Buah pinggang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Buah Pinggang
Gray1120-kidneys.png
Buah pinggang manusia dilihat dari belakang dengan tulang belakang dibuang
Lammnieren.jpg
Buah pinggang biri-biri
Latin ren
Ruj. Gray subject #253 1215
Arteri arteri renal
Vena urat renal
Saraf renal plexus
MeSH Kidney
Dorlands/Elsevier Kidney

Buah pinggang atau ginjal merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi. Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air, sebagai kencing. Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan ion seperti sodium, potasium, hidrogen, oksigen, dan sebatian seperti asid amino, kreatinina, bikarbonat, dan glukos dalam plasma ia merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolite glukos, dan eritropoiesis (poiesis - di mana sel darah merah (eritrosit) dihasilkan).

Bidang perubatan yang mengkaji buah pinggang dan penyakit buah pinggang dikenali sebagai nefrologi.[1] Awalan nefro- bererti buah pinggang dari perkataan Yunani nephros (νεφρός); tambahan renal bererti berkait dengan buah pinggang dari perkataan Latin rēnēs, bererti buah pinggang.[2]

Anatomi[sunting | sunting sumber]

Bagi manusia, buah pinggang terletak di bahagian belakang (posterior) dalam ruang perut. Terdapat dua buah pinggang, satu setiap sebelah tulang belakang; buah pinggang kanan terletak betul-betul di bawah diafragma dan belakang hati, yang sebelah kiri di bawah diafragma dan belakang organ limpa. Di atas setiap buah pinggang adalah kelenjar adrenal (juga dikenali sebagi kelanjar suprarenal). Kedudukan tidak sekata dalam ruang perut disebabkan hati menyebabkan buah pinggang kanan terletak rendah sedikit berbanding buah pinggang kiri sementara buah pinggang kiri terletak lebih di tengah sedikit. Sebahagian besar air akan diserap kembali ke dalam buah pinggang vertebra melalui kitaran Henle.

Buah pinggang adalah retroperitoneum (dalam selaput rongga dalam perut) dan sekitar 9 hingga 13 cm in diameter; yang di kiri besar sedikit berbanding kanan. Ia sekitar paras vertebral aras T12 hingga L3. Sebahagian bahagian atas buah pinggang dilindungi oleh tulang rusuk ke sebelas dan dua belas, dan setiap buah pinggang dan kelenjar adrenal dikelilingi sepenuhnya oleh dua lapis lemak (lemak perirenal dan pararenal) dan renal fascia yang membantu melapiknya. Ketiadaan buah pinggang sejak lahir (kongenital) satu atau kedua-dua buah pinggang secara serentak, yang dikenali sebagai unilateral (sebelah) atau bilateral (kedua-dua belah) agenesis renal, boleh berlaku.

Buah pinggang menerima darah tidak bertapis secara langsung dari jantung melalui abdominal aorta yang kemudiannya berpecah kepada arteri renal kekiri dan kanan. Darah bertapis kemudiannya kembali melalui vena ginjal (renal vein) kiri dan kanan kepada vena kava inferior dan kemudiannya ke jantung. [Aliran darah renal]] merangkumi 20-25% daripada pengeluaran kardiak jantung.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Penapisan darah[sunting | sunting sumber]

Darah memasuki buah pinggang melalui arteri renal dalam sinus renal. Ia berpecah kepada arteri bahagian (segmental arteries), yang kemudiannya berpecah lebih lanjut kepada arteri interlobar menembusi kapsul renal dan merentasi melalui kolum renal melalui piramid renal. Arteri interlobar kemudiannya membekalkan darah kepada arteri arcuate yang merentasi sempadan cortex dan medula. Each arteri arcuate membekalkan pelbagai arteri interlobar tambahan yang memuatkan ke dalam afferent arterioles untuk ditapis melalui nephron. Selepas penapisan berlaku darah bergerak melalui jaringan venules halus yang bertemu pada interlobar veins. Sebagaimana pengagihan arteriole, pengagihan urat menurut pola yang sama, interlobar membekalkan darah pada urat arcuate kemudian kembali kepada urat interlobar yang kemudiannya membentuk urat renal keluar dari buah pinggang.

Penapisan darah berlaku dalam nefron, yang terdapat dalam buah pinggang.

