Eritrea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hagere Ertra
ሃገረ ኤርትራ
دولة إرتريا
Negeri Eritrea
frames Lambang Eritrea
Bendera Jata
Lagu kebangsaan: Ertra, Ertra, Ertra
frames
Ibu negara
(dan bandar terbesar)
Asmara
Bahasa rasmi tiada
Kerajaan
 –Presiden
Kerajaan peralihan
 Isaias Afewerki
Kemerdekaan
 – De facto
 – De jure
dari Habsyah
29 Mei, 1991
24 Mei, 1993
Kawasan
 – Jumlah

 – Air (%)

 117,600 km² (ke-100)
45,405 b psg
 tidak penting
Populasi
 – anggaran Julai 2005
 – banci 2002
 – Kepadatan
 

 4,401,000 (ke-118)
4,298,269
37/km² (ke-165)
 96/b psg
GDP (PPP)
 – Jumlah
 – Per kapita
anggaran 2005
$4.471 billion (ke-168)
$1,000 (ke-214)
HDI (2005) 0.454 (rendah) (ke-157)
Matawang Nakfa (ERN)
Zon waktu
 – Musim panas (DST)
EAT (UTC+3)
tidak diperhatikan (UTC+3)
Kod panggilan
TLD Internet
+291
.er
Sebuah terowong kereta di Dataran Tinggi Eritrea.

Eritrea (Ge'ez ኤርትራ ʾĒrtrā) ialah sebuah negara di bahagian utara Afrika Timur. Namanya berasal daripada perkataan bahasa Latin untuk Laut Merah, Mare Erythraeum, yang berasal pula daripada perkataan bahasa Greek yang bermaksud "merah" (ερυθρός , erythros). Negara ini menyempadani Sudan di barat, Ethiopia di selatan, dan Djibouti di tenggara. Bahagian timur dan timur laut negara ini mempunyai garis pinggir laut yang panjang yang menghadapi Laut Merah, betul-betul berhadapan dengan Arab Saudi dan Yaman. Kepulauan Dahlak dan banyak pulau di Kepulauan Hanish merupakan sebahagian Eritrea.

Eritrea digabungkan menjadi sebuah tanah jajahan oleh kerajaan Itali pada 1 Januari 1890.[1] Negara bangsa moden Eritrea mencapai kemerdekaan daripada Ethiopia selepas berperang selama tiga puluh tahun dari 1961 hingga 1991. Eritrea secara rasmi merupakan sebuah demokrasi berparlimen yang terdiri daripada enam kawasan, tetapi kini berfungsi sebagai sebuah negara satu parti. Eritrea adalah sebuah negara berbilang bahasa dan berbilang budaya dengan dua agama utama serta sembilan kerakyatan, dengan setiap mereka bertutur dalam bahasa yang berlainan. Negara ini tidak mempunyai bahasa rasmi, tetapi menggunakan tiga bahasa kerja, iaitu bahasa Tigrinya, bahasa Arab, dan bahasa Inggeris. Bahasa keempat, iaitu bahasa Itali, kekadang juga digunakan untuk perdagangan. [2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Killion, Tom (1998). Kamus Sejarah Eritrea. ISBN 0-8108-3437-5. 
  2. (Perancis) [ http://cy.revues.org/document39.html Les langues en Erythrée]. Dicapai pada 18 Julai 2006
  3. "[ http://lcweb2.loc.gov/frd/cs/profiles/Eritrea.pdf Profil Negara:Eritrea]. Perpustakaan Kongres. Dicapai pada 18 Julai 2006

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kerajaan

Lain-lain