Banjir Asia Selatan 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Foto satelit menunjukkan Lembah Assam yang dilanda banjir.
Angin Monsun di India
Peta menunjukkan Sungai Brahmaputra bertemu dengan Sungai Jamuna di Bangladesh.

Banjir dahsyat berlaku di Asia Selatan melibatkan negara India , Bangladesh,selatan Pakistan , Nepal, Bhutan sehingga 5 Ogos 2007. Sehingga 5 Ogos 2007, lebih 1400 telah mati lemas. Banjir ini telah berlaku lebih tiga minggu.

UNICEF iaitu Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak PBB menyatakan lebih 1100 mati di India sahaja.

Tidak kurang 35 juta orang hilang tempat tinggal kerana rumah ditenggelami banjir dan dihanyutkan oleh arus deras. Kebanyakan mereka membina rumah dari kayu dan rumput-rumput yang mudah dihanyutkan air ke hilir sungai.

Banjir turut merosakkan jalan raya dan landasan kereta api, jambatan dan kawasan pertanian tradisional. Mereka berhadapan dengan masalah ketiadaan benih padi untuk ditanam pada musim akan datang. Mereka yang sedia miskin kehilangan kerja dan sumber makanan dan terdedah kepada kebuluran.

  • Bantuan perubatan juga kepada mangsa gigitan ular dan serangga berbisa yang lain.

Kawasan pergunungan di Nepal bukan banjir yang berlaku. Sebaliknya mereka berhadapan dengan salji yang mencair dan menghanyut kawasan penempatan di tepi Sungai Brahmaputra.

  • Tahun 1985 , ribut siklon dengan kelajuan 154 km sejam telah menyebabkan gelombang laut setinggi 4 meter di Bangladesh. 11,000 orang terbunuh, 94,000 rumah musnah, 135,000 haiwan peliharaan terbunuh .
  • Tahun 1988 , 2/3 Bangladesh ditenggelami banjir. Separuh bandar Dhaka dan Lapangan Terbang Antarabangsa Zia tenggelam. Lebih 600 jiwa terkorban.

Punca[sunting | sunting sumber]

Kejadian banjir ini berpunca dari :

  • Angin monsun yang terjadi setiap tahun di Teluk Bengal pada bulan Julai hingga September. Tetapi jumlah hujan yang turun kali ini memang luar biasa. 80 % mukabumi Bangladesh di bawah paras laut atau sama paras dengan laut. Kelajuan angin semasa siklon tropika boleh mencapai 160 meter sejam dan membawa hujan lebat. 80 % hujan turun semasa musim angin monsun.
  • B.P Yadav dari Jabatan Meteorologi India menyatakan hujan lebat lebih 20 hari. Terjadi sejak siklon pada Jun 2007. Kawasan utama di Pakistan ialah di Balochistan dan Sindh.
  • Benteng banjir dan kawasan sawah padi pecah kerana rempuhan air yang deras.
  • Glasier berlaku apabila salji di Banjaran Himalaya turun mengikut Sungai Brahmaputra, iaitu sungai terpanjang di Asia Selatan.

Tindakan[sunting | sunting sumber]

  • Tentera India telah dikerahkan ke bahagian Assam, Bihar dan Uttar Pradesh bagi menghulurkan bantuan , air bersih , ubatan kepada mangsa banjir. Malangnya jalan raya terputus kerana jambatan runtuh, rosak atau ditenggelami air sehingga ke paras dada. Lebih 14 juta dipindahkan ke tempat lebih selamat.
  • Hampir ⅜ Bangladesh tenggelam . Benberapa tahun lalu, beberapa pulau di Bangladesh tenggelam akibat putaran angin siklon di Teluk Bengal. Sungai Brahmaputra yang panjangnya 2900 meter memang bersedia menenggelamkan 2/3 Bangladesh.
  • Di Nepal terjadi tanah runtuh dan banjir akibat salji di Banjaran Himalaya mencair dan menuruni Sungai Brahmaputra , Sungai Ganges dan Sungai Yamuna. Sungai-sungai ini melalui Lembah Assam.
  • Di Assam , lebih 100,000 khemah telah dibina bagi menempatkan 500,000 mangsa banjir. 19 telah terbunuh. Pada 1 Ogos 2007, seorang telah ditembak oleh polis Assam kerana menyerang pekerja bantuan yang lambat datang.
  • 41 orang telah meninggal dunia di Bihar dan Uttar Pradesh.
  • Persatuan Pelang Merah telah menghantar tenaga sukarelawan dan , bekalan makanan, selimut dan ubat-ubatan ke kawasan-kawasan yang sampai sahaja.

Bantuan tidak cukup[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.hindustantimes.com/StoryPage/StoryPage.aspx?id=5699a39e-039d-45c9-b416-2241f6f48faf&&Headline=Flood+situation+grave+in+Bihar%2c+25+dead