Bangkok Airways Flight 266

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 09°32′52″N 100°03′44″E / 9.54778°U 100.06222°T / 9.54778; 100.06222

Bangkok Airways Flight 266
An ATR 72 of Bangkok Airways
Ringkasan accident
Ringkasan Runway overrun
Penumpang 72
Anak kapal 6
Kecederaan 41
Kematian 1
Terselamat 77
Jenis pesawat ATR 72-212A
Nama pesawat Pha Ngan
Pengendali Bangkok Airways
Pendaftaran HS-PGL
Asal penerbangan Lapangan Terbang Antabangsa Krabi, Thailand
Destinasi Lapangan Terbang Antabangsa Samui, Thailand

Bangkok Airways Flight 266 tergerlincir ketika dalam pendaratan di Lapangan terbang Samui di pulau Koh Samui pada 4 Ogos 2009. Hujan lebat menyebabkan hilang kawalan. 10 penumpang terbunuh . Pesawat dari Krabi itu membawa 68 penumpang dan empat krew ketika nahas pada pukul 2.30 petang .

Lapangan itu terletak 700 km di selatan Bangkok, dibangunkan dan dikendalikan oleh syarikat penerbangan Bangkok Airways sendiri. Penerbangan yang menggunakan lapangan terbang itu ialah Bangkok Airways dan Thai Airways International, MAS, Berjaya Air ,Firefly dan lain-lain.

Punca : Angin lintang dan hujan lebat mungkin menjadi punca.

Pesawat[sunting | sunting sumber]

Pesawat itu adalah ATR 72-212A, pendaftaran HS-PGL,msn 670. Pesawat itu membuat penerbangan pertamanya pada 6 Jun 2001 dengan pendaftaran Perancis F-WWER. Ia mula digunakan oleh Bangkok Airways pada 16 Julai 2001. Pada 29 Mei 2006 ia digunakan di laluan udara antarabangsa Siem Reap kembali ke Bangkok Airways pada 7 Januari 2009 . Pesawat dinamakan sebagai 'Pha Ngan'.


Kemalangan[sunting | sunting sumber]

Pesawat dilaporkan telah tergelincir di landasan terbang dan melanggar satu menara kawalan terbiar . Kemalangan itu berlaku pada jam 14:00 waktu tempatan (08:00 UTC). Seorang juruterbang telah dilaporkan telah terbunuh. Seramai 41 orang telah cedera. METAR dikuatkuasakan pada masa itu.Kemalangan adalah METAR VTSM 040700Z 29015KT 9000 FEW020TCU SCT120 BKN300 31/25 Q1007 A2974 TCU-NW. [1]

Presiden Bangkok Airways, Kapten Puttipong PrasarttongOsoth menyatakan bahawa juruterbang penerbangan PG266, Chartchai Pansuwan terbunuh .9 penumpang cedera termasuk 7 cedera parah. Kebanyakan penumpang dari Eropah termasuk dari Itali, Perancis, Israel, Jerman, Britain, Sepanyol dan Swizerland.

Juru terbang[sunting | sunting sumber]

Chartchai Pansuwan seorang juru terbang berpengalaman, dan bekerja dengan syarikat penerbangan itu sejak 19 tahun lepas dan sudah biasa dengan injin dua kipas pesawat ATR 72500 .

Sejarah kemalangan[sunting | sunting sumber]

  • Pada 21 November 1990, pesawat Bangkok Airways de Havilland Canada DHC8103 tergelincir ketika cuba mendarat dalam hujan lebat dan angin kencang di lapangan terbang Koh Samui .Seramai 38 penumpang terbunuh.
  • Pada September 2007,pesawat OneTwoGo tergelincir di landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket berikutan angin lintang.Lebih 90 penumpang terbunuh.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]