Burung Layang-layang Ekor Cabang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Layang-layang Ekor Cabang
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Burung
Order: Apodiformes
Famili: Apodidae
Genus: Apus
Spesies: A. pacificus
Nama binomial
Apus pacificus
(Latham, 1802)

Burung Layang-layang Ekor Cabang[1] (bahasa Inggeris: Pacific Swift atau Fork-tailed Swift ) ialah sejenis burung kecil yang pada sepintas lalu kelihatan seolah-olah Delichon urbica (bahasa Inggeris: House Martin ). Bagaimanapun, ia langsung tidak berkait dengan spesies burung pengicau kerana burung layang-layang tergolong dalam order Apodiformes. Keserupaan antara kedua-dua kumpulan ini adalah disebabkan oleh evolusi tumpu yang membayangkan gaya hidup yang serupa. Nama saintifiknya Apus pacificus.[2]


Huraian zoologi[sunting | sunting sumber]

Burung Layang-layang Ekor Cabang mempunyai kaki yang amat pendek yang digunakan hanya untuk melekap pada permukaan-permukaan tegak. Nama saintifiknya berasal daripada perkataan bahasa Greek, απους (apous), yang membawa pengertian "tanpa kaki". Burung ini tidak pernah turun ke atas lantai dengan rela, tetapi menghabiskan kebanyakan masanya di udara dan hidup dengan memakan serangga yang ditangkapnya dengan paruh.

Burung Layang-layang Ekor Cabang membiak dari Siberia Tengah merentasi Asia ke timur. Spesies ini merupakan unggas hijrah yang menghabiskan musim sejuknya di selatan di Australia. Ia merupakan burung bergelandangan yang jarang ditemukan di Eropah Barat, walaupun ia pernah dicatatkan di barat sehingga Norway dan Great Britain.

Burung Layang-layang Ekor Cabang membina sarang-sarangnya di cenuram dan bertelur 2-3 biji setiap kali. Burung ini akan pulang ke tempat yang sama pada setiap tahun dan membina semula sarangnya, jika perlu.

Burung Layang-layang Ekor Cabang adalah serupa saiznya dengan Apus apus (bahasa Inggeris: Common Swift ) dan juga berwarna hitam, kecuali pada bahagian pinggulnya yang berwarna putih. Ia boleh dibezakan daripada burung Apus apus yang separa balar kerana mempunyai cabang ekor yang lebih ketara, sayap yang lebih panjang, kepala yang lebih besar, serta juga tompok leher berwarna putih yang lebih besar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]