Burung Botak Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Botak Besar
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Burung
Order: Ciconiiformes
Famili: Ciconiidae
Genus: Leptoptilos
Spesies: L. dubius
Binomial: Leptoptilos dubius


Burung Botak Besar (bahasa Inggeris: Adjutant Stork) atau juga dikenali sebagai Burung Botak Babi Besar ialah salah satu daripada haiwan yang boleh di dapati di Malaysia. Nama sainsnya Leptoptilos dubius.

Burung Botak Besar (Leptoptilos dubius) merupakan ahli keluarga pucung ("stork"), Ciconiidae. Genusnya merangkumi burung Botak dari Asia dan Marabou Stork dari Afrika. Satu ketika pernah terdapat sepanjang selatan Asia, terutamanya di India dan menganjur ke timur Borneo, ia kini terhad kepada julat yang lebih kecil dengan hanya dua populasi membiak yang kecil; di India dengan koloni terbesar di Assam dan satu lagi di Kemboja. Populasi burung Botak Besar tersebar selepas musim membiak. Burung botak ini memiliki paruh berbentuk baji yang besar, kepala togel, dan saku leher yang jelas. Semasa siang hari, ia melayang di lapisan haba bersama-sama pemangsa yang mereka berkongsi kelakuan memakan bangkai. Ia makan terutamanya pada bangkai dan najis; bagaimanapun mereka sentiasa mengambil peluang dan kadang kala memburu vertebrates. Nama Inggeris diambil dari langkah "ketenteraan" kaku apabila berjalan di tanah. Sejumlah besar burung Botak Besar pernah mendiami Asia, tetapi bilangannya telah merosot dengan banyaknya, kemungkinan disebabkan oleh peningkatan kebersihan, sehingga pada tahap terancam. Populasi burung Botak Besar keseluruhan pada tahun 2008 dianggarkan sekitar seribu individual. Pada abad ke-19, burung Botak Besar biasa terdapat di bandar Calcutta, di mana mereka dirujuk sebagai "Calcutta Adjutant". Dikenali orang tempatan sebagai Hargila (ambilan dari perkataan Sanskrit bagi "penelan tulang") dan dianggap burung kotor, mereka biasanya tidak diganggu tetapi kadang kala diburu sebagai ubat tradisi. Burung Botak Besar dihargai sebagai pemakan bangkai, ia pernah digunakan dalam logo Korporata Perbandaran Calcutta.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Botak Besar adalah burung yang besar, berdiri setinggi 145–150 cm (57–60 in) dengan luas sayap selebar 250 cm (99 inci). Burung muda dalam tawanan seberat antara 8 hingga 11 kilogram (17.6 to 24.25 paun).[1] Paruhnya yang besar berbentuk baji dan kelabu pucat dengan tapak lebih gelap. Bulu tengkuk putih pada dasar kuning hingga leher kemerahan memberikannya kelihatan seperti burung bangkai. Pada musim mengawan, saku dan leher menjadi warna jingga terang dan bahagian atas paha kaki kelabu bertukar kemerah-merahan. Burung matang memiliki sayap gelap yang berbeza dengan pelepah terlindung kedua kelabu pucat. Bahagian bawah badan keputih-putihan dan jantina tidak dapat dibezakan di lapangan. Burung muda merupakan versi membosankan burung matang. Saku boleh gelembung seperti loket bersambung dengan laluan udara dan tidak bersambung dengan saluran penghadaman. Fungsi sebenar tidak diketahui, tetapi ia tidak membabitkan permakanan seperti yang kadang-kala dipercayai. Spesies yang dikelirukan di kawasan ini adalah burung Botak, yang ketiadaan saku, cenderung habitat kawasan berpaya, memiliki topi tengkorak kelabu pucat, mandibal lebih lurus di atas dan ketiadaan perbezaan pelepah kelabu kedua dan sayap hitam.[2][3][4]

