Bandaran di Brunei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bandaran di Brunei merujuk kepada penempatan yang telah diperbadankan oleh kerajaan untuk dijalankan sebagai perbandaran ("bandaran" di Brunei). Bandaran-bandaran ini bebas daripada hierarki subbahagian negara, tetapi bertindih dengan mukim dan kampung, bahagian pentadbiran peringkat kedua dan ketiga Brunei masing-masing. Badan pentadbir bandaran dipanggil sebagai jabatan bandaran, jabatan kerajaan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, dan diketuai pengerusi (secara rasmi Pengerusi Lembaga Bandaran), setara dengan Datuk Bandar.[1]

Senarai[sunting | sunting sumber]

Terdapat empat petempatan di Brunei yang berstatus bandaran, iaitu Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei; Kuala Belait, sebuah bandar serta ibu kota Daerah Belait; Seria, sebuah bandar juga di Daerah Belait; dan Tutong, bandar Daerah Tutong. Walaupun Muara di Daerah Brunei-Muara dan Bangar, ibu kota Daerah Temburong, secara rasmi dikenali sebagai Pekan Muara dan Pekan Bangar, mereka tidak mempunyai status bandaran, sebaliknya ditadbir sebagai pecahan peringkat kampung.

Senarai bandaran di Brunei
Nama Jenis petempatan Badan pentadbir[1] Subbahagian[2][3]
Mukim Kampung
Bandar Seri Begawan bandar raya, ibu negara Brunei Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan Berakas 'A'
Berakas 'B'
Burong Pingai Ayer
Gadong 'B'
Kianggeh
Kota Batu
Peramu
Saba
Sungai Kebun
Tamoi
Kuala Belait bandar, ibu kota Daerah Belait Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria Kuala Belait
Seria pekan Seria
  • sebahagian Seria 1
  • sebahagian Seria 2
Tutong pekan, ibu kota Daerah Tutong Jabatan Bandaran Tutong Pekan Tutong

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam - Ketua-Ketua Jabatan". www.moha.gov.bn. Dicapai pada 2018-02-26.
  2. ^ "Kawasan Baru Perbandaran Bandar Seri Begawan Mulai 1 Ogos 2007". bandaran-bsb.gov.bn. Dicapai pada 2018-02-26.
  3. ^ "Bandaran Tutong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri - Sejarah Ringkas". www.bandaran-tutong.gov.bn. Dicapai pada 2018-02-26.