Firefly
|
||||
| Ditubuhkan | 2007 | |||
|---|---|---|---|---|
| Hab | Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang | |||
| Hab kedua | Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah | |||
| Pesawat | 5 | |||
| Destinasi | 10 | |||
| Syarikat induk | Penerbangan Malaysia | |||
| Ibu pejabat | Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang Jaya, Malaysia |
|||
| Tokoh utama | Eddy Leong | |||
| Laman web | http://www.fireflyz.com.my | |||
Firefly adalah syarikat penerbangan tambang murah di bawah subsidiari Penerbangan Malaysia. Ia memulakan operasinya ke enam destinasi dari hab penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia.
Firefly menyediakan penerbangan harga murah ke destinasi pelancongan di Thailand dan Malaysia dengan menawarkan harga tiket yang rendah. Pengarah Urusan Penerbangan Malaysia, Idris Jala di awal penubuhannya berkata harga tiket bermula daripada RM9.00 (USD3.60). Idris Jala berkata Firefly mahu dilihat sebagai syarikat penerbangan komuniti dengan asas penerbangan kos rendah.
Isi kandungan |
Pengurusan dan Operasi [sunting]
Firefly akan diuruskan oleh FlyFirefly Sdn Bhd. Walaupun Firefly adalah syarikat milik penuh Penerbangan Malaysia, Firefly akan diuruskan oleh satu kumpulan pengurusan yang berasingan. Khidmat penerbangan akan dimulakan menggunakan 2 buah pesawat Fokker 50 menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas sebagai hab operasi. Pada 13 Jun 2007, Kerajaan Malaysia telah membenarkan Firefly untuk beroperasi di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang juga dikenali sebagai Terminal Skypark Subang. Skypark menggantikan Pulau Pinang sebagai hab utama yg beroperasi menggunakan pesawat jenis ATR 72. Kini syarikat penerbangan ini mempunyai 12 buah pesawat ATR.
Perkhidmatan Kargo [sunting]
Firefly juga turut menawarkan perkhidmatan penghantaran kargo dengan menggunakan pesawat Fokker 50. Ia mampu memuatkan hampir 500kg dan maksium kargo dimensi adalah 54 x 39 x 34 cm. Firefly juga telah menjalinkan pakatan perniagaan dengan syarikat penghantaran Natiowide dan memperkenalkan servis Super Express B4 6. Penghantaran itu perlu dibuat sebelum pukul 10 pagi dan ia akan tiba sebelum enam petang hari yang sama
Destinasi [sunting]
Firefly terbang dari dua hab, Pulau Pinang dan Subang di Kuala Lumpur. Penerbangan domestik dari Pulau Pinang ialah Langkawi, Kota Bharu, Subang, Kuala Terengganu dan Kuantan 14 kali setiap minggu serta Koh Samui dan Phuket di Thailand tujuh kali seminggu. Penerbangan dari Subang ialah Pulau Pinang, Langkawi, dan Kota Bharu.
Indonesia [sunting]
- Banda Aceh (Lapangan Terbang Sultan Iskandarmuda)
- Medan (Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia)
- Pekanbaru (Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Syarif Qasim II)
Malaysia [sunting]
- Johor Bahru (Lapangan Terbang Antarabangsa Senai)
- Kerteh (Lapangan Terbang Kerteh)[1]
- Kota Bharu (Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra)
- Kota Kinabalu (Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu)
- Kuala Lumpur (Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) Hab Utama
- Kuala Terengganu (Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud)
- Kuantan (Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah)
- Kuching (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching)
- Langkawi (Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi)
- Sandakan (Lapangan Terbang Sandakan)
- Sibu (Lapangan Terbang Sibu)
- Pulau Pinang (Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang) Hab Kedua
Thailand [sunting]
- Hat Yai (Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai)
- Koh Samui (Lapangan Terbang Samui)
- Phuket (Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket)
Pihak Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) telahpun menghantar kertas cadangan kepada pihak kerajaan untuk menambah laluan Firefly. Antara destinasi yang dipohon adalah Ipoh, Subang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Singapura, dan Indonesia.
Pesawat-pesawat [sunting]
Berikut adalah pesawat Firefly:
| Pesawat | Digunakan | Tempahan | Pilihan | Enjin | Pendaftaran | Konfigurasi kerusi | Laluan | Nota |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ATR 72-500 | 12 | 12 | Pratt & Whitney Canada PW127F | 9M-FY* | 72 | Domestik-negara berdekatan penerbangan pendek | Menggantikan : Fokker 50 |
Pautan luar [sunting]
Rujukan [sunting]
- ↑ Perkhidmatan bermula pada 12 Januari 2009
- Karim, F.N., "Firefly to start services April 2", Business Times, March 15, 2006
- Yeow, J. & Francis, I., "MAS to launch Firefly", The Sun, March 15, 2006
|
|||||||||||