Sebagaimana burung pucung lain, burung Botak Besar ketiadaan otot vokal dan menghasilkan bunyi, kebanyakannya dengan mengetap paruh, sungguhpun mampu merengus rendah atau mengerang, atau mengaum terutama ketika bersarang.[5][4][6] bunyi paruh mengertap dihasilkan dengan paruh diangkat tinggi dan berbeza dengan "African Marabou" yang berkait rapat yang memegang paruhnya ke arah bawah.[2][7]

Systemik dan Taxonomi[sunting | sunting sumber]

"Pucung Gergasi" dari "General Synopsis of Birds" (1781–1801) Latham

John Latham seorang pakar ornithologist menulis mengenai burung yang terdapat di Calcutta berdasarkan gambaran dalam "Voyage to India" oleh Ives yang diterbitkan pada tahun 1773 dan memasukkan gambaran burung Botak Besar pada tambahan pertama kepada buku "General Synopsis of Birds"nya. Gambaran ini diasaskan lukisan dalam himpunan Lady Impey dan Latham mengelarnya sebagai Pucung Gergasi ("Gigantic Crane") dan memasukkan pengamatan oleh pengembara Afrika yang bernama Smeathman yang menggambarkan burung yang sama dari barat Afrika. Johann Friedrich Gmelin menggunakan gambaran Latham dan menggambarkan burung India sebagai Ardea dubia pada tahun 1789 sementara Latham kemudiannya menggunakan nama Ardea argala bagi burung India. Coenraad Jacob Temminck menggunakan nama Ciconia marabou pada tahun 1824 berdasarkan nama tempatan yang digunakan di Senegal bagi burung Afrikanya dan ini turut digunakan bagi spesies burung India. Ini mendorong kepada kekeliruan besar antara spesies Afrika dan India.[8][9] Pucung Marabou dari Afrika kelihatan agak serupa tetapi julat taburan terputus-putus mereka, perbezaan pada struktur paruh, dan kelakuan paparan mereka menyokong layanan mereka sebagai spesies berlainan.[10] Kebanyakan burung pucung terbang dengan leher mereka menjulur, tetapi tiga spesies Leptoptilos menarik leher mereka ketika terbang, kemungkinannya disebabkan paruh mereka yang berat.[4] Ketika berjalan di tanah, ia memiliki langkah berbaris dari mana nama Inggeris "adjutant" di ambil.[2]

Taburan[sunting | sunting sumber]

Spesies ini pernah tersebar luas di tanah rata tebing pasir sungai ("riverine plains") di utara India, bagaimanapun kawasan pembiakan mereka lama tidak diketahui sehingga koloni bersarang yang amat besar akhirnya dijumpai pada tahun 1877 di Shwaygheen di Sungai Sittaung, Pegu, Burma dan ia dipercayai bahawa burung India turut membiak di situ.[11][12] Koloni membiak ini, yang termasuk "Spot-billed Pelican", merosot dari segi saiz dan pupus sepenuhnya menjelang 1930-an.[13] Selanjutnya, tapak sarang di Taman Negara Kaziranga merupakan kawasan pembiakan tunggal yang diketahui sehingga tapak baru dijumpai di Assam, "Tonlé Sap" dan di Perlindungan Haiwan Liar Kulen Promtep. Pada tahun 1989, populasi membiak di Assam dianggarkan sebanyak 115 ekor burung[13][14][15][16] dan di antara tahun 1994 dan 1996 populasi di lembah Brahmaputra dianggar sekitar 600 ekor.[17][18] Koloni lebih kecil sekitar 35 sarang dijumpai berhampiran Bhagalpur pada tahun 2006.[19]

