Britney Jean Spears

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Britney Spears
Britney Spears
Britney Spears
Maklumat latarbelakang
Nama kelahiran Britney Jean Spears
Lahir 2 Disember 1981 (umur 27)
McComb, Mississippi, USA
Asal Kentwood, Louisiana, USA
Genre Pop, Dance, Pop urban
Pekerjaan penyanyi, penari, penggubah lagu, pelakon
Tahun aktif 1998 – Kini
Label Jive
Laman web www.britneyspears.com

Britney Jean Spears (lahir 2 Disember 1981) ialah seorang penyanyi muzik pop, penggubah lagu, penari, pelakon dan pengarang berbangsa Amerika Syarikat. Album sulung beliau ...Baby One More Time yang keluar pada Januari 1999, menjadikan beliau seorang bintang antarabangsa.[1] ...Baby One More Time menjayakan lima single, termasuk "...Baby One More Time" yang menerajui Billboard Hot 100.[2] Spears mengeluarkan album studio kedua beliau Oops!... I Did It Again pada Mei 2000 lalu menyamai kejayaan album sebelumnya.[3][1] Album ketiga beliau Britney dikeluarkan pada November 2001, diikuti pengeluaran album keempatIn The Zone pada November 2003. Single "Toxic" dari album ini turut berjaya di pasaran antarabangsa dan memberi penyanyinya Anugerah Grammy beliau yang pertama.[4] Koleksi Greatest Hits: My Prerogative dikeluarkan pada November 2004 diikuti album remix B in the Mix: The Remixes setahun kemudian dan satu masa berhenti kerja yang singkat. Album kelimanya Blackout dikeluarkan di seluruh dunia pada Oktober 2007,[5] menampilkan lagu "Gimme More" yang berjaya lagi di carta sedunia.[6]

Spears telah menjual lebih 83 juta rakaman sedunia, menurut Zomba Label Group.[7] Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) meletakkan beliau sebagai artis wanita kelapan paling laris dalam sejarah muzik Amerika dengan menjual 31 juta album di A.S.[8] Kenamaam Spears dalam industri muzik telah mendorong beliau untuk mencuba bentuk-bentuk media yang lain, termasuk filem dan televisyen. Selaku pelakon, beliau paling dikenali kerana peranan utama beliau di filem keluaran tahun 2002 Crossroads.[9] Spears juga telah membuat penampilan istimewa di pelbagai filem dan rancangan televisyen yang lain. Kejayaan beliau sebagai penyanyi memasukkan beliau ke dalam beberapa urusan pengiklanan dan dukungan berprofil tinggi termasuk jenama wangian sendiri beliau.

Kehidupan peribadi Spears telah banyak menarik perhatian media kerana kemasyhuran beliau. Terutama sekali, perkahwinan beliau kepada Kevin Federline pada tahun 2004. Beliau melahiran dua orang anak lelaki, iaitu Sean Preston (2005), dan Jayden James (2006).[10][11] Perceraian beliau dari Federline pada bulan November 2006 turut dihebohkan media, dan begitu juga perebutan untuk hak jagaan kedua-dua anak mereka.[12][13] Sepanjang 2007, Spears menjadi titik pusat penelitian media kerana kelakuan kontroversi beliau berturut-turut di khalayak awam.[14]

Isi kandungan

[sunting] Diskografi

[sunting] Album studio

[sunting] Kompilasi dan EP

[sunting] DVD

[sunting] Jelajah

[sunting] Undangan

[sunting] Video muzik

Video muzik Spears banyak menyumbang kepada kejayaan kerjaya muzik dan video beliau. Video untuk "...Baby One More Time" menampilkan penyanyi muda ini memakai pakaian seragam sekolah yang mendedahkan bahagian pinggang beliau dan imej inilah yang membantu beliau mencapai darjat bintang super.[15][16] Begitu juga, video "Oops!... I Did It Again" memaparkan Spears yang memakai catsuit merah yang ketat, lalu mencetuskan spekulasi bahawa bintang ini pernah menjalani pengimplanan payu dara.[15][16][17] Imej beliau sebagai "budak baik" diubah oleh video-video untuk "I'm A Slave 4 U", "Toxic", dan "Gimme More" yang banyak menjana kontroversi dan menggambarkan Spears dengan imej yang cenderung kepada "seksi".[16]

