Bercakap Dengan Jin 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bercakap Dengan Jin 2 adalah merupakan drama kesinambungan kisah-kisah mistik yang diadaptasi dari Siri Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis sekitar tahun 80an. Musim kedua kali ini disiarkan sebanyak 13 episod bermula 25 Ogos 2015 pada setiap hari Selasa di saluran Astro Prima dan Astro Maya HD. Dibintangi oleh pelakon Dato' Rahim Razali, Pekin Ibrahim, A. Galak dan ramai lagi.

Bercakap Dengan Jin 2
GenreSeram
Mistik
Supernatural
Berdasarkan daripada
Siri Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis
PenciptaTamar Jalis
Ditulis olehTamar Jalis
PengarahC. Kumaresan
Dibintangi oleh
Dato' Rahim Razali
Pekin Ibrahim
A. GalakOktovia Manrose
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Penerbitan
PenerbitDato' Yusof Haslam
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran48 minit (per episod)
Syarikat penerbitan
Skop Productions Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima
Astro Maya HD
Format gambar480i (SDTV)
1080i (SDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal25 Ogos 2015 – 17 November 2015
Kronologi
Rancangan berkaitan
Bercakap Dengan Jin

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Tarmizi yang sering diganggu oleh mahkluk halus. Ketika itu, dia baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya. Dia sukar untuk fokus dalam pekerjaannya. Tarmizi mengambil keputusan untuk berjumpa kaunselor.

Tarmizi meluahkan segala yang terpendam mengenai makhluk halus yang menganggunya. Pada awalnya, kaunselor itu memberikan kata-kata positif untuk menenangkan Tarmizi. Menurutnya, apa yang kita fikir, itulah yang dilihat menerusi mata kita. Ianya seolah-olah permainan otak. Tarmizi mengeluh kerana kaunselor seperti tidak mempercayainya.

Melihat reaksi Tarmizi, kaunselor itu memusingkan badannya. Dia memberitahu Tarmizi sama ada Tarmizi percaya atau tidak di dalam bilik tersebut didiami jin. Apabila kaunselor memusingkan kepalanya, Tarmizi begitu terkejut! Mata kaunselor berubah putih! Kaunselor itu sendiri merupakan jin!

Tarmizi berasa semakin kurang selesa di pejabatnya. Seolah-olah ada yang memerhatinya. Rakan sekerjanya memberitahu ada orang meninggalkan kotak hadiah di atas motosikalnya. Tarmizi segera bergerak ke arah motornya. Dilihatnya, ada sebuah kotak berwarna putih. Tidak jauh dari situ, ada seorang wanita berpakaian serba putih. Tarmizi menyapanya dan memberitahu adakah itu hadiah diberikan untuknya. Wanita itu mengangguk dan terus hilang dari pandangan.

Selepas membuka kotak hadiah tersebut, ada sebuah buku lama catatan jawi. Semenjak penerimaan buku lama itu, gangguan makhluk halus semakin kerap! Tarmizi syak gangguan itu berpunca dari buku tersebut. Tarmizi cuba membakar buku tersebut namun ianya tidak musnah. Tarmizi cuba mencari wanita yang memberikannya hadiah buku itu. Dia mahu memulangkannya memandangkan buku itu tidak dapat dihapuskan. Ia tidak mahu buku itu asyik menganggu dirinya.

Tarmizi berjaya berjumpa wanita itu yang dikenali Mawar. Mawar membawanya ke suatu tempat. Tarmizi terkejut kerana ada seorang lagi menyerupai Mawar melarang Tarmizi mengikut wanita itu. Tarmizi serba salah kerana dia tidak tahu mana satu Mawar yang betul. Namun Tarmizi tetap mengikuti perempuan itu. Tarmizi berang apabila wanita tersebut tidak mengambil buku tersebut tetapi asyik meneruskan perjalanan. Ketika wanita itu berpaling, wajahnya yang cantik berubah hodoh! Tarmizi menjerit ketakutan!

Apa hubungan Tarmizi dengan Mawar? Mengapa makhluk halus sering menganggu Tarmizi? Benarkah diri Tarmizi sedang diganggu oleh jin? Mengapa jin ini sering menganggu dirinya? Apa hubungan Tarmizi dengan Tamar dan Long Piah? Saksikan segalanya dalam drama Bercakap Dengan Jin yang diadaptasi dari kisah benar.[1]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Bercakap Dengan Jin 2 mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.