Semasa musim luar mengawan, burung pucung di kawasan India tersebar luas, kebanyakannya di Tanah rata Indo-Gangetik dan rekod dari kawasan Deccan amat jarang.[20] Rekod mengenai kawanan dari jauh di selatan berhampiran Mahabalipuram telah dipersoalkan.[13][21] Pada tahun 1800-an, burung Botak Besar amat biasa di dapati dalam bandar Calcutta semasa musim panas dan hujan. Perkumpulan ini sepanjang Ghat di Calcutta bagaimanapun merosot dan hapus sepenuhnya menjelang awal 1900-an. Peningkatan kebersihan telah dicadangkan sebagai punca kemerosotan mereka.[3][4][22] Burung Botak Besar turut direkodkan di Bangladesh pada tahun 1850-an, membiak sekitar Sundarbans, tetapi tidak direkodkan selepas itu.[23][24][25]

Kelakuan dan ekologi[sunting | sunting sumber]

Kajian fotografik mengenai langkah "tentera" oleh Eadweard Muybridge[26] (circa 1887)

Burung Botak Besar biasanya dilihat seekor atau dalam kawanan kecil ketika ia mengendap sekitar tasik cetek atau dasar tasik mengering dan tempat sampah. Ia kadang kala dijumpai seiring dengan burung ("kite") dan kadang-kala duuduk membongkok untuk tempoh yang lama.[4] Burung Botak Besar juga mungkin mengembangkan kepak mereka agak lama, kemungkinannya untuk mengawal suhu badan mereka.[27] Mereka melayang menggunakan lapisan haba menggunakan sayap kembang besar mereka.[5]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Burung Botak Besar membiak semasa musim sejuk dalam koloni yang mungkin termasuk burung air lain seperti "Spot-billed Pelican". Sarang burung Botak Besar merupakan pelantar ranting pokok yang besar yang terletak di hujung dahan mendatar pokok yang tinggi.[11] Sarang burung Botak Besar jarang diletakkan di cabang pokok dan puncak pokok yang tidak terhalang membenarkan burung Botak Besar terbang dengan mudah pergi dan kembali ke sarang. Di koloni bersarang Nagaon di Assam, Alstonia scholaris dan Anthocephalus cadamba yang tinggi merupakan pokok kegemaran tempat burung Botak Besar bersarang.[28] Permulaan musim mengawan ditanda dengan beberapa ekor burung berkumpul dan cuba menduduki sebatang pokok. Ketika berkerumun di tapak ini, burung jantan menanda jajahan sarang mereka, mengusir burung lain dan sering kali mendongakkan paruh mereka ke atas dan mengetap-getapkannya. Mereka juga mungkin membengkokkan badan mereka dan separuh mengepakkan sayap mereka dan terkulai. Apabila burung Botak Besar betina hinggap berhampiran, burng jantan memetik ranting baru dan meletakkannya di hadapan burung betina. Burung jantan juga mungkin mengenggam lutut burung betina menggunakan paruh atau memegang paruh mereka hampir dengan burung betina dalam isyarat menyisir. Burung betina yang berpasangan meletakkan paruh dan kepala pada dada burung jantan dan burung jantan memegangnya dengan mengepit paruhnya pada leher burung betina. Paparan lain termasuk pasangan burung itu mengangkat dan menurunkan paruh secara serentak. Serangkap telur, biasanya 3 atau 4 telor putih,[11] ditelorkan selang satu atau dua hari dan pengeraman bermula sebaik sahaja telor pertama keluar. Kedua pasangan mengeram[29] dan telor menetas selang satu atau dua hari, setiap satu mengambil masa sekitar 35 hari dari tarikh ia keluar. Burung dewasa di sarang mendapati kaki mereka dipenuhi najis mereka dan kelakuan ini digelar urohidrosis dan dipercayai bahawa membantu menyejukkan semasa cuaca panas. Burung jantan turut mengembangkan sayap mereka dan memayung anak burung. Anak burung disuap di sarang bagi tempoh sekitar lima bulan.[30]

Makanan[sunting | sunting sumber]

