Captain America: Civil War

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Captain America: Civil War
Pengarah
Lakon layarChristopher Markus
Stephen McFeely
BerdasarkanCaptain America oleh
Joe Simon
Jack Kirby
Dihasilkan olehKevin Feige
Dibintangi
SinematografiTrent Opaloch
Disunting olehJeffrey Ford
Muzik olehHenry Jackman
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWalt Disney Studios
Motion Pictures
Tarikh tayangan
  • 28 April 2016
    (Malaysia)
  • 6 Mei 2016
    (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
147 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$250 juta[1]
Pecah panggung$1.152 juta[1]

Captain America: Civil War ialah filem adiwira Amerika Syarikat 2016 menampilkan watak Marvel Comics, Captain America, diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Ia merupakan sekuel kepada filem 2011, Captain America: The First Avenger dan filem 2014, Captain America: The Winter Soldier. Filem ini merupakan filem ketiga belas dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Filem ini diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo dengan lakon layar oleh Christopher Markus & Stephen McFeely. Ia menampilam barisan pelakon terdiri daripada Chris Evans, Robert Downey Jr., Scarlett Johansson, Sebastian Stan, Anthony Mackie, Emily VanCamp, Don Cheadle, Jeremy Renner, Chadwick Boseman, Paul Bettany, Elizabeth Olsen, Paul Rudd, Frank Grillo, Daniel Brühl dan William Hurt.

Pembangunan Captain America: Civil War bermula pada lewat tahun 2013 apabila Markus dan McFeely mula menulis skrip yang meminjam konsep dari komik 2006, Civil War oleh Mark Millar dan Steve McNiven. Adik-beradik Russo dibawa masuk semula pada awal tahun 2014 selepas reaksi positif terhadap ujian tayangan The Winter Soldier. Tajuk filem didedahkan pada bulan Oktober 2014 dan Downey telah ditambah ke dalam barisan pelakon dengan beberapa pelakon lain menyertai filem ini pada bulan-bulan berikutnya. Filem ini memulakan fotografi utama pada bulan April 2015 di Metro Atlanta sebelum selesai di Jerman pada bulan Ogos 2015.

Captain America: Civil War ditayangkan pada 6 Mei 2016 dalam format 3D dan IMAX 3D.

Plot[sunting | sunting sumber]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Gwyneth Paltrow menyambung wataknya sebagai Pepper Potts daru filem MCU sebelumnya[2] dan Martin Freeman diperkenalkan sebagai Everett Ross[3][4] Stan Lee membuat penampilan kameo dalam filem ini.[5]

Produksi[sunting | sunting sumber]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Menjelang bulan Januari 2014, Anthony dan Joe Russo telah menandatangani untuk mengarah filem ketiga Captain America yang disahkan oleh mereka pada bulan Mac 2014 dengan Chris Evans kembali sebagai Captain America, Kevin Feige menerbit dan Christopher Markus & Stephen McFeely kembali untuk menulis skrip.[6][7] Markus dan McFeely mendedahkan bahawa mereka mula bekerja untuk skrip pada lewat tahun 2013,[8] manakala adik-beradik Russo mula bekerja pada bulan Februari 2014.[9][10]

Pada bulan April 2014, Marvel mengumumkan tarikh tayangan adalah pada 6 Mei 2016,[11] dan Trent Opaloch yang merupakan ahli sinematografi untuk The Winter Soldier berkata dia akan kembali untuk filem sekuel ini.[12] Pada bulan Julai 2014, Markus dan McFeely menyatakan bahawa mereka berada pada pertengahan draf pertama filem ini dan penggambaran dijangka bermula pada bulan April 2015.[13]

Pra-produksi[sunting | sunting sumber]

Menjelang bulan Oktober 2014, Robert Downey Jr. telah memasuki rundingan terakhir untuk menyambung wataknya sebagai Tony Stark / Iron Man dalam filem ini. Pada akhir bulan, ia telah disahkan bahawa Sebastian Stan akan kembali sebagai Bucky Barnes / Winter Soldier,[14] dan beberapa hari kemudian, Marvel mendedahkan bahawa filem ini akan bertajuk Captain America: Civil War, mengesahkan penampilan Downey dan mengumumkan bahawa Chadwick Boseman akan muncul dalam filem ini sebagai Black Panther sebelum filem solonya sendiri.[15][16][17] Feige juga mengesahkan bahawa filem ini akan menjadi filem pertama dalam Fasa 3 MCU.[18]

Pada bulan November 2014, Daniel Brühl telah dipilih untuk watak yang tidak dinyatakan,[19] manakala Anthony Mackie dan Frank Grillo disahkan akan kembali sebagai Sam Wilson / Falcon dan Brock Rumlow / Crossbones.[19][20] Susulan penggodaman komputer-komputer Sony Pictures pada bulan November 2014, e-mel diantara pengerusi Sony Pictures Entertainment, Amy Pascal dan presiden, Doug Belgrad didedahkan, menyatakan bahawa Marvel mahu memasukkan Spider-Man (dimana hak filem adalah milik Sony) di dalam filem ini. Walau bagaimanapun, perbincangan diantara kedua-dua studio gagal dicapai.[21] Akhirnya, Sony Pictures dan Marvel Studios mencapai perjanjian perlesenan untuk kegunaan Spider-Man di dalam sebuah filem MCU film pada bulan Februari 2015,[22] dan laporan menyatakan bahawa karakter ini akan muncul dalam Civil War.[23][24]

