, intaan (makanan mentah) terdiri daripada makanan laut seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum, kilau, baat atau timun laut, lato', kima,tehe-tehe kabboggan atau nasi putih direbus dengan isi tehe tehe dalam cangkerang tehe-tehe dan sebagainya.

Tarian Tradisional[sunting | sunting sumber]

Tarian Igal Igal Βajau dan Dalling-Dalling Вajau[sunting | sunting sumber]

Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina. Kesedaran kepada kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dalling-dalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling dan Іgal Іgal ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran Dandai. Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah Sandakan dan Ѕemporna.[1]

Perkataan dalling-dalling adalah kata terbitan ganda "dalling" menjadi "dalling-dalling", daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian dalling-dalling diiringi oleh "sangbai" iaitu pantun memuji yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman.

Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin.

Tarian Limbai & Runsai (Bajau Samah Kota Belud)[sunting | sunting sumber]

Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau Samah KOTA BELUD. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika majlis perkahwinan semasa menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan.

Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.

Tarian limbai di iringi oleh irama kulintangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.

Selain tarian Limbai,Runsai juga merupakan tarian traditional suku kaum Bajau Samah di Kota Belud.Runsai selalu di tarikan di majlis perkhawinan pada sebelah malam.Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan onang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.

Pakaian Tradisional[sunting | sunting sumber]

Pakaian Tradisinal Suku Kaum Bajau Kota Belud bg lelaki dan perempuan. Nama jenis pakaian tradisional bagi Ѕuku Кaum Вajau di Рantai Тimur Ѕemporna dikenali dengan "Alal Bimbang"

kepada pembaca yang boleh berbahasa bajau, anda dialu-alukan untuk menyumbangkan sedikit kosa dibawah ini, mengikut sebutan bahasa tempat tinggal masing-masing, agar ia dapat dijadikan sumber rujukan disamping kita dapat mempelajari dan mengenali bahasa ini lebih tuntas lagi. Berikut adalah kosa kata bajau:

Kosa kata Bahasa-bahasa Bajau[sunting | sunting sumber]

Bajau semporna[sunting | sunting sumber]

Aku sayang pada mu - Alasah aku ma ka'ah
Aku suka padamu - Bilahi aku ma ka'ah
Siapa namamu? - Sai on nu?
Nama saya Dayang - On ku Dayang
Sayang, aku cinta padamu / Sayang, aku sayang padamu - Rayang, alasa aku maka'ah
apa khabar? - Ai/I habbal?
di mana? - maingga?
Tak lama lagi aku jadi bapa = Embal toggol aku jari ammak
Bangunlah kau - abatikna ka

aku - aku, saya
angai - kenapa
ahok - ya
embal niak - tak ada
atoggol - lama
amangan - makan(sedang)
lingantuh - mengantuk
palakkas - cepat
palastik - plastik
amolek - pulang
ka'ah - kau, engkau, awak , anda
kita/kitam - kita
ka'am - kamu
kami - kami
bilahi - suka
rayang - sayang (Kata Nama - digunakan untuk memanggil atau menamakan seseorang yang disayangi)juga dignakan untuk panggilan anak prempuan
lasah - sayang, cinta, kasih (Kata Adjektif - menunjukkan perasaan sayang)
ralua - sama
maka - dengan
ma'iya - padanya
on - nama
sai - siapa
ku = ku(kata ganti nama diri pertama yang menunjukkan hak milik)
ammak - bapa
onggok - ibu
ombok - nenek
kakak - kakak/abang
sihaka - adik beradik yang lebih tua
sihali - adik
sihaka - abang
otok - (panggilan manja untuk adik/laki-laki yang lebih muda)
babu' - makcik
bapa/pak - pakcik
omboh/ombok -nenek/datuk
kaki - sepupu
tapek - kaki
anak - anak
umpu - cucu
lalla -lelaki
randa - perempuan
anak kamanakan - anak buah
anakranakan - keturunan
Ginis Kinakan - Jenis Makanan
bohek -air
manuk - ayam
raing/daing - ikan
sapi' - sapi/lembu
gula-gula/gulak-gulak - gula-gula
buas - nasi/beras
gula/gulak - gula
sayul - sayur
entollo - telur

Ginis Walna/kolol - Jenis Warna

pote' - putih
ettom - hitam
bilu - biru
bianing - kuning
gaddung - hijau
kalas - merah jambu
keyyat - merah
taluk - unggu

Numbul - Nombor

assa - satu
duwa - dua
tullu - tiga
uput - empat
lima - lima
unnum - enam
pituk - tujuh
waluk - lapan
siyam - sembilan
sangpuh - sepuluh
rahatus/dahatus - seratus

Ada beberapa perkataan suku kaum bajau yang hampir sama sebutannya dengan bahasa melayu dan membawa maksud yang sama dalam bahasa bajau.