An 1855 illustration depicting the stork hunting a snake

Burung Botak Besar merupakan haiwan maserba dan sungguhpun kebanyakan masa memakan bangkai, ia kadang-kala memburu katak dan serangga besar, dan malah memburu burung kecil, reptilia, dan cencorot. Ia diketahui menyerang itik liar yang dalam jangkauannya dan menelannya bulat-bulat.[31] Makanan utama mereka adalah pemakan bangkai dan sebagaimana vultur kepala dan lehar botak mereka merupakan penyesuaian. Ia sering didapati di atas pembuangan sampah dan akan makan kumbahan haiwan dan manusia.[32] Pada abad ke-19 di Calcutta, mereka makan mayat separa terbakar yang dibuang sepanjang sungai Ganges.[33] Di Rajasthan, di mana ia amat jarang, ia telah dilaporkan makan kawanan belalang gurun (Schistocerca gregaria)[34] tetapi ini dipersoalkan.[21]

Parasit, penyakit dan kematian[sunting | sunting sumber]

Sekurang-kurangnya dua kutu burung, Colpocephalum cooki[35] and Ciconiphilus temporalis[36] didapati sebagai ektoparasit. Burung dewasa sihat tidak mempunyai pemangsa semula jadi, dan punca kematian awal yang direkodkan adalah disebabkan oleh tindakan langsung dan tidak langsung manusia; seperti, racun, menembak, atau kejutan eletrik apabila burung terbang secara tidak sengaja kepada wayar eletrik di atas.[17] Burung dalam kurungan di dapati lemah kepada (H5N1) dan kadar kematian tinggi di kemudahan di Kemboja, dengan dua per tiga burung yang dijangkiti mati.[37] Rekod paling lama dalam kurungan adalah 43 tahun.[38]

Status dan pengekalan[sunting | sunting sumber]

Habitat[sunting | sunting sumber]

