Burung Ayam-ayam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Ayam-ayam
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Kordata
Kelas: Aves
Order: Gruiformes
Famili: Rallidae
Genus: Gallicrex
Blyth, 1852
Spesies: G. cinerea
Nama binomial
Gallicrex cinerea
(Gmelin, 1789)

Burung Ayam-ayam ( Gallicrex cinerea) ialah burung air dalam kumpulan keluarga Rallidae. Ia merupakan ahli dalam genus Gallicrex tunggal.

Kawasan pembiakan Burung Ayam-ayam adalah kawasan paya sepanjang selatan Asia dari India dan Sri Lanka sehingga selatan China, Jepun, Malaysia dan Indonesia. Ia bertelur di tanah kering di atas tumbuhan paya, bertelur sebanyak 3-6 biji telur. Ia kebiasaannya merupakan burung yang tinggal tetap di kawasan mereka.

Badannya tirus memudahkannya menyusup melalui tumbuhan rumput berpaya dan belukar. Ia mempunyai jari kaki panjang dan ekor pendek.

Burung Ayam-ayam jantan sepanjang 43 cm. Ia mempunyai bulu hitam kekelabuan dengan kaki dan paruh, balung dan atas kepala bewarna merah. Ayam jantan bewarna terang, dan bertukar menjadi semakin gelap apabila semakin tua. Mempunyai paruh kuning dan berkaki hijau.

Burung betina lebih kecil sekitar 36 cm, dan bewarna coklat gelap di bahagian atas dan lebih cerah di bahagian bawah. Bulu pelepah berceloreng dan bergaris gelap. Berparuh kuning dan berkaki hijau. Anak burung hitam, sebagaimana kesemua rails.

Burung ini menyudu paruh mereka ke dalam lumpur atau air cetek, juga memburu makanan dengan melihat. Burung Ayam-ayam makan serangga dan ikan kecil dan biji benih. Juga mencari makan atas daratan.

Burung air amat berhati-hati, tetapi kadang kala dapat dilihat di kawasan lapang. Ia bising terutama pada waktu subuh dan maghrib, dengan bunyi panggilannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z