Contoh:-

Tompah/taumpak - Terompah (kasut),
Badju - Baju,
Sin - Sen (Duit),
Aku - Aku,
buk - buku
Kitab - Kitab,
iskul - sekolah
tahik - air laut
rilaut/delaut - lautan
palauk/lauk - lauk
karitak - kereta
Tangan - Tangan
longon - lengan
bowa-bawa
bowak-mulut
Mata - Mata
Talinga - Telinga
Вuas- Beras
Kayu - Kayu
Sipak - Sepak (Tendang)
Sampak - pukul
Timbak - Tembak
Lakkas/palakkas - Lekas (Cepat)
anginum - Minum
amangan - makan
alahi - Lari
Sukup - Cukup
Potek - Putih,
bilu - biru,
bianing - kuning,
gaddung - hijau,
ettom - hitam,
coklat - cokelat,
oren - oren/jingga,
unggu/taluk - ungu,
ata'u - pandai
mata - mata
manis - manis(rupa yang manis);
amamis - manis(gula ataupun makanan atau minuman yang manis),
kukku - kuku ,
matai - mati,
atai - hati,
jantung - jantung,
hatus - ratus,
ngibu - ribu,
daluwa - sama,
batu - batu,
kota/bandal - kota,
bangsa - bangsa,
suku - suku,
lampuk - lampu,
suvuh - pagi,
sawan - cawan,
sapu - sapu,
lella/lalla - lelaki
danda/randa - perempuan,
atakka- sampai,
dua/rua,empat,lima,onnom/,sangpuh - dua,empat,lima,enam,sepuluh
issa,tullu,pituh,waluk,siam - satu,tiga,tujuh,lapan,sembilan
lumak - rumah,
Аa - orang
ahap - sedap/bagus
mingga - dari mana
sinnyawa/pantalun - seluar
bajjuk - baju
tapek - kaki
ung - hidung
lepa - perahu /biduk
suruk - sudu
maskid - masjid
angai - kenapa
dangai/rangai - berapa
to'a - tua
sambahayang - solat/sembahyang
bang - azan
sukup - cukup
katas - kertas
ahap - bagus/baik
otak/utuk - otak
lawang - pintu
bangkuk' - bangku
bittis - betis
tangan - tangan
jambatan - jambatan
langit - langit
napas - nafas
sigah - rokok
tb - tv
alam - tiada
langan-jalan(palengan2-jalan2)
amandi-mandi
bowa - bawa

Bajau Samah Kota Belud/Tuaran[sunting | sunting sumber]

lengantu = lapar
limpang/pelimpang = baring
lumaan tanak = jalan/berjalan kaki
mapi = masak
kiti = kita
benad betis = lenguh kaki
somo = sama
mangan = makan
yan abar = apa khabar
turi = tidur
saging =pisang
dendo = perempuan
laruk = tapai
jomo = orang
kambul =selimut
gaai/segai = mereka
payau = rusa
dela =lelaki
baie = basi
yangto'o =nenek
tarum = terung
mato'o =datuk
ngeluteh = lesu
eyang =emak
kilik = cerek
iram/irom = hitam
peberinut = beransur balik
ema =bapa
sian = siapa
luma'an =jalan/berjalan
parak = berkecai/hancur
nguta =muntah
limbo = lemas
tio =jauh
seruan = bertunang
sikot =dekat
limpas/pelimpas =lalu /tumpang lalu
turi =tidur
lulaai = lari
ngantuk =mengantuk
sekelat = selimut
tegega =terkejut
odon = tangga
ingin =suka
beluang = pintu
gali/kernuan =geli
pendawan = tingkap
tito'o =ketawa sesapu = penyapu
pinggo =pergi ke mana
temang = lidi
minggo =mana/dimana
kuri-kuri/beragam = main-mian,bermain
songom =malam
kaleh = dengar
sekul =sekolah mekaleh = mendengar
iyan/iyen =apa
betutur = bercakap

kinum-kinum   =senyum 
beserita =bercerita

delak' =lidah
mandi badak = malam berinai
urung =hidung
sabuk = gayung/cebok
moto =mata
situn = tempayan
telingo =telinga
kebentianan = ????
siyen/sian =siapa
suang = sungai
isak =satu
regisin = tali air
duo =dua
ungkab = terkopek/buka
telu =tiga
empat =empat
limo =lima
enom/enam =enam
pituk =tujuh
wauk' =lapan
siom/siam =sembilan
sepu' =sepuluh
buas =nasi
gulai/rapa =sayur
diing/di'eng =ikan
tarak/ratas =redah
Gu'uk/badi =parang
bet'ta/tegol =lama
nongot =berpeluh
pesak/parak =pecah/ hancur