Burung Botak Besar merupakan burung yang berhijrah pada musim sejuk ke kawasan panas dan akan kembali ketempat asal apabila musim panas kembali tiba.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Singha, H.; Rahmani, A.R. (2006). "Ecology, population and conservation of greater adjutant Leptoptilos dubius in Assam, India". J. Bombay Nat. Hist. Soc. 103 (2&3): 264–269. 
  2. 2.0 2.1 2.2 Ali, S.; S. D. Ripley (1978). Handbook of the birds of India and Pakistan. 1 (edisi 2). Oxford University Press. m/s. 105–107. ISBN 0195620631. 
  3. 3.0 3.1 Baker, E. C. S.. Fauna of British India. Birds. Volume 6 (edisi 2). Taylor and Francis, London. m/s. 327–329. http://www.archive.org/stream/BakerFbiBirds6/BakerFBI6#page/n367/mode/1up/. 
  4. 4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 Rasmussen, Pamela C.; Anderton, John C. (2005). Birds of South Asia: The Ripley Guide. 2. Smithsonian Institution & Lynx Edicions. m/s. 64. 
  5. 5.0 5.1 Blanford, W. T. (1898). Fauna of British India. Birds. volume 4. Taylor and Francis, London. m/s. 373–374. http://www.archive.org/stream/birdsindia04oaterich#page/373/mode/1up/. 
  6. Barooah, D. (1991). "Greater Adjutant Stork nesting in upper Assam". Newsletter for Birdwatchers 31 (1&2): 11. http://www.archive.org/stream/NLBW31_12#page/n12/mode/1up/. 
  7. Blyth, E. (1861). "Notes on the Calcutta 'Adjutant' (Leptoptilus argala)". Ibis 3 (3): 268–270. doi:10.1111/j.1474-919X.1861.tb07459.x. http://www.archive.org/stream/ibis03brit#page/268/mode/1up. 
  8. Strickland, H. E. (1841). "Commentary on Mr. G R Gray's 'Genera of Birds', 1840". Annals and Magazine of Natural History 7: 26–41. http://www.archive.org/stream/annalsmagazineof07lond#page/38/mode/1up. 
  9. Bennett, E. T.; Harvey, W. (1835). The gardens and menagerie of the Zoological Society Delineated. Birds. Volume 2. Thomas Tegg and N. Hailes. m/s. 273–278. http://www.archive.org/stream/gardensmenagerie02benn#page/272/mode/1up. 
  10. Elliott, A. (1992). "Ciconiidae". In Del Hoyo, J.; Elliott, A.; and Sargatal, J.. Handbook of the Birds of the World. 1. Barcelona: Lynx Edicions. m/s. 436–465. 
  11. 11.0 11.1 11.2 Hume, A. O. (1890). The nests and eggs of Indian birds. 3 (edisi 2). R. H. Porter, London. m/s. 260–276. http://www.archive.org/stream/nestseggsofindia03humerich#page/261/mode/1up. 
  12. Bingham, C. T. (1878). "After the Adjutants". Stray Feathers 7: 25–33. http://www.archive.org/stream/strayfeathersjou71878hume#page/25/mode/1up. 
  13. 13.0 13.1 13.2 Rahmani, A. R., Narayan, Goutam; and Rosalind, Lima (1990). "Status of the Greater Adjutant (Leptoptilos dubius) in the Indian Subcontinent". Colonial Waterbirds (Waterbird Society) 13 (2): 139–142. doi:10.2307/1521582. http://jstor.org/stable/1521582. 
  14. Saikia, P.; Bhattacharjee, P. C. (1990). "Discovery of Greater Adjutant Stork nesting colonies outside the protected areas of Assam, India". Newsletter for Birdwatchers 30 (7&8): 3. http://www.archive.org/stream/NLBW30_78#page/n4/mode/1up/. 
  15. Raj, M. (1990). "Adjutant Stork Leptoptilos dubius breeding in Nowgaon". Newsletter for Birdwatchers 30 (5&6): 8–9. http://www.archive.org/stream/NLBW30_56#page/n9/mode/1up/. 
  16. Choudhury, A. (1993). "Nesting colonies of Greater Adjutant Storks in Nagaon and Sibsagar districts of Assam". Newsletter for Birdwatchers 33 (3): 47–48. http://www.archive.org/stream/NLBW33_3#page/n8/mode/1up/. 
  17. 17.0 17.1 Singha, H.; Rahmani, A. R.; Coulter, M. C.; Javed, S. (2003). "Surveys for Greater Adjutant Leptoptilos dubius in the Brahmaputra valley, Assam, India during 1994–1996". Forktail 19: 146–148. http://www.orientalbirdclub.org/publications/forktail/19pdfs/Singha-Adjutant.pdf. 
  18. Oates, Eugene W. (1878). "Notes on the nidification of some Burmese birds, II". Stray Feathers 7: 40–52. http://www.archive.org/stream/strayfeathersjou71878hume#page/50/mode/1up/. 
  19. Mishra A.; Mandal, J. N. (2009). "Discovery of a breeding ground of the Greater Adjutant Leptoptilos dubius and their conservation in the floodplains of Bihar, India". J. Bombay Nat. Hist. Soc. 106 (2): 190–197. 
