Armin Baniaz Pahamin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Armin Baniaz Pahamin ialah seorang usahawan Malaysia yang menjadi terkenal apabila beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden Persatuan Peniaga Edar Proton Malaysia (PEDA) apabila pengedar kereta Proton bermasalah dengan percubaan mengambil alih syarikat asing dan konflik antara dua pengedar kereta Proton terbesar, EON Berhad dan Proton Edar Sdn Bhd. Beliau telah dipilih sebagai Presiden ke-3 pengedar Proton pada 2010.

Beliau telah diketengahkan sebagai jutawan muda yang berjaya oleh Malaysia Personal MONEY, majalah kewangan Edge[1] [2] mengenai pengurusan kewangan pada tahun 2007. Sebelum usaha perniagaannya, Armin berada bersama CIMB dalam kewangan korporat. Armin ialah pengerusi eksekutif untuk Jackspeed [3] Industries (M) Sdn Bhd, anak syarikat Jackspeed Corporation Ltd, sebuah syarikat yang disenaraikan di papan utama Bursa Singapura.

Pada ahun 2015, Armin merupakan pengarah urusan Fasfik (M) Sdn Bhd,[4] menjadikannya rakyat Malaysia pertama yang menubuhkan rangkaian pusat servis automotif bebas terbesar di Malaysia.[5] [6] Beliau juga menganggotai lembaga pengarah syarikat sendirian berhad yang lain.

Armin disahkan menghidap Leukemia Myeloid Kronik ketika berusia 15 tahun dan menjalani pemindahan sumsum tulang setahun kemudian di Hospital Hammersmith, London pada 1990. Walaupun menghidap leukemia, Armin mempercepatkan pengajiannya selepas pemindahan sumsum tulang dan menamatkan pengajiannya ketika berusia hampir 20 tahun. Dia meraikan ulang tahun leukemianya yang ke-20 pada tahun 2009.

Armin lulus dengan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Ekonomi dari Universiti Buckingham, United Kingdom pada tahun 1995.

Bapanya, Datuk Pahamin A Rajab[7] ialah bekas pengerusi pengasas Airasia Berhad dan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia .

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Edge Malaysia Financial Media Group Diarkibkan 20 Mei 2009 di Wayback Machine
  2. ^ Personal Money, The Edge Financial Magazine, Issue #75 November 2007
  3. ^ Airasia Prospectus pg 170 Diarkibkan 11 Julai 2009 di Wayback Machine
  4. ^ Fasfik Malaysia Diarkibkan 4 Mei 2009 di Wayback Machine
  5. ^ "Fasfik eyes 30 pct auto service market share; [[Bernama]] news, 18 September 2007". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 July 2011. Dicapai pada 24 May 2009.
  6. ^ "Fasfik, the largest independent auto service chain in Malaysia [[Bernama]] news, 30 July 2007". Diarkibkan daripada yang asal pada 7 July 2011. Dicapai pada 24 May 2009.
  7. ^ Airasia Prospectus Pg. 141 Diarkibkan 11 Julai 2009 di Wayback Machine

Rujukan lain[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]