Bajau kudat / Pendekar Tausug[sunting | sunting sumber]

Bajau Kudat adalah kumpulan beberapa sub-etnik bajau yang bergabung dan menuturkan bahasa yang sama serta mengongsi budaya dan adat resam yang sama. Bajau Kudat yang asli adalah gabungan daripada sub etnik bajau iaitu etnik suku Banadan,Danauan serta Κagayan dengan etnik suku orang Suluk . Oleh itu Bajau Kudat yang asli menuturkan kedua-dua bahasa iaitu Bahasa Bajau Banadan dan Bahasa Suluk sebagai bahasa harian mereka dan mereka juga dikenali sebagai Bajau Suluk. Dalam lagenda juga dikenali sebagai Bajau Gunung seperti cerita Puteri Gunung Ledang, Puteri Santobong, Puteri Saadong dan puteri-puteri lain di tanah melayu, Pahlawan-pahlawan hebat dan bijaksana pada masa itu akan membina penempatan di kawasan gunung dan berkahwin dengan puteri-puteri kayangan menjaga gunung. Mat Salleh "Wira Pahlawan Sabah" adalah merupakan salah seorang dari keturunan Bajau Suluk dan Menetap di Kawasan Pergunungan Sabah sebelum mula berhijrah. Bajau Kudat kadang kala dikenali juga dengan panggilan Bannaran atau Dannawan atau Samah atau Bajau di kalangan kelompok-kelompok Bajau yang lain.Manakala suku bangsa lain di daerah Kudat seperti Suku Brunei, Suku Bajau Samah, Suku Orang Sungai, Suku Rungus dan Suku Tambanuo yang mendiami kawasan Kudat memanggil orang-orang Bajau Kudat sebagai Bajau Suluk. Oleh itu, orang-orang Bajau Kudat agak unik kerana mengongsi bangsa,bahasa,budaya dan adat resam suku kaum Bajau dan Suluk dan dari etnik Bajau yang lain. Keadaan ini disebabkan adanya asimilasi antara dua suku bangsa ini yang akhirnya menghasilkan Bajau Kudat / Bajau Suluk. Walau bagaimanapun, Bajau Suluk merupakan sub suku yang paling sedikit dalam etnik bajau dan menyebabkan mereka kurang dikenali ramai. Namun darah pahlawan mereka seperti mat salleh dan Raja Islam Sulu menyebabkan mereka menjadi rujukan untuk menyelesaikan masalah. Kini keturunan suku Bajau Suluk masih dikenali dengan kelebihan seperti bijak, pandai, cantik berbading sub-ethik bajau lain biarpun hidup bersama Bajau Kota Belud/Tuaran

Petempatan utama Bajau dan Suluk Kudat ini ialah di Kampung Limau-Limauan ( pada masa sebelum penjajahan British Limau-Limauan adalah ibu negeri dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Bajau Kudat dibawah pemerintahan Maharajah Untung Haji Abdul Rahimmoyang kepada Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun dan juga Tuan Guru kepada Datu Paduka Mat Salleh), Kampung Talaga ( Pusat Kekuasaan Bajau Kudat sebelum bertukar ke Limau-Limauan ), Kampung Parapat Laut ( Pecahan daripada Kampung Limau-LImauan ), Kampung Landung Ayang Laut, Kampung Tanjung Kapor, Kampung Membatu Laut, Kampung Liwatan, Kampung Milau, Kampung Tampakan, Kampung Batu Putih dan beberapa perkampungan lain.