Penyingkiran bahan kumuhan[sunting | sunting sumber]

Buah pinggang menyingkirkan pelbagai bahan perkumuhan yang dihasilkan melalui metabolisme, termasuk sisa bernitrogen: urea (dari katabolism protein) dan asid urik (daripada metabolik asid nukleik) dan air.

Homeostasis[sunting | sunting sumber]

Buah pinggang merupakan salah satu dari organ utama terbabit dalam homeostasis keseluruhan tubuh. Antara fungsi homeostatiknya termasuk mengimbangi bes-asid, mengawal kepekatan elektrolit, mengawal isipadu darah, dan mengawal tekanan darah. Buah pinggang melaksanakan fungsi homeostatik ini secara bebas dan melalui koordinasi dengan organ lain, terutama bersama dengan sistem endokrin. Buah pinggang berhubung dengan organ ini melalui hormon yang dirembes ke dalam aliran darah.

Mengimbangi bes-asid[sunting | sunting sumber]

Buah pinggang mengawal tahap pH darah dengan menyesuai aras ion H+, dirujuk sebagai penguat kepekatan ion galian, termasuk juga komposisi air dalam darah.

Tekanan darah[sunting | sunting sumber]

Ion sodium dikawal dalam proses homeostatik yang membabitkan aldosteron yang meningkatkan penyerapan semula ion sodium dalam (distal convoluted tubules).

Isipadu plasma[sunting | sunting sumber]

Sebarang peningkatan atau penurunan dalam osmolaliti plasma dikesan oleh hipotalamus, yang berhubung secara langsung dengan kelenjar pituitari posterior. Peningkatan dalam osmolaliti menyebabkan kelenjar merembes hormon antidiuretik, menyebabkan penyerapan air oleh buah pinggang dan peningkatan pada kepekatan kencing. Kedua faktor bekerjasama bagi memulih osmolaliti plasma kepada tahap normal.

Rembesan hormon[sunting | sunting sumber]

Buah pinggang merembes pelbagai hormon. Eritropoietin dibebaskan sebagai tindak balas kepada tahap O2 rendah dalam kitaran renal (kencing). Ia merangsang penghasilan eritrosit dalam sum-sum tulang merah. Renin terbabit dalam pengawalan rembesan aldosteron melalui sistem renin-angiotensin-aldosteron. Calcitriol, bentuk aktif bagi vitamin D, merangsang penyerapan Ca2+ dari darah dan penyingkiran PO32-. Kesemua membantu peningkatan aras Ca2+.

Embriologi[sunting | sunting sumber]

Buah pinggang mamalia terbentuk dari mesoderm perantaraan. Pembentukan buah pinggang, juga dikenali sebagai nephrogenesis, melalui siri tiga fasa berturutan, setiap satu ditanda dengan pembentukan pasangan kembar buah pinggang lebih maju: the pronephros, mesonephros, dan metanephros.[3] (Bentuk jamak istilah ini berakhir dengan -oi.)

Pronephros[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Pronephros

Dalam tempoh 22 hari kehamilan manusia, pasangan pronephroi kelihatan pada hujung tengkorak cranial pada mesoderm perantaraan. Dalam kawasan ini, sel epithelial tersusun dalam siri tiub yang dikenali sebagai nephrotome dan bergabung secara mendatar dengan salur pronephrik, yang bagaimanapun tidak sampai keluar dari embrio. Dengan itu pronephros tidak dianggap sebagai berfungsi bagi mamalia kerana ia tidak mampu menyingkir bahan perkumuhan dari embrio.

Mesonephros[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Mesonephros

Setiap salur pronephrik tumbuh ke arah ekor embrio, dan dengan ini menggalak mesoderm perantaraan dalam kawasan thoracolumbar untuk membentuk tiub epithelial yang dikenali sebagai mesonephric tubule. Setiap mesonephric tubule menerima bekalan darah dari cabang aorta, berakhir dengan serabut kapilari (capillary tuft) bersamaan dengan glomerulus yang dipastikan sebagai nephron. Mesonephric tubule membentuk kapsul mengelilingi serabut kapilari, membenarkan penapisan darah. Aliran penapisan ini melalui tiub mesonephrik dan dialir kedalam sambungan salur pronephrik, yang kini dikenali sebagai salur mesonephrik atau salur Wolffian. Nephrotomes bagi pronephros merosot sementara salur mesonephric memanjang kearah penghujung caudal bagi embrio, akhirnya melekat pada cloaca. Mesonephros mamalia sama seperti buah pinggang afimbia akuatik dan ikan.

