Burung Gembala Lebah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Gembala Lebah
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Aves
Order: Piciformes
Keluarga: Indicatoridae
Genus: Indicator
Spesies: I. archipelagicus
Nama binomial
Indicator archipelagicus
Temminck, 1832


Burung Gembala Lebah (bahasa Inggeris: Malaysian Honeyguide) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama saintifiknya ialah Indicator archipelagicus.[2] Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu. [3]

Taburan[sunting | sunting sumber]

Burung Gembala Lebah terdapat sepanjang hutan daun lebar rendah di barat Thailand, Semenanjung Malaysia, Borneo dan kepulauan Sumatera.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Gembala Lebah adalah burung bersaiz serdahana sehingga sepanjang 18cm, perang-hijau dengan celoreng kehijauan, iris bewarna merah, paruh kelabu tebal dan kelabu putih di bawah. Burung jantan memiliki tompok kuning pada bahagian bahu, yang tiada pada burung betina. Anak burung menyerupai burung betina dengan celoreng pada bahagian bawah.

Panggilan burung Gembala Lebah adalah seperti bunyi kucing "mengiau", diikuti bunyi mengeletek. Makanannya kebanyakannya adalah serangga, terutama lebah liar dan penyengat.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sebagai burung, Burung Gembala Lebah membiak dengan cara bertelur. Ia bersarang dalam lubang pada pokok.

Pengekalan[sunting | sunting sumber]

Burung Gembala Lebah merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.

Akibat kehilangan habitat yang berterusan, populasi tempatan dan jarang, burung Gembala Lebah dinilai sebagai Hampir Terancam pada Daftar Merah IUCN bagi Spesies Terancam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. BirdLife International (2012). "Indicator archipelagicus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2013.2. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. http://www.iucnredlist.org/apps/redlist/details/22680620. Capaian 26 November 2013. 
  2. ENAKMEN-ENAKMEN YANG BERKAITAN DENGAN PEMULIHARAAN DI SABAH, 1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997
  3. Natural History Drawings: The Complete William Farquhar Collection : Malay ...

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z