Blender (perisian)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Blender
Tampilan skrin Blender
Blender 2.58a
Pembangun The Blender Foundation
Keluaran stabil 2.58a / Julai 4, 2011; 3 tahun yang lalu (2011-07-04)[1]
Ditulis dalam C, C++, dan Python
Sistem pengendalian Rentas-pelantar
Jenis Grafik komputer 3D
Lesen Dwilesen Blender[2]/GPL.
Tapak web www.blender.org

Blender ialah sebuah perisian animasi 3D yang bebas dan bersumber terbuka. Ia boleh digunakan seperti perisian 3D yang lain seperti Maya, SoftImage|XSI, 3DSMax dan lain-lain. Ia boleh diintegrasikan dalam mana-mana proses penghasilan animasi 3D seperti pemodelan, UV unwrapping, texturing, rigging, simulasi cecair, skinning, animasi, penyuntingan, compositing dan banyak lagi. Blender dihasilkan untuk pelbagai sistem pengendalian seperti Microsoft Windows, Linux, Mac OS X, Solaris, NetBSD, FreeBSD, Open BSD dan port tidak rasmi untuk sistem pengendalian komputer poket. Perisian ini adalah percuma dan boleh didapati di laman web www.blender.org.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tangkap layar Blender 2.4

Blender telah dibangunkan oleh studio animasi Belanda Neo Geo dan Not a Number Technologies (NaN) untuk kegunaan sendiri. Pengarang utamanya ialah Ton Roosendaal yang pernah menulis sebuah penyurih sinar bernama Traces for Amiga pada tahun 1989. Nama "Blender" diilhamkan oleh sebuah lagu oleh Yello daripada album Baby.[3]

Roosendaal mengasaskan NaN pada bulan Jun 1998 untuk terus membangun dan mengedarkan atur cara terbabit. Atur cara ini pada mulanya diedarkan sebagai perisian kongsi sehinggalah NaN jatuh muflis pada tahun 2002.

Para pemiutang bersetuju untuk membebaskan Blender di bawah terma Lesen Awam Am GNU, dengan bayaran sekali gus €100,000 (AS$100,670 ketika itu). Tanggal 18 Julai 2002, sebuah kempen pembiayaan Blender telah dimulakan oleh Roosendaal untuk mengumpul derma dan pada 7 September 2002, diumumkan bahawa dana yang cukup telah berjaya dikumpul dan kod sumber Blender akan dibebaskan. Kini, Blender ialah sebuah perisian yang bebas lagi bersumber terbuka dan dibangunkan oleh komuniti, di samping dibangunkan oleh pekerja sambilan dan tetap.[4]

Dekstop dalam versi 2.63

Blender Foundation pada asalnya mempunyai hak untuk menggunakan dwi lesen, supaya, di samping GNU GPL, Blender juga dilesenkan di bawah "Lesen Blender", yang tidak memerlukan kod sumbernya dibuka sebaliknya memerlukan bayaran kepada Blender Foundation. Namun, pilihan ini tidak pernah diguna pakai dan telah ditangguhkan pada tahun 2005.[5] Buat masa ini, Blender berada di bawah GNU GPL sepenuhnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Blender 2.58a update log". http://wiki.blender.org/index.php/Dev:Ref/Release_Notes/changelog_258a. Capaian 2011-07-04. 
  2. http://www.blender.org/BL/ Blender License
  3. Kassenaar, Joeri (21 Mei 2005). "Brief history of the Blender logo". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-16. http://archive.is/q3QZ. Capaian 21 Disember 2012. 
  4. "Blender.org history". Amsterdam. 2008-06. http://www.blender.org/blenderorg/blender-foundation/history/. 
  5. Roosendaal, Ton (2005-06). "Blender License". http://www.blender.org/BL/. Capaian 19 Januari 2007. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]