Taun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Taun
Kolera
Pengelasan dan sumber luaran
Imej mikroskopik virus Vibrio cholerae
ICD-10 A00.
ICD-9 001
P. Data Penyakit 29089
MedlinePlus 000303
eMedicine med/351
MeSH D002771
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Penyakit taun atau kolera merupakan jangkitan pada saluran penghadaman yang disebabkan oleh bakteria, vibrio cholera. Penyebaran virus ini biasanya berlaku melalui air minuman dan makanan yang tercemar oleh najis (produk sisa) daripada orang yang dijangkiti, termasuklah orang dengan tanda yang tidak jelas. Simptom penyakit ini termasuklah cirit-birit, perut tegang, mual, muntah, dan kekeringan. Rawatan utama taun adalah dengan terapi rehidrasi oral, yang biasanya dengan larutan rehidrasi oral untuk menggantikan air dan elektrolit dan antibiotik, tetapi dalam kes teruk, taun boleh menyebabkan kematian.

Maklumat perangkaan[sunting | sunting sumber]

Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan penyakit taun atau kolera telah menurun dari 1,304 kes (19 kematian) pada tahun 1998 kepada 365 kes (7 kematian) pada tahun 2002. Penurunan ini adalah petanda baik bahawa pendidikan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan berkesan, namun pengguna harus sentiasa berwaspada terhadap tahap kebersihan dan keselamatan makanan mereka.

  • Sekitar sejuta virus Vibrio cholerae harus dihadamkan sebelum taun menjangkiti seseorang dewasa yang sihat, walaupun peningkatan jangkitan boleh diperhati pada mereka dengan sistem pertahanan diri yang lemah, mereka yang asid gastrik kurang (akibat penggunaan antasid), atau mereka yang kekurangan makanan.
  • Wabak taun terakhir di Amerika Syarikat adalah pada tahun 1911.
  • 1,099,882 kes dan 10,453 kematian dilapurkan di hemisfera barat antara Januari 1991 dan Julai 1995.
  • Secara purata, satu kes taun dilapurkan di Amerika Syarikat setiap minggu.

Mekanisme[sunting | sunting sumber]

Vibrio cholerae menyebabkan penyakit dengan membebaskan toksin yang melumpuhkan fungsi GTPase pada protin G yang merupakan sebahagian reseptor pasangan protein G di dalam sel usus. Ini mengakibatkan protein G terkunci dalam "kedudukan terpasang" mengikat GTP (biasanya, protein G kembali "tertutup" dengan pantas dengan hydrolizing GTP kepada GDP). Protein G mengakibatkan adenilate ciclase menghasilkan sejumlah besar AMP kitaran (cAMP) yang mengakibatkan kehilangan cecair dan garam yang banyak pada lapisan perut.

Cirit-birit yang berlaku membenarkan virus tersebar kepada orang lain akibat keadaan yang tidak bersih. Pembawa gen penyakit Sistik Fibrosis (cystic fibrosis) dilindungi dari kesan taun teruk akibat mereka tidak kehilangan air dengan cepat. Ini menjelaskan jumlah tinggi cystic fibrosis dikalangan penduduk yang pernah terdedah kepada taun.

Kajian genetik terkini menunjukkan kecenderungan seseorang kepada taun (dan cirit-birit lain) bergantung kepada jenis darah mereka. Mereka dengan darah jenis O paling mudah dijangkiti. Mereka dengan darah jenis AB paling tahan, hampir kebal. Antara kedua melampau terdapat jenis darah A dan B, dengan jenis A lebih tahan berbanding jenis B.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]