Balbir Kaur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Balbir Kaur merupakan bekas majistret peguam di Malaysia dan kini berusia 49 tahun.

Balbir Kaur termasuk dalam senarai Interpol 'Senarai Orang Dikehendaki' kerana kesalahan menerima rasuah RM25,000 pada 1987. Pada 1987, Balbir ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana didakwa menerima RM25,000 sebagai dorongan untuk membebaskan tiga rakyat Indonesia yang menghadapi tuduhan mengikut Akta Kastam. Malangnya beliau menghilangkan diri semada dalam jaminan bagi mengelak daripada dakwaan dan berlepas ke India.

Ketika ini, Balbir Kaur dikatakan menukar nama kepada 'Daljit Kaur' , berkahwin dengan rakyat India dan tinggal di sebuah banglo mewah di ChandigarhPunjab,utara India.Pasangan itu mempunyai anak dewasa. Chandigarh adalah pusat pentadbiran Punjab dan Hariyana. Polis India akan memburu Balbir Kaur jika masih tersenarai dalam Notis Merah polis antarabangsa (Interpol). Tetapi media tempatan menyatakan Balbir tidak berada di Punjab, sebaliknya menetap di New Zealand atau Australia.

Beliau selamat melarikan diri ke India kerana Malaysia dan India tidak ada perjanjian ekstradisi. Amerika Syarikat, Australia, Hong Kong dan Thailand juga tidak ada perjanjian ekstradisi dengan Malaysia untuk kesalahan rasuah. [1]

Pada bulan Julai 2007, BPR telah mengarahkan Balbir Kaur dikeluarkan dari 'senarai orang dihendaki' Interpol. Tetapi Datuk V.Sithambaram, menegaskan undang-undang jenayah di Malaysia akan mendakwanya jika ada bukti, saksi dan pengadu. Hanya Peguam Negara Malaysia berkuasa menarik balik kes mengikut Seksyen 376, Kanun Prosedur Jenayah.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0915&pub=utusan_malaysia&sec=jenayah&pg=je_07.htm&arc=hive
  2. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0915&pub=utusan_malaysia&sec=jenayah&pg=je_07.htm&arc=hive
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-02. Dicapai pada 2007-09-28.