Bradley Manning

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bradley Manning, 2009

Bradley Manning (22) adalah seorang anggota Tentera Darat Amerika Syarikat berasal dari Potomac, Maryland. Beliau dikerah ke Baghdad ketika penjajahan Amerika di Iraq pada 2003. Dia adakah pakar analisis risikan ketenteraan, dari 10 Briged 2 Divisi Mountain.

Beliau ditangkap pada Mei 2010 dan ditahan tanpa bicara di Kem Arifjan Kuwait. disyakki memindahkan data ke komputer peribadi dan menambah perisian tidak sah ke dalam sistem komputer. Manning dipercayai menghubungi wartawan dan bekas hacker Adrian Lamo tentang serangan helikopter di Baghdad pada 2007 seterusnya ke laman web Wikileaks. Pada 21 Jun 2010, Julian Assange telah melantik peguam untuk membela Manning.

Bocorkan rakaman video serangan 12 Julai 2007[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Jun 2010, beliau telah ditangkap kerana membocorkan video rahsia tentang serangan helikopter tentera udara Amerika Syarikat di Baghdad. Maklumat video itu dibocorkan pada April 2010 di laman web Wikileaks - selalu membocorkan maklumat untuk melawan kerajaan dan korporat yang terlibat dalam rasuah.

Serangan helikopter Apache Amerika Syarikat itu membunuh sejumlah rakyat Iraq dan dua wartawan Reuters . Namir Noor-Eldeen (22) dan pembantunya dan pemandu, Saeed Chmagh (40) yang sedang memegang kamera telah disangka memegang roket pelancar bom tangan.Kelihatan pemandu van membantu mereka yang terluka. Serangan itu sebahagian daripada Operasi Ilaaj dipimpin oleh Let Kol Ralph Kauzlarich.

Chelsea Manning mural.jpg

Rakaman 39 minit itu memaparkan perbualan antara para juruterbang, menunjukkan pandangan udara tentang orang-orang bergerak di lapangan. Helikopter itu menembak kumpulan, mengorbankan beberapa orang dan mencederakan yang lain.

Reaksi Amerika[sunting | sunting sumber]

Jabatan Pertahanan Amerika menganggap maklumat sulit itu serius kerana mempengaruhi keselamatan Amerika, kehidupan askar dan operasi Amerika di luar negeri.Undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia menyatakan jurupandu helikopter itu bertindak secara tidak sah.Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Robert Gates mengkritik WikiLeaks kerana menerbitkan video itu.

Pada april 2010, David Schlesinger sekalu ketua editor Reuters mahu kes itu disiaat semula bagi mengetahi duduk perkara sebenar dan mendakwa mereka yang bersalah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]