Asid periodik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Asid ortoperiodik
Orthoperiodic-acid-3D-balls.png Orthoperiodic-acid-3D-vdW.png
Nama lain Asid paraperiodik
Pengecam
Nombor CAS [10450-60-9]
PubChem 65185
ChEBI CHEBI:29149
SMILES OI(O)(O)(O)(O)=O
Sifat
Formula molekul H5IO6
Jisim molar 227.941 g/mol
Rupa bentuk Kristal tidak berwarna
Takat lebur

122 °C, 395 K, 252 °F

Bahaya
MSDS MSDS Luaran
Pengelasan EU Pengoksida (O), Toksik (T), Menghakis (C)
NFPA 704

NFPA 704.svg

0
3
0
OX
Frasa R Templat:R23 Templat:R24 Templat:R25 Templat:R34 Templat:R41
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan bagi bahan dalam keadaan piawai (pada suhu 25 °C, 100 kPa)
Rujukan kotak info
Asid metaperiodik
Periodic-acid-3D-balls.png Periodic-acid-3D-vdW.png
Nama lain Asid periodik
Pengecam
Nombor CAS [13444-71-8]
PubChem 65185
ChEBI CHEBI:29149
SMILES OI(=O)(=O)=O
Sifat
Formula molekul HIO4
Jisim molar 190.91 g/mol
Rupa bentuk Kristal tidak berwarna
Takat lebur

122 °C, 395 K, 252 °F

Bahaya
MSDS MSDS Luaran
Pengelasan EU Pengoksida (O), Toksik (T), Menghakis (C)
NFPA 704

NFPA 704.svg

0
3
0
OX
Frasa R Templat:R23 Templat:R24 Templat:R25 Templat:R34 Templat:R41
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan bagi bahan dalam keadaan piawai (pada suhu 25 °C, 100 kPa)
Rujukan kotak info

Asid periodik,[1] atau asid iodik(VII)[2] ialah sejenis oksoasid iodin dengan formula kimia HIO4 atau H5IO6.

Dalam larutan akua cair, asid periodik wujud dalam bentuk ion hidronium (H3O+) dan ion metaperiodat (IO4) secara berasingan. Apabila dipekatkan, asid ortoperiodik dibentuk. Ia berpisah kepada ion hidronium dan ion ortoperiodat (IO5−6). Pada praktiknya, ion metaperiodat dan ion ortoperiodat ini wujud bersama-sama dalam keseimbangan kimia yang bergantung pada pH:

IO4 + 6 H2O adalah dalam keseimbangan dengan IO5−6 + 4 H3O+

Asid ortoperiodik boleh diperolehi dalam bentuk pepejal kristal yang boleh dinyahhidratkan kepada asid metaperiodik, HIO4. Pemanasan selanjutnya memberikan diiodin pentoksida (I2O5) dan oksigen dan bukannya anhidrida yang diramalkan, diiodin heptoksida. Anhidrida ini tidak wujud secara semula jadi tetapi boleh dihasilkan secara sintetik.

Oleh kerana terdapat dua jenis asid periodik, dua jenis garam periodat yang berbeza boleh dihasilkan. Contohnya, natrium metaperiodat, NaIO4, boleh disintesis daripada HIO4, manakala natrium ortoperiodat, Na5IO6 boleh disintesis daripada H5IO6. Sebatian metaperiodat mempunyai keterlarutan dan ciri-ciri kimia yang serupa dengan perklorat (serupa tetapi dengan saiz ion lebih besar) tetapi sebatian-sebatian ini kurang mengoksida berbanding perklorat.

Asid periodik digunakan dalam kimia organik untuk analisa struktur. Asid periodik akan membelah diol-diol visinal kepada dua pecahan aldehid atau keton. Ini boleh digunakan dalam menentukan struktur karbohidrat. Ia juga boleh digunakan dalam sintesis organik sebagai agen pengoksida dengan kuasa sederhana.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Nama ini tidak diterbitkan daripada perkataan "period" (kala), tetapi daripada "iodine" (iodin): asid per-iodik (bandingkan dengan asid iodik, asid perklorik), dan oleh itu sebutannya ialah per-iodik /ˌpɜr.ˈɒdɨk/PURR-eye-OD-ik, dan bukannya /ˌpɪərɪˈɒdɨk/PEER-ee-OD-ik.
  2. Alan Isaacs, John Daintith, Elizabeth Martin, ed (1984). Concise Science Dictionary. Oxford: Oxford University Press. m/s. 356. ISBN 0-19-211593-6.