Pokok Bunga Kekwa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Bunga Kekwa
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Asterales
Famili: Asteraceae
Genus: Chrysanthemum
Spesies: (sila lihat di bawah)
[[{{{Ksubspesies}}}]]

Spesies:
Chrysanthemum aphrodite
Chrysanthemum arcticum
Chrysanthemum argyrophyllum
Chrysanthemum arisanense
Chrysanthemum boreale
Chrysanthemum chalchingolicum
Chrysanthemum chanetii
Chrysanthemum crassum
Chrysanthemum glabriusculum
Chrysanthemum hypargyrum
Chrysanthemum indicum
Chrysanthemum japonense
Chrysanthemum japonicum
Chrysanthemum lavandulifolium
Chrysanthemum mawii
Chrysanthemum maximowiczii
Chrysanthemum mongolicum
Chrysanthemum morii
Chrysanthemum okiense
Chrysanthemum oreastrum
Chrysanthemum ornatum
Chrysanthemum pacificum

Chrysanthemum potentilloides
Chrysanthemum shiwogiku
Chrysanthemum sinuatum
Chrysanthemum vestitum
Chrysanthemum weyrichii
Chrysanthemum yoshinaganthum
Chrysanthemum zawadskii


Pokok Bunga Kekwa (bahasa Inggeris: Chrysanthemum) ialah satu genus yang terdiri daripada kira-kira 30 spesies tumbuhan berbunga saka di bawah famili Asteraceae. Pokok ini berasal dari Asia dan Eropah timur laut.

Spesies-spesies Chrysanthemum adalah tumbuhan saka herba yang bertumbuh setinggi 50-150 sentimeter. Daunnya berbentuk cuping dan bunganya besar serta berwarna putih, kuning, atau merah jambu dalam spesies liar. Spesies-spesies ini juga dipergunakan oleh larva-larva sebilangan spesies Lepidoptera untuk makanan tumbuhan - sila lihat Senarai Lepidoptera yang makan bunga kekwa.


Pengolahan dalam sistem taksonomi[sunting | sunting sumber]

Pada suatu masa, genus ini merangkumi banyak lagi spesies tetapi beberapa dekad dahulu, genus ini telah dibahagikan menjadi banyak genus; perkembangan penamaan genus-genus itu telah menimbulkan perbalahan. Bagaimanapun, satu keputusan oleh Kod Antarabangsa Tatanama Botani (ICBN) pada tahun 1999 telah menyebabkan Chrysanthemum indicum dijadikan genus pentakrifan dan oleh itu, memulihkan kedudukan bunga kekwa yang dijual dalam kedai bunga kepada genus Chrysanthemum. Selepas pembahagian genus-genus tetapi sebelum keputusan ICBN, spesies-spesies Chrysanthemum itu biasa menggunakan nama Dendranthema.

Spesies-spesies lain yang dahulu diolah Chrysanthemum sebagai dari pandangan yang sempit kini dialih kepada genus Glebionis. Genus-genus yang diasingkan daripada Chrysanthemum termasuk Argyranthemum, Leucanthemopsis, Leucanthemum, Rhodanthemum, dan Tanacetum.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pokok bunga kekwa ditanam di China sebagai pokok herba sejak abad ke-15 SM lagi. Nama Chu-Hsien, sebuah kota China yang kuno, bermaksud "kota bunga kekwa". Bunga ini diperkenalkan ke Jepun mungkin pada abad ke-8, dan Maharaja Jepun mengiktirafkan bunga ini sebagai mohornya. Terdapat juga "Perayaan Kebahagian" di Jepun yang meraikan bunga ini.

Bunga kekwa dibawa ke Dunia Barat pada abad ke-17. Bunga ini dinamakan oleh Carolus Linnaeus daripada awalan bahasa Greek, chrys-, yang bermaksud "keemasan" (warna bunga-bunga yang asal), dan -anthemon yang bermaksud "bunga".

Bunga kekwa juga digunakan sebagai lambang untuk bunga November.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Penggunaan sebagai hiasan[sunting | sunting sumber]

Bunga-bunga kekwa yang moden jauh lebih menonjol berbanding saudara-saudara liarnya. Bunga-bunga ini mempunyai berbagai-bagai bentuk yang merupkan bunga daisi, perhiasan, pom-pom dan butang. Genus ini mengandungi banyak kacukan dan beribu-ribu kultivar yang diperkembangkan untuk tujuan hortikultur. Selain daripada kuning tradisi, warna-warna yang lain juga boleh didapati, seperti putih, unggu, dan merah. Kacukan yang paling penting ialah Chrysanthemum × morifolium (syn. C. × grandiflorum) yang diterbitkan terutamanya daripada C. indicum, tetapi juga melibatkan spesies-spesies yang lain.

Daun-daun pokok bunga kekwa juga kelihatan seakan-akan rumpai mugwort, saudara rapatnya (sehingga rumpai ini kekadang digelarkan 'pokok bunga kekwa liar'), dan oleh itu, tidak amat digemari oleh pekebun profesional. Dalam sebilangan negara di Eropah dan Jepun, bunga kekwa melambangkan kematian dan hanya digunakan untuk upacara pengebumian atau kubur. Di Amerika Syarikat, bunga ini biasanya diperlihatkan dengan positif dan riang.

Penggunaan untuk masak-memasak[sunting | sunting sumber]

Bunga-bunga kekwa sering kalinya dimasak dengan air untuk menghasilkan apa yang digelarkan sebagai "teh bunga kekwa" (, pinyin: jú huā chá, dalam bahasa Cina), sejenis minuman manis, di dalam sebilangan kawasan Asia. Teh bunga kekwa mempunyai banyak kegunaan perubatan, termasuk pemulihan daripada demam selesema.

Beberapa spesies Chrysanthemum coronarium (bahasa Inggeris: Garland Chrysanthemum) telah ditanam secara perdagangan di Asia Timur sebagai sayur-sayuran daun yang dikenali sebagai tung ho (Bahasa Cina: 茼蒿; pinyin: tónghāo) atau shungiku (bahasa Jepun: 春菊[シュンギク]).

Di China, daun-daun kekwa dimasak secara mudah dengan bawang putih dan cili kering. Sayur kekwa yang telah dimasak mempunyai warna yang tua, tekstur yang padat dan bermusilaj, serta bau yang harum dan kompleks.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]