[sunting] Single #1

Tahun Single [18][19][20]Peak positions[21][22][23]
DUNIA AS UK CAN AUS GER FRA MEX
1998 "...Baby One More Time" 1 1 1 1 1 1 1 1
1999 "(You Drive Me) Crazy" 1 10 5 13 12 4 2 1
"Born to Make You Happy" 1 not released 1 21 not released 3 9 1
2000 "Oops!...I Did It Again" 1 9 1 4 1 2 4 2
"Lucky" 2 23 5 5 3 1 16 1
2003 "Me Against the Music" (feat. Madonna) 1 35 2 2 1 5 11 1
2004 "Toxic" 1 9 1 1 1 4 3 1
"Everytime" 1 15 1 2 1 4 2 1
2007 "Gimme More" 2 3 3 1 3 7 5 7
Jumlah hit #1 7 1 5 3 5 2 1 7

[sunting] Bacaan lanjut

[sunting] Rujukan

  1. 1.0 1.1 editors from FOXNews.com (13 September 2007). "Britney Spears biograghy from Fox News". FOX News. http://www.foxnews.com/story/0,2933,195283,00.html. Retrieved 2007-10-22. 
  2. Editors from allmusic.com (2006). "Britney Spears Single Charts". All Music Guide. http://www.allmusic.com/cg/amg.dll?p=amg&sql=11:kpfuxq9jldte~T51. Retrieved 2007-10-21. 
  3. editors from alwayscelebrity.com (2003). "Biography of Britney Spears on Always Celebrity". Always Celebrity. http://www.alwayscelebrity.com/music/britney_spears/biography.html. Retrieved 2007-09-18. 
  4. Sony Music Blog Staff (February 14 2005). "Britney Spears Wins Her First Grammy Award...". blog.sonymusic.com. http://blog.sonymusic.com/sonybmg/archives/007415.html. Retrieved 2007-02-19. 
  5. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan blackout tidak disediakan
  6. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan gimme tidak disediakan
  7. Zomba Records Editors (2007). "Britney Returns with "Gimme More" - BLACKOUT in Stores November 13th". zombalabelgroup.com. http://www.zombalabelgroup.com/news.html#57741. Retrieved 2007-10-05. 
  8. RIAA Editors. "Top Artists". RIAA.com. http://www.riaa.com/goldandplatinumdata.php?table=tblTopArt. Retrieved 2007-04-28. 
  9. "Crossroads movie". imdb.com. http://www.imdb.com/title/tt0275022/. Retrieved 2007-08-26. 
  10. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan sean tidak disediakan
  11. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan jayden tidak disediakan
  12. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan divorce tidak disediakan
  13. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan agreement tidak disediakan
  14. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan struggle tidak disediakan
  15. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan galegroup tidak disediakan
  16. 16.0 16.1 16.2 Jenny Eliscu, Spears's career biography from the booklet of Greatest Hits: My Prerogative, page 2–4, Zomba Recording LLC, 2004
  17. editors from tvguide.com (2 June 2000). "Oops!... Britney's Video Mishaps". tvguide.com. http://www.tvguide.com/News-Views/Interviews-Features/Article/default.aspx?posting=%7BB90BD588-6E70-4DF1-9DC9-C959EA7AFB50%7D. Retrieved 2007-10-14. 
  18. Editors from aCharts.us. "Britney Spears worldwide chart positions since 2003". aCharts.us. http://acharts.us/performer/britney_spears. Retrieved 2007-10-24. 
  19. Editors from Allmusic.com. "Britney Spears Billboard Singles". Allmusic.com. http://wc07.allmusic.com/cg/amg.dll?p=amg&searchlink=BRITNEYSPEARS&sql=11:kpfuxq9jldte~T51. Retrieved 2007-01-06. 
  20. Editors from EveryHit.com. "UK Top 40 Hit Database". EveryHit.com. http://www.everyhit.com/. Retrieved 2007-01-06. 
  21. Editors from australian-charts.com. "Australian Singles Chart". AustralianCharts.com. http://australian-charts.com/showitem.asp?interpret=Britney+Spears&titel=%2E%2E%2E+Baby+One+More+Time&cat=s. Retrieved 2007-01-06. 
  22. Editors from MediaTraffic.de. "United World Chart". MediaTraffic.de. http://www.mediatraffic.de/top-track-achievements.htm. Retrieved 2007-01-06. 
  23. Editors from mariah-charts.com. "Britney Spears chart listings". mariah-charts.com. http://www.mariah-charts.com/chartdata/PBritneySpears.htm. Retrieved 2007-10-29. 

[sunting] Pautan luar

Commons-logo.svg
Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:
Wikiquote-logo-en.png
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:

Templat:Britney Spears

Anugerah
Didahului oleh
Kylie Minogue
for Come Into My World
Anugerah Grammy untuk Rakaman Tarian Terbaik
2005
for Toxic
Diikuti oleh:
The Chemical Brothers
for Galvanize