Bukit Tuan Syeikh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bukit Tuan Syeikh ialah sebuah kawasan yang terletak kira-kira 3 kilometer dari bandar Port Dickson, Negeri Sembilan . Kawasan ini sempena nama seorang keturunan Arab.

Didapati sekumpulan orang Arab tinggal di sini pada tahun 1950-an. Mereka menjalankan perniagaan dan kegiatan keagamaan. Orang Arab dapat diterima dengan mudah oleh masyarakat Melayu kerana mereka seagama dengan orang Melayu. Taraf orang Arab biasanya dipandang lebih tinggi. Dalam sastera Melayu, orang Arab di Malaysia dipanggil DKA atau Darah Keturunan Arab. Datuk Onn Jaafar juga dikaitkan dengan DKA, tetapi sebenarnya beliau berketurunan Turki.