Burung Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Cinta
Seekor Burung Cinta muka Rosy memakan bijirin di Chicago, Amerika Syarikat
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Khordata
Kelas: Burung
Order: Psittaciformes
Famili: Psittacidae
Genus: Agapornis
Selby, 1836
Spesies

Sembilan - lihat teks

Burung Cinta adalah satu dari sembilan spesies di dalam genus Agapornis (Greek: αγάπη agape 'cinta'; όρνις ornis 'burung'). Ia merupakan sejenis burung Parrot kecil yang cantik dan sosial. Lapan spesies berasal dari benua Afrika, sementara Burung Cinta Kepala Kelabu pula berasal dari Madagascar. Namanya menggambarkan kekuatan burung ini, yang mana hanya memiliki pasangan yang sama buat masa yang lama dan menghabiskan masa bersama-sama. Burung Cinta hidup dalam kumpulan kecil dan memakan buah, sayur, rumput dan bijirin. Burung Cinta Sayap Hitam pula memakan serangga dan buah ara, dan Burung Cinta Kolar Hitam mempunyai diet istimewa akan buah ara tempatan, menjadikannya sukar dipelihara di dalam kurungan.

Beberapa spesies dibela sebagai haiwan kesayangan, dan beberapa mutasi warna dibiak secara terpilih dalam bidang perternakan burung. Purata jangka hayatnya antara 10 hingga 15 tahun.[1]

Perincian[sunting | sunting sumber]

Burung Cinta memiliki panjang antara 13 hingga 17 sentimeter dan berat antara 40 hingga 60 gram. Ia merupakan antara golongan burung bayan yang kecil, dengan ciri-ciri badan yang bulat, ekor pendek dan paruh yang besar dan tajam. Burung Cinta liar kebanyakan berwarna hijau dengan kepelbagaian warna di bahagian belakang, bergantung pada spesies. Burung Cinta Fischer, Burung Cinta Pipi Hitam, dan Burung Cinta Bertopeng memiliki satu cincin putih yang jelas di sekeliling matanya. Burung Cinta Abyssinia, Burung Cinta Madagascar dan Burung Cinta Muka Merah adalah dimorfismedari segi seks. Banyak kepelbagaian mutasi warna telah dihasilkan melalui pembiakkan terpilih.[2]

Spesies[sunting | sunting sumber]

Spesies (jenis liar)
Nama biasa dan binomial Gambar Perincian[2] Taburan
Burung Cinta Kolar Kuning
atau Burung Cinta Bertopeng
(Agapornis personatus)
Masked Lovebird (Agapornis personata) pet on cage.png
Saiz 14 sm (5.5 in). Kuning dan hijau. Memiliki bulu ekor berwarna biru. Timur laut Tanzania
Burung Cinta Fischer
(Agapornis fischeri)
Pap Pfirsichköpfchen Agapornis fischeri 070608 1.jpg
Panjang 14 sm (5.5 in). Kebanyakan hijau, oren pada bahagian atas badan dan kepala, biru di bahagian belakang dan punggung, paruh merah, cincin mata berwarna putih Selatan dan tenggara Tasik Victoria di utara Tanzania
Burung Cinta Lilian
atau Burung Cinta Nyasa
(Agapornis lilianae)
Agapornis lilianae 2c.jpg
Panjang 13 sm (5 in). Kebanyakan hijau termasuk belakang dan punggung, kepala oren, paruh merah, cincin mata warna putih Malawi
Burung Cinta Pipi Hitam
(Agapornis nigrigenis)
Agapornis nigrigenis -Valls Zoo -Spain-4a-4c.jpg
Panjang 14 sm (5.5 in). Kebanyakan hijau, pipi dan tekak berwarna hitam-keperangan, dahi perang-kemerahan, dada warna oren, paruh merah, cincin mata putih Zambia
Burung Cinta Muka Rosy
atau Burung Cinta Muka Pic
(Agapornis roseicollis)
Agapornis roseicollis -Peach-faced Lovebird pet on perch.jpg
Panjang 15 sm (6 in). Kebanyakan hijau, muka warna oren, belakang dan punggung warna biru, paruh warna tanduk Namibia, Afrika Selatan, Angola
Burung Cinta Sayap Hitam
atau Burung Cinta Abyssinia
(Agapornis taranta)
Agapornis taranta (female and male).jpg
Panjang 16.5 sm (6.5 in). Kebanyakan hijau, paruh merah, beberapa bulu sayap warna hitam. Dimorphisme seksual: hanya jantan memiliki warna merah pada dahi dan kepala, bulu burung betina kesemuanya warna hijau Selatan Eritrea ke barat daya Ethiopia
Burung Cinta Kepala Merah
atau Burung Cinta Kepala Merah
(Agapornis pullarius)
Agapornis pullarius.jpg
Panjang 15 sm (6 in). Kebanyakan hijau dengan warna merah pada bahagian leher atas dan muka. Dimorphisme seksual: jantan mempunyai warna merah yang lebih terang di muka, kepala dan paruh berbanding betina Sebahagian besar Africa Tengah
Burung Cinta Kepala Kelabu
atau Burung Cinta Madagascar
(Agapornis canus)
Grey-headed Lovebird.jpg
Panjang 13 sm (5 in). Kebanyakan hijau dengan warna hijau tua pada belakang, paruh warna kelabu pucat. Dimorphisme seksual: jantan memiliki atas badan, leher dan kepala warna kelabu. Madagascar
Burung Cinta Kolar Hitam
atau Burung Cinta Swindern
(Agapornis swindernianus)
Stavenn Agapornis swindernianus 00.jpg
Panjang 13.5 sm (5 in). Kebanyakan hijau, kolar perang dengan warna hitam pada bahagian belakang leher, paruh warna kelabu gelap/hitam Equatorial Afrika

Nesting[sunting | sunting sumber]

Depending on the species of lovebird, the female will carry nesting material into the nest in various ways. The Peach-faced Lovebird tucks nesting material in the feathers of its rump,[3] while the Masked Lovebird carries nesting material back in its beak. Once the lovebirds start constructing their nest, mating will follow. During this time, the lovebirds will mate repeatedly. Eggs follow 3–5 days later. The female will spend hours inside her nesting box before eggs are laid. Once the first egg is laid, a new egg will follow every other day until the clutch is complete, typically at four to six eggs. Even without a nest, lovebirds sometimes produce eggs.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • All About Breeding Lovebirds (Hardcover) by Mervin Roberts
  • Lovebirds: Everything About Housing, Care, Nutrition, Breeding, and Diseases With a Special Chapter, "Understanding Lovebirds" (A Complete Pet Owner's Manual) by Matthew M. Vriends

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Alderton, David (2003). The Ultimate Encyclopedia of Caged and Aviary Birds. London, England: Hermes House. pp. 216–219. ISBN 184309164X. 
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan KLB tidak disediakan
  3. Mclachlan, G. R.; Liversidge, R. (1978). "330 Rosy-faced Lovebird". Roberts Birds of South Africa. illustrated by Lighton, N. C. K.; Newman, K.; Adams, J.; Gronvöld, H. (edisi ke-4th). The Trustees of the John Voelcker Bird Book Fund. p. 236. 

Petikan teks[sunting | sunting sumber]