Betty Ong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Betty Ong
Nama Ong terdapat di Panel N-74 Kolam Utara Memorial Kebangsaan 11 September, bersama-sama dengan nama penumpang
Penerbangan 11 yang lain.
Kelahiran
Betty Ann Ong

(1956-02-05)5 Februari 1956
Meninggal dunia11 September 2001(2001-09-11) (umur 45)
Sebab kematianNahas kapal terbang oleh pengganas
PekerjaanPramugari kapal terbang
Betty Ann Ong

Betty Ann Ong (5 Februari 1956 – 11 September 2001) merupakan bekas pramugari Amerika Syarikat yang berada dalam Penerbangan 11 American Airlines apabila ia dirampas oleh pengganas dan merempuh Menara Utara World Trade Center di Bandar Raya New York, sebagai sebahagian daripada serangan 11 September 2001.[1] Beliau dilahirkan di San Francisco, California[2] dan menetap di Andover, Massachusetts.[2]

Pada 11 September 2001, beliau berada dalam Penerbangan 11 untuk pulang ke Los Angeles dari percutian di Hawaii bersama kakaknya. Ketika pesawat dirampas, beliau telah menghubungi American Airlines dan memberitahu bahawa pesawat mereka telah dirampas. Menerusi panggilan telefon tersebut, beliau menyatakan tiada seorang pun anak kapal yang boleh membuka pintu kokpit, seorang penumpang dan dua orang pramugari telah tercedera, [3] dan merasakan seseorang telah menyembur Mace atau sesuatu dalam kelas perniagaan.[4][5] Beliau turut memberitahu tempat duduk pengganas di dalam kapal terbang tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Betty Ong: Unsung Hero of Sept. 11". National Public Radio. September 10, 2004. Betty Ong, a Chinese-American flight attendant for American Airlines, may have saved untold numbers of lives by telling emergency personnel on the ground what was happening aboard flight 11 on Sept. 11, 2001. Her call led to air traffic controllers landing every plane flying over U.S. airspace. ... Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  2. ^ a b "North Pool: Panel N-74 - Betty Ann Ong". National September 11 Memorial & Museum.
  3. ^ Richard Sisk & Monique el-Faizy (July 24, 2004). "Ex-Israeli commando tried to halt unfolding hijacking". NY Daily News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-19. Dicapai pada 2017-04-18.
  4. ^ "Betty Ong's Call from 9/11 Flight 11". 9/11 Commission.
  5. ^ "9/11 commission hears flight attendant's phone call". CNN. January 27, 2004. 'The cockpit's not answering,' flight attendant Betty Ong said. 'Somebody's stabbed in business class, and, um, I think there's Mace that we can't breathe. I don't know; I think we are getting hijacked.' Ong, 45, was on board American Airlines Flight 11, the Boeing 767 en route from Boston, Massachusetts, to Los Angeles, California, that was flown into the north tower of the World Trade Center. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]