  20. Burton, R. G. (1921). "The adjutant stork and other matters". J. Bombay Nat. Hist. Soc. 28 (1): 287–288. 
  21. 21.0 21.1 Collar, N. J.; Andreev, J. V.; Chan, S.; Crosby, M. J.; Subramanya, S.; Tobias J. A., ed (2001). Threatened birds of Asia: the BirdLife International Red Data book. BirdLife International, Cambridge. m/s. 267–292. http://birdbase.hokkaido-ies.go.jp/rdb/rdb_en/leptdubi.pdf. 
  22. Dover, C.; Basil-Edwards, S. (1921). "A note on the habits of the Common Pariah Kite (Milvus govinda) and the Adjutant Stork (Leptoptilus dubius)". J. Bombay Nat. Hist. Soc. 27 (3): 633. 
  23. Tytler, R. C. (1854). "Miscellaneous notes on the fauna of Dacca, including remarks made on the line of march from Barrackpore to that station". Ann. Mag. Nat. Hist. 2 (14): 168–177. http://www.archive.org/stream/annalsmagazineof34lond#page/172/mode/1up/. 
  24. Kahl, M. Philip (1987). "An Overview of the Storks of the World". Colonial Waterbirds (Waterbird Society) 10 (2): 131–134. doi:10.2307/1521251. http://jstor.org/stable/1521251. 
  25. Luthin, C. S. (1987). "Status of and conservation priorities for the World's stork species". Colonial Waterbirds (Waterbird Society) 10 (2): 181–202. doi:10.2307/1521258. http://jstor.org/stable/1521258. 
  26. Animal locomotion. The Muybridge work at the University of Pennsylvania. Method and results.. J B Lippincott Company, Philadelphia. 1888. m/s. 101. http://www.archive.org/stream/animallocomotion00univ#page/100/mode/2up. 
  27. Kahl, MP (1971). "Spread-wing postures and their possible functions in the Ciconiidae". The Auk 88 (4): 715–722. http://elibrary.unm.edu/sora/Auk/v088n04/p0723-p0752.pdf. 
  28. Singha, Hilialjyoti; Rahmani, A. R.; Coulter, M. C.; Javed, S. (2002). "Nesting Ecology of the Greater Adjutant Stork in Assam, India". Waterbirds 25 (2): 214–220. doi:10.1675/1524-4695(2002)025[0214:NEOTGA]2.0.CO;2. 
  29. Singha, H.; Rahmani, A. R.; Coulter, M. C.; Javed, S. (2002). "Parental Investment In The Greater Adjutant Stork (Leptoptilos dubius) In The Brahmaputra Valley Of Assam, India". Malayan Nature Journal 56 (3): 239–264. 
  30. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan breed tidak disediakan
  31. Panday, Jamshed D. (1974). "Storks preying on live birds". J. Bombay Nat. Hist. Soc. 71 (1): 141. 
  32. Irby, L. H. (1861). "Notes on birds observed in Oudh and Kumaon". Ibis 3 (2): 217–251. doi:10.1111/j.1474-919X.1861.tb07456.x. http://www.archive.org/stream/ibis03brit#page/224/mode/2up/. 
  33. Strickland, H. E. (1846). "The birds of Calcutta, collected and described by Carl J. Sundevall (translated from Physiographiska sallskapets Tidskrift)". Annals and Magazine of Natural History 18: 87–94. http://www.archive.org/stream/annalsmagazineof19lond#page/91/mode/1up. 
  34. Singh, Gurdas; Singh, Charan (1960). "The Adjutant Stork, Leptoptilos dubius(Gmelin), a destroyer of locusts in Rajasthan". J. Bombay Nat. Hist. Soc. 57 (1): 221–222. 
  35. Price, R. D.; Beer J. R. (1965). "The Colpocephalum (Mallophaga: Menoponidae) of the Ciconiiformes" (PDF). Annals of the Entomological Society of America 58 (1): 111–131. http://www.phthiraptera.info/Publications/0786.pdf. 
  36. Price, R. D.; Beer, J. R. (1965). "A Review of Ciconiphilus Bedford (Mallophaga: Menoponidae)". The Canadian Entomologist 97 (6): 657–666. doi:10.4039/Ent97657-6. http://www.phthiraptera.info/Publications/0997.pdf. 
  37. Desvaux, S.; Marx, N.; Ong, S.; Gaidet, N.; Hunt, M.; Manuguerra, J.-C.; Sorn, San; Peiris, Malik; Van der Werf, Sylvie; Reynes, Jean-Marc (2009). "Highly pathogenic avian influenza virus (H5N1) outbreak in captive wild birds and cats, Cambodia". Emerging Infectious Diseases 15 (3): 475–478. doi:10.3201/eid1503.081410. PMC 2681101. PMID 19239769. http://www.cdc.gov/eid/content/15/3/pdfs/07-1410.pdf. 
  38. Brouwer, K.; Jones, M. L.; King, C. E.; Schifter, H. (1992). "Longevity and breeding records of storks Ciconiidae in captivity". International Zoo Yearbook 31 (1): 131–139. doi:10.1111/j.1748-1090.1991.tb02376.x. 

A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z