Yusof Haslam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yusof Haslam
Kelahiran Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan
24 April 1954 (59 tahun) [1]
Nama lain DYH (singkatan kepada Datuk' Yusof Haslam)
Pasangan Datin Patimah Ismail

Datuk Yusof Haslam atau nama sebenar beliau ialah Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan merupakan seorang pengarah filem di Malaysia. Datuk' Yusof Haslam dilahirkan pada 24 April 1954 [59 tahun]. Berasal dari Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh beradik ini mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

Datuk Yusof Haslam mendirikan rumah tangga dengan Datin Fatimah Ismail. Anak-anak mereka ialah Mohd Faizal,Mohd Shamsul, Nursyamin dan Mohd Syafiq[2].

Datuk Yusof Haslam mula berlakon sejak 1970 lagi. Antara filem dan drama TV lakonan serta terbitannya ialah Permintaan Terakhir, Bukit Kepong, Penentuan, Ribut Barat , PJ, Remang-Remang Kota Raya, Roda-Roda Kota Raya, Wira Angkasa, Bayangan Maut, Pemburu Bayang, Sembilu, Sembilu 2, Maria Mariana, Bara, Gemilang, Pasrah dan Gerak Khas The Movie. Ketika pembabitan awalnya, beliau memegang watak tambahan dalam filem Laksamana Do Re Mi bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, ketika itu beliau berlakon sebagai pengawal Menteri Fasola (lakonan Allahyarham Hussein Abu Hassan).

Selain kerjaya beliau sebagai penerbit filem, drama, penulis skrip dan pelakon, Datuk Yusof juga adalah Pengarah Urusan di Skop Production, dimana anak-anak syarikatnya terdiri dari Haslam Trading (restoran), Haslam Properties (hartanah), Skop Publishing (novel dan buku) dan ME Communication (post production dan penerbitan drama serta filem).

Datuk Yusof Haslam pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) 1984 menerusi Mekanik. Sebagai menghargai sumbangan Datuk Yusof dalam industri perfileman negara, dia dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) pada 1993 dan Panglima Jasa Negara (PJN) pada 2001 yang membawa gelaran Datuk.

Filem arahan[sunting | sunting sumber]

  1. Bayangan Maut (1991) - Kutipan mencecah RM1 juta. Menampilkan Datuk Yusof Haslam dan Noorkumalasari.
  2. Pemburu Bayang (1993) - Kutipan RM1.8 juta. Pelakon utama ialah Awie dan Ella.
  3. Sembilu (1994) - RM4.2 juta, pelakonnya Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain.
  4. Sembilu II (1995) - RM6.3 juta, mengekalkan pelakon yang sama dalam Sembilu.
  5. Maria Mariana (1996) - Menampilkan Erra Fazira dan Ziana Zain.
  6. Maria Mariana II (1998) - Mendapat RM3.2 juta di pawagam.
  7. Bara (1999) - Awie dan Nasha Aziz bergandingan dalam filem ini.
  8. Pasrah (2000) - Erra Fazira dan Norman Hakim berlakon dalam filem ini.
  9. Gerak Khas The Movie (2001) - Filem bercorak kepolisan
  10. Gerak Khas The Movie II (2002) - kutipan lebih kurang RM 3 juta
  11. Janji Diana (2003) - RM 2.3 juta, menampilkan Rosyam Nor dan Erra Fazira
  12. GK3 The Movie (2005) - Pelakonnya ialah Norman Hakim dan Abby Abadi
  13. Sembilu 2005 - Memperkenalkan Vince dan Hetty Sarlene serta pendatang baru Irwan Suhaimi

Rujukan[sunting | sunting sumber]