Andrew Janggi Muyang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Tuan

Andrew Janggi Muyang

Anggota Parlimen Malaysia
untuk P203 Lubok Antu Sarawak
Dalam jawatan
22 April 1982 – 9 Februari 1987
Didahului olehJonathan Narwin Jinggong
Digantikan olehJawah Gerang
Majoriti
  • menang tanpa bertanding (1982)
  • 1,034 (1986)
Butiran peribadi
Lahir(1947-12-23)23 Disember 1947[1]
Engkilili, Tanah Jajahan Mahkota Sarawak (kini Sarawak)
Meninggal dunia9 Februari 1987(1987-02-09) (umur 39)[2]
Hospital Besar Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politikSNAP (BN)
PasanganJulia Umping (k. 1971; m. 1987)
Anak-anak3
HubunganTambat @ Jugah anak Muyang (adik)

Tuan Andrew Janggi anak Muyang[3] (23 Disember 1947 – 9 Februari 1987) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Sarawak. Beliau merupakan Ahli Parlimen Malaysia untuk kerusi P203 Lubok Antu, Sarawak daripada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Andrew Janggi anak Muyang dilahirkan pada 23 Disember 1947 di Engkilili, Sarawak[1] dan merupakan abang kepada Jugah Muyang yang juga merupakan Ahli Parlimen Lubok Antu sejak tahun 2018.[4]

Beliau bersekolah rendah dan menengah di Sarawak lalu lulus peperiksaan Senior Cambridge. Beliau kemudiannya menamatkan pengajian di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Kuala Lumpur.[1]

Beliau berkahwin dengan Julia Umping serta mempunyai tiga orang anak.[5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan ahli Parti Kebangsaan Sarawak.[perlu rujukan]

Pada tahun 1982, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-6 (PRU-82) bagi kerusi Parlimen Lubok Antu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebagai calon tunggal lalu menang tanpa bertanding. Beliau bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-7 (PRU-86) bagi mempertahankan kerusi di Lubok Antu[1] melawan Dawi Drahman yang merupakan calon bebas. Beliau menang dengan undian sebanyak 5,195 dengan majoriti 1,034 daripada 9,539 orang pengundi.[perlu rujukan]

Beliau meninggal dunia dalam jawatan pada 9 Februari 1987 di Hospital Besar Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Bowker-Saur 1991, m/s. 126.
  2. ^ a b Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Ketujuh Penggal Pertama (PDF). Parlimen Malaysia (Laporan). I. 9 Mac 1987. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Jun 2020. Dicapai pada 16 Jun 2020.
  3. ^ Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keenam Penggal Kedua (PDF). Parlimen Malaysia (Laporan). II. 2 November 1984. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Jun 2020. Dicapai pada 16 Jun 2020.
  4. ^ "JUGAH MUYANG". PRU di Sinar. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2020. Dicapai pada 6 Jun 2020.
  5. ^ Sarawak Publishing House 1991, m/s. 78.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]