Bajau Kudat adalah Suku Bajau yang agak unik. Mereka menggunakan seratus peratus (100%) istilah dan bahasa Banarran-Ѕuluk dalam kebudayaan, adat resam dan persuratan mereka. Dokumen lama ditulis dalam tulisan bajau dan Suluk. Semua sebutan, huruf, istilah, tulisan,gaya lagu bacaan dan kaedah pengajian al Quran adalah menggunakan bahasa Аrab dan jawi Вajau-Suluk kuno. Semua istilah Nikah Kahwin dan pertunangan adalah menggunakan bahasa Βajau dan Suluk Kuno dan bercampur dengan bahasa Melayu lama. Istilah-istilah seperti "Turul Taimah"( Istilah yang seerti dengan "JAWAPAN PENERIMAAN LAMARAN" ) dan "Muka Laung"( BUKA MULUT dalam bahasa Melayu Sabah ) adalah contoh istilah Bahasa Suluk Kuno yang digunakan dalam majlis dan adat pertunangan. Manakala istilah "Mahanda" adalah dari bahasa Bajau yang bererti "Meminang". Istilah "Tampan Maru" pula adalah istilah bahasa Bajau yang digunakan oleh kaum Bajau Kudat yang bererti "Denda akibat pelanggaran satu-satu adat pertunangan atau perkahwinan.Istilah seperti Akat Nika, Mas Kawin dan Tunang adalah berasal dari Bahasa Melayu.Pasangan pengantin Bajau-Suluk atau Bajau Kudat ini selalunya akan diarak menggunakan USUNGAN seperti seorang raja dan permaisuri.Keberangkatan dan ketibaan pengantin selalunya diiringi dengan irama TITIK PALANG NGAN dan irama TITIK SAMBUTAN.Keberangkatan dan ketibaan pengantin atau pasangan pengantin juga akan diiringi dengan bunyi tembakan senapang selalunya tujuh das atau sembilan das bergantung kepada status-quo keluarga pengantin.Keberangkatan pengantin yang diarak akan dialu-alukan dengan syair tradisi dalam bahasa Suluk yang dikenali sebagai KALANGAN dan panji-panji berwarna Merah yang dikenali sebagai PANJI dan SAMBULAYANG dengan kumpulan muzik tradisional akan turut sama menyertai rombongan pengantin.

Orang-orang lama Bajau Kudat hampir keseluruhannya mengakui dan mendakwa bahawa nenek moyang meraka adalah berasal daripada keturunan manusia yang lahir dari ruas bambu atau dikenali sebagai bambu "Kayawan".Berdasarkan kajian, satu-satunya manusia di Kepulauan Borneo dan Sulu yang diakui dalam Tarsila Kesultanan Sulu sebagai keluar dari ruas bambu ialah TUAN MASAIK iaitu Raja Islam Sulu yang pertama ( memerintah dan mengasaskan Kerajaan Sulu Islam pada tahun 1280 Masehi sebelum Sultan Syariful Hashim menyatukan dan mendirikan Kesultanan Sulu pada tahun 1450 Masehi ) yang berasal dari Tanah Besar Borneo Utara ( Sabah ) yang telah berkahwin dengan PUTERI RAJA SIPAD dari Suku Kaum Dayak Buranun ( nenek moyang suku kaum Tausug atau Suk).

Antara tokoh-tokoh ternama di Sabah yang pancar keturunannya dari Bajau Kudat ialah Datu Paduka Mat Salleh ( anak-anaknya seperti Halipan @ Ungkung dari isterinya Dayang Bandang dan anak-anaknya dari isteri kedua Dayang Shariffah masih terdapat keturunannya di kampung Parapat Laut, Kampung Landung Ayang dan Kampung Talaga Kudat),Tun Datu Mustapha Datu Harun, Datu Aliuddin Datu Harun, Datu Salam Datu Harun, Maharajah Panglima Untung Haji Abdul Rahim, Shariff Osman Wira Marudu, Shariff Ligaddung ( Digadung ), Datu Khalil Jamalul dan ramai lagi.

Satu lagi ciri unik Bajau Kudat ialah rata-rata golongan tua dari suku kaum ini mampu menuturkan lebih dari dua bahasa persukuan di Sabah. Mereka mampu bercakap dengan fasih dan lancar bahasa suku-suku sub etnik Bajau seperti bahasa Banadan, bahasa Kagayan, bahasa Bajau Samah ( Bajau Kota Belud ) dan bahasa-bahasa etnik suku Suluk, Sungai dan Rungus.

Pekerjaan utama golongan tua dari suku kaum ini ialah sebagai nelayan dan petani padi bukit. Walau bagaimana pun, generasi Bajau Kudat pada hari ini majoritinya bekerja di sektor kerajaan dan swasta.

