Telur (biologi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perbandingan telur ayam dengan telur puyuh.

Bagi kebanyakan burung dan reptilia, telur ialah zigot yang dihasilkan oleh pensenyawaan ovum. Telur memberikan khasiat dan perlindungan kepada embrio. Haiwan-haiwan oviparus ialah haiwan yang bertelur, dengan tiada atau tidak banyak perkembangan yang lain di dalam tubuh ibu. Bidang kajian atau pengumpulan telur, khususnya telur burung dipanggil oologi.

Telur-telur reptilia, burung dan monotrem yang dikeluarkan di luar air dilindungi oleh kulit telur, baik boleh lentur mahupun tidak.

Telur burung unta yang 1.5 kilogram beratnya mengandungi sel tunggal yang terbesar yang diketahui setakat ini, walaupun Aepyornis yang pupus dan sesetengah dinosaur menghasilkan telur yang lebih besar. Burung Mellisuga helenae (bahasa Inggeris: Bee Hummingbird ; sejenis burung madu) menghasilkan telur yang paling kecil yang diketahui setakat ini, dengan beratnya hanya setengah gram. Telur yang dihasilkan oleh sesetengah reptilia dan kebanyakan ikan adalah jauh lebih kecil, dengan saiz telur-telur serangga dan invertebrat-invertebrat yang lain lebih kecil daripadanya.


Telur burung[sunting | sunting sumber]

Telur yang dihasilkan oleh burung dieram pada tempoh yang berbeza-beza, mengikut spesiesnya; seekor anak burung ditetas daripada setiap biji telur. Saiz sangkak purata berbeza-beza antara sebiji, umpamanya untuk kondor, sehingga lebih kurang 17 untuk burung Perdix perdix (bahasa Inggeris: Grey Partridge ). Sebilangan burung bertelur walaupun telurnya tidak disenyawakan; tidaklah luar biasa untuk para pemilik burung kesayangan untuk menemukan burung tunggal mereka menetas telur-telur yang mandul.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]