Badhrulhisham Abdul Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Prof. Dato' Ts. Ir. Dr. Haji

Badhrulhisham Abdul Aziz

DIMP (Pahang)
Presiden
Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia
Dalam jawatan
26 Februari 2019[1][2] – 27 Mac 2021
Didahului olehAbdul Kadir Mamat
Digantikan olehZamani Ibrahim
Butiran peribadi
LahirBadhrulhisham bin Abdul Aziz
(1963-12-01) 1 Disember 1963 (umur 60)
Sungai Balang, Muar, Johor
Parti politik Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (2013-kini)
Parti Islam Se-Malaysia (2001-2013)
PasanganDatin Hajah Noorzaimen A. Kadir (k. 1983)
Anak-anak7
Alma materColorado State University (B.Sc)
University College of Swansea (M.Sc)
Universiti Kyoto (Dr. Eng.)
PekerjaanAhli politik
ProfesionJurutera
Pensyarah

Prof. Dato' Ts. Ir. Dr. Haji Badhrulhisham bin Abdul Aziz (lahir pada 1 Disember 1963) ialah seorang ahli politik Malaysia daripada Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA). Di peringkat parti, beliau merupakan Presiden BERJASA bagi sesi 2019 sehingga 2021.

Latar belakang dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Sungai Balang, Muar, Johor pada 1 Disember 1963.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris, Tangkak dan Sekolah Menengah Inggeris, Kluang, Johor. Beliau melengkapkan Sarjana Muda (B.Sc) Kejuruteraan Kimia di Colorado State Univ., Amerika Syarikat [dengan tajaan JPA] pada tahun 1986, Ijazah Sarjana (M.Sc) Kejuruteraan Kimia di University College of Swansea, Wales, United Kingdom [dengan tajaan UTM] pada tahun 1988 dan Ijazah Kedoktoran (Dr. Eng.) Kejuruteraan Kimia di Universiti Kyoto, Jepun [dengan tajaan Kerajaan Jepun] pada tahun 1994.

Karier awal[sunting | sunting sumber]

Akademik[sunting | sunting sumber]

Badhrulhisham telah terlibat selama 23 tahun dalam dunia akademik di universiti awam dan swasta Malaysia. Beliau pernah menjadi Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Malaysia Pahang (2010-2013)[3] dan masih merupakan Profesor di Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) Universiti Malaysia Pahang[4]. Beliau pernah menjadi editor bagi Ensiklopedia Kejuruteraan Kimia yang diterbitkan untuk julung kali dalam bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Beliau juga pernah dilantik sebagai pemeriksa luar untuk tesis-tesis pascasiswazah, penilai luar untuk kenaikan pangkat ke Profesor Madya dan Profesor di universiti-universiti tempatan, dan menjadi panel penasihat beberapa persidangan/seminar kebangsaan dan antarabangsa.

Industri[sunting | sunting sumber]

Beliau juga terlibat selama 10 tahun bekerja di industri kimia (syarikat multinasional dari Amerika dan England, tempatan); menjawat beberapa jawatan dalam berbagai-bagai bahagian, antaranya sebagai Jurutera Kanan Proses, Pengurus Kualiti, Pengurus Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (Rantau Asia Pasifik) dan Pengurus Besar (Operasi). Badhrulhisham pernah dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Bioteknologi Negeri Pahang yang bertanggungjawab merangka Pelan Induk Bioteknologi untuk negeri Pahang, anggota Jawatankuasa Teknologi Hijau Negeri Kelantan yang bertanggungjawab merangka Pelan Induk Teknologi Hijau Kelantan, anggota Jawatankuasa Kajian Halatuju Pengajian Kejuruteraan Malaysia peringkat nasional, ahli Jawatankuasa Kerja Penubuhan Lembaga Pakar Teknologi Malaysia (MBOT), ahli Jawatankuasa Nadir Bumi, Akademi Sains Malaysia. ahli Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) Mengenai Isu Projek Lynas, Parlimen Malaysia, Penolong Persuruhjaya (Kehormat), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Profesor Pelawat, Program Teknologi Kejuruteraan Kimia, UTHM dan Felo, Akademi Sains Malaysia.

Organisasi masyarakat[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Interdisciplinary Research and International Strategy Institute (IRIS Institute) dan Ketua Biro Perancangan Strategik & Sumber Manusia, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) 2017-2019[5]

Karier politik[sunting | sunting sumber]

Badhrulhisham pada awal penglibatannya dalam politik, telah menyertai Parti Islam Se-Malaysia dan pernah menyertai kepimpinan Pemuda PAS di Telok Kemang (sekarang Port Dickson) pada 2001[6]. Beliau menyertai Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 dan menjadi perancang utama[7] penyertaan parti itu dalam pilihan raya tersebut. Badhrulhisham kemudiannya dilantik menjadi Presiden BERJASA bagi sesi 2019-2020 dalam Mesyuarat Agung Tahunan BERJASA yang diadakan di Hotel Putra Kuala Lumpur[8]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Hajah Noorzaimen A.Kadir pada tahun 1983 dan dikurniakan 7 orang cahaya mata.[9]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Kerusi yang ditandingi Badhrulhisham Abdul Aziz
Tahun Kawasan Individu Undian Lawan Undian Peratus Mengundi Majoriti
2019[10] Parlimen Tanjung Piai Badhrulhisham Abdul Aziz (BERJASA) 850 Wendy Subramaniam (Gerakan) 1,707 74.43% 15,086
Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng (BN-MCA) 25,466
Dr. Ang Chuan Lock (Bebas) 380
Haji Karmaine Sardini (PH-PPBM) 10,380
Faridah Aryani Abd Ghaffar 32

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Pahang Pahang
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2012)

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ berjasadmin (26 Februari 2019). "Bekas Profesor Kanan Terajui Berjasa". berjasa.org.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2020. Dicapai pada 2 Jun 2020.
  2. ^ berjasadmin (28 Februari 2019). "Gandingan Profesional, Ulama dan Orang Muda Terajui Kepimpinan Berjasa". berjasa.org.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2020. Dicapai pada 2 Jun 2020.
  3. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4729797/dr-badrulhisam-dilantik-tnc-akademik-dan-antarabangsa-ump
  4. ^ http://community.ump.edu.my/ecommstaff/includes/viewNewsToPublic.jsp?ref=10687
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-01. Dicapai pada 2019-04-01.
  6. ^ https://www.nst.com.my/news/exclusive/2019/11/536228/tg-piai-polls-berjasa-candidate-wants-rebuild-nation
  7. ^ https://berjasa.org.my/dato-ir-ts-dr-badhrulhisham-abdul-aziz-f-a-sc/
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-01. Dicapai pada 2019-04-01.
  9. ^ https://berjasa.org.my/dato-ir-ts-dr-badhrulhisham-abdul-aziz-f-a-sc/
  10. ^ http://www.spr.gov.my/sites/default/files/keputusan%20rasmi%20prk%20tjg%20piai.jpg[pautan mati kekal]