Metanephros[sunting | sunting sumber]

Semasa minggu kelima kehamilan, saluran mesonephric membentuk saku luar, putik ureterik (ureteric bud), berhampiran pangkal sambungannya kepada cloaca. Putik ini, juga dikenali sebagai metanephrogenic diverticulum, membesar ke belakang dan ke arah kepala embrio. Tangkai memanjang putik ureterik, salur metanephrik, kemudiannya membentuk ureter. Ketika hujung tengkorak cranial memanjang kedalam mesoderm perantaraan, ia melalui beberapa siri cabang untuk membentuk sistem saluran pengumpulan (collecting duct system) bagi buah pinggang. Ia juga membentuk calyces utama dan kecil dan renal pelvis.

Bahagian yang kekal tidak berubah pada mesoderm perantaraan bersambung dengan hujung cabang kudup ureterik dikenali sebagai metanephrogenic blastema. Isyarat dibebaskan dari kudup ureterik menggalakkan perbezaan pada metanephrogenic blastema membentuk renal tubule. Ketika tiub renal tumbuh, ia bersentuh dan melekat dengan tiub penyambung pada sistem salur pengumpul, membentuk laluan berterusan bagi aliran dari tiub renal sehingga salur pengumpul. Serentak juga, sel vascular endothelial awal mula mengambil kedudukan pada hujung tiub renal. Sel ini berubah menjadi sel khusus glomerulus.

Istilah[sunting | sunting sumber]

Gambar mikroskopik bagi korteks renal.
Gambar mikroskopik bagi medula renal.
  • kapsul renal: Selaput melitupi buah pinggang.
  • kortex: Lapisan luar medula dalaman. Ia mengandungi saluran darah, glomeruli (yang merupakan "penapis" buah pinggang) dan tiub kencing dan disokong oleh matrix bergentian.
  • hilum: Bukaan pada tengah bagi sempadan concave medial bagi salur saraf dan darah untuk memasuki renal sinus.
  • renal column: Struktur yang menyokong kortex. Ia terdiri dari jalur salur darah dan tiub kencing dan bahan bersabut.
  • renal sinus: Rongga bagi memuatkan piramid renal.

Istilah perubatan[sunting | sunting sumber]

  • Istilah perubatan berkait dengan buah pinggang membabitkan awalan prefix renal- dan nefro-.
  • Pembedahan mengeluarkan buah pinggang adalah nefrektomi, sementara radical nephrectomy adalah mengeluarkan buah pinggang dan tisu sekeliling, nodus limfa, dan kemungkinannya kelenjar adrenal. Nefrektomi radikal dilakukan bagi membuang barah.

Penyakit dan kecacatan[sunting | sunting sumber]

Kegagalan buah pinggang[sunting | sunting sumber]

Secara umumnya, manusia mampu hidup normal dengan hanya satu buah pinggang, kerana setiap satu memiliki tisu renal berfungsi lebih dari yang diperlukan bagi terus hidup. Hanya apabila fungsi atau tisu buah pinggang menurun dengan banyaknya Sakit Buah Pinggang Kronik Tahap 5 akan terbentuk. Jika kadar penapisan glomerular (ukuran fungsi ginjal) jatuh amat rendah ( Sakit Buah Pinggang Kronik Tahap 5), atau jika kegagalan fungsi renal mendorong kepada simptom teruk, kemudian rawatan penggantian renal diindikasikan, sama ada melalui rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Nephrology". Dictionary.com. Diperoleh pada 2007-08-04. 
  2. Maton, Anthea; Jean Hopkins, Charles William McLaughlin, Susan Johnson, Maryanna Quon Warner, David LaHart, Jill D. Wright (1993). Human Biology and Health. Englewood Cliffs, New Jersey, USA: Prentice Hall. ISBN 0-13-981176-1. 
  3. Bruce M. Carlson (2004). Human Embryology and Developmental Biology (edisi ke-3rd edition). Saint Louis: Mosby. ISBN 0-323-03649-X. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]