Pada masa sekarang Bajau Kudat masih lagi mengekalkan beberapa adat dan budaya lama yang telah diamalkan turun-temurun seperti adat MAG GUNTING atau bergunting beramai-ramai di masjid dan adat MAG DUAAH iaitu kenduri arwah beramai-ramai satu kampung di masjid pada masa Hari Raya Aidl Fitri dan Aidil Adha. Budaya MAG GUNTING agak unik kerana setiap anak Bajau-Suluk yang baru lahir akan diadakan upacara bergunting rambut di masjid setiap kali masa hari raya atau dua kali setahun sahaja. Kanak-kanak lelaki yang akan digunting rambutnya akan diarak ke masjid bersama-sama dengan sebuah REPLIKA JONG atau Kapal Layar yang dihias manakala anak perempuan pula akan diarak disertai dengan sebuah REPLIKA MAHLIGAI.Kedua-dua replika ini iaitu JONG dan MAHLIGAI adalah melambangkan seorang Putera Raja dan seorang Puteri Raja. JONG adalah kenderaan Putera Raja manakala Mahligai tempat tinggal seorang Puteri Raja.

Senjata tradisi Bajau Kudat ialah BARUNG dan BAKUKU serta KALIS. Barung,Bakuku dan Kalis adalah senjata tempur dan selalunya ia menjadi senjata pusaka keturunan. Barung menjadi senjata kebanggan bagi orang-orang Bajau Kudat.

Bajau Kudat telah mendiami perairan Teluk Marudu (Kudat) sekurang-kurangnya seawal abad ke-13 lagi.Sarjana Barat mengakui bahawa kedatangan agaama islam ke Palawan dan Balabak( sekarang ini Filipina) adalah dari Teluk Marudu ( Kudat ) dan Teluk Darvel ( Segama-Lahad Datu).

Ahli Pelayaran Belanda Van N Hort yang telah memetakaan daerah MARUDO dalam peta dunia pelayarannnya pada tahun 1595 mengakui adanya petempatan dan pelabuhan di Teluk Marudu. Perkataan Marudu adalah berasal dari Bahasa Bajau Kudat iaitu kata MA ILU DU ATAU MARU DU yang bererti "DI SITU-SITU JUGA".Daerah Marudu adalah daerah tertua di Sabah yang dipetakan oleh sarjana Barat selain daerah Kinabatangan.Dalam Peta Belanda Melaka 1602 pula, nama wilayah Marudo dan Api-Api ( Kota Kinabalu pada masa ini )telahpun dipetakan sebagai dua kawasan yang didiami oleh dua sub etnik orang Bajo atau Bajau.

Alat muzik tradisoinal Bajau Kudat adalah Kulintangan, gong, tambul ( Tambur), gabbang (dibuat daripada bambu) dan biola. Uniknya, Bajau Kudat ini mempunyai beberapa jenis irama lagu tradisional yang dimainkan menggunakan kulintangan, gong dan tambul. Antara irama atau dikenali sebagai JINIS TITIK yang selalu dimainkan ialah TITIK SAMAH, TITIK MANGKABUNG, TITIK KAGAYAN, TITIK SUK (Irama peperangan atau Silat), TITIK TA ( KITA ),TADDOH HABAH (irama percintaan),TITIK KABLITAN (irama muzik yang diiringi tarian IGAL) dan TITIK PALANGNGAN ( irama pengantin berangkat dan tiba).

Kaum perempuan Bajau Kudat terkenal dengan tenunan kain PIS iaitu kain dastar ikat kepala. Kain Pis yang ditenun selalunya akan dijual kepada suku kaum Rungus yang selalunya bertaraf sekurang-kurangnya Ketua Kaum. Ini disebabkan kain PIS ini harganya mahal dan pada masa dahulu ianya dijual secara tukaran barang sama ada ditukar dengan barangan tembaga seperti gong dan gadur ataupun dengan kerbau.Kadang kala ditukar dengan padi. Sehelai kain Pis boleh mencecah harga tukaran 2 biji gong atau 2 ekor kerbau atau 10 karung padi bergantung kepada motif tenunan. Terdapat beberapa jenis motif tenunan antaranya ialah corak naga (paling mahal), burung merak dan awan larat yang mana ada nama-namanya tersendiri di kalangan ahli tenun Bajau Κudat.

Di Kudat juga terdapat suku Bajau Samah yang merupakan penghijarah dari daerah Kota belud dan Daerah Tuaran. Mereka telah datang ke daerah Kudat semasa dan selepas pendudukan Jepun untuk mencari perlindungan.Kecuali Bajau Samah di perkampungan Sebayan mereka adalah penduduk awal bajau samah di daerah Kudat.


Rujukan[sunting | sunting sumber]