Andrei Kolkoutine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Andrei Kolkoutine (Rusia: Андрей Колкутин; lahir 1957) ialah pelukis Rusia yang mengkhususkan media cat minyak pada kanvas, walaupun beliau kekadang juga membuat arca dan karya grafik. Beliau telah mengadakan pameran seni di Denmark, Jerman, Perancis, dan negara Eropah yang lain, serta juga di Amerika Syarikat, selain daripada Rusia.

Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Smolyaninovo, Primorsky Krai, Kolkoutine memperoleh izajahnya daripada Repin Academy of Arts di Leningrad pada 1982.

Menjelang akhir 1980-an, Kolkoutine memutuskan gaya ciriannya yang mencampurkan tradisi ikon Rusia dengan suprematisme Malevich, kubisme, dan seni naif. Dinyatakanya beliau memilih warna yang dilihat pada ikon Rusia yang lama dan mengembangkan satu cara tersendiri untuk mencipta warna itu dengan membubuh selapis cat kelabu yang neutral pada kanvasnya sebelum mewarnakan lukisan. Kolkoutine menggabungkan unsur suprematisme dengan unsur figuratif. Bangunan dan daun terup yang herot-benyot kekadang muncul pada bahagian bawah lukisannya, sebagaimana juga kekadang dengan huruf Cyrillic. Bingkai yang seringnya tersirat mengelilingi motifnya dalam pelbagai warna.

Kerap juga, motif Kolkoutine merupakan orang dalam kitab Bible atau orang pekerja biasa daripada wilayah Rusia. Menurut beliau, watak daripada kitab Bible itu pada dasarnya adalah sama sahaja jenisnya dengan orang wilayah (Bjørnager, 2006). Motif Kolkoutine juga membayangkan asalnya yang bersifat ortodoks. Jekatarina Seleznjova menyatakan beliau berpendapat bahawa soalan asas yang ditanya-tanya oleh lukisan Kolkoutine adalah "Mengapakah kita di sini?" (Seleznjova, 2007). Justera, walaupun motif Kolkoutine berbau budaya, lukisannya menyentuh sesuatu yang sejagat daripada segi kemanusiaan. Dikatakan bahawa lukisan Kolkoutines bersifat kedua-dua sederhana dan rumit.

Kolkoutine kini tinggal di Rusia barat daya berhampiran Turki.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]