Pada bulan Januari 2015, Mackie mendedahkan bahawa sebagai tambahan kepada Atlanta, lokasi penggambaran lain adalah Puerto Rico dan Berlin,[25] manakala adik beradik Russo mengesahkan bahawa Scarlett Johansson akan kembali dalam filem ini sebagai Natasha Romanoff / Black Widow.[26] Pada akhir bulan, penyunting filem, Jeffrey Ford yang bekerja untuk The Winter Soldier menandatangani untuk Civil War.[27] Pada bulan Mac 2015, Jeremy Renner telah didedahkan akan menyambung wataknya sebagai Clint Barton / Hawkeye.[28] Pada bulan April 2015, ia telah didedahkan bahawa filem ini akan ditukar ke dalam format 3D semasa pasca produksi dan bahawa Brühl akan melakonkan watak Baron Helmut Zemo.[29][30] Elizabeth Olsen mendedahkan bahawa beliau akan menyambung wataknya di dalam filem ini sebagai Wanda Maximoff / Scarlet Witch.[31]

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Set filem untuk Captain America: Civil War di Downtown Atlanta.

Fotografi utama bermula pada 27 April 2015[30][32] di Fayette County, Georgia di bawah tajuk Sputnik.[33] Lokasi penggambaran lain di kawasan metropolitan Atlanta termasuk Buckhead,[34] Gereja Kristian Peachtree di Midtown Atlanta,[35] Downtown Atlanta,[36] dan Norcross, Georgia.[34] Penggambaran tambahan juga dijadual mengambil tempat di Puerto Rico dan Iceland.[37][25] Captain America: Civil War merupakan filem pertama untuk menggunakan kamera digital 2D IMAX. Menurut Joe Russo, lebih kurang lima belas minit filem ini dirakam menggunakan kamera tersebut.[30]

Pada awal bulan Mei, Marvel mengumumkan bahawa Martin Freeman telah dipilih untuk watak yang tidak dinyatakan[3] manakala Paul Bettany, Don Cheadle, Paul Rudd, Emily VanCamp dan William Hurt didedahkan untuk menyambung watak mereka sebagai Vision, James Rhodes / War Machine, Scott Lang / Ant-Man, Sharon Carter / Agent 13 dan Thaddeus "Thunderbolt" Ross.[37][38] Samuel L. Jackson yang muncul sebagai Nick Fury di dalam dua filem Captain America sebelumnya berkata beliau terkejut untuk mengetahui bahawa beliau tidak akan muncul dalam Captain America: Civil War.[39] Selepas pendedahan barisan penuh pelakon filem ini, ramai peminat merujuk filem ini sebagai "Avengers 2.5".[40][41][42][43][44]

Pada akhir bulan Mei, adik-beradik Russo bersama Feige dan Pascal mengadakan satu ujian skrin di Atlanta untuk enam pelakon lelaki remaja yang sedang diperhatikan untuk watak Peter Parker / Spider-Man dimana pelakon-pelakon ini diuji dengan Downey dan Evans.[45][46] Tom Holland telah dipilih sebagai Peter Parker / Spider-Man.[47] Pada bulan Julai 2015, Jonathan M. Goldstein, salah seorang penulis untuk filem solo Spider-Man mengesahkan bahawa Holland akan muncul dalam filem ini.[48]

Menjelang akhir bulan Jun, separuh daripada penggambaran telah diselesaikan[49] dengan produksi berpindah ke Jerman pada awal bulan Ogos 2015.[50] Lokasi penggambaran di Jerman termasuk Stadium Olimpik, Berlin[51] dan Lapangan Terbang Leipzig-Halle, Schkeuditz.[52] Fotografi utama selesai pada Ogos 22, 2015.[53][54]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Henry Jackman, komposer untuk Captain America: The Winter Soldier kembali untuk mencipta skor filem ini.[55]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Captain America: Civil War ditayangkan di CinemaCon 2016 pada 13 April 13 2016[56] dan ditayangkan di United Kingdom pada 29 April 2016,[57] disusuli dengan tayangan di Amerika Utara pada 6 Mei[11] dalam format 3D dan IMAX 3D.[30][58] Pada bulan September 2014, TNT mendapatkan hak penayangan kabel Captain America: Civil War untuk ditayangkan dua tahun selepas tayangan teater.[59]

Masa hadapan[sunting | sunting sumber]

Potensi pulangan Evans[sunting | sunting sumber]

Menurut Kevin Feige, Civil War adalah kesimpulan trilogi Captain America yang bermula dengan The First Avenger dan The Winter Soldier.[60] Ia merupakan filem solo Captain America terakhir dalam kontrak Evans bersama Marvel Studios,[61] beliau menyatakan pada bulan September 2015 bahawa kontraknya dilanjutkan untuk dua filem Avengers: Infinity War (2018) dan Avengers: Endgame (2019).[62] Potensi kepulangannya adalah dalam projek yang berasingan daripada filem keempat "Captain America" ​​dalam pembangunan.[63]

The Falcon and the Winter Soldier dan Captain America: Brave New World[sunting | sunting sumber]

Salah satu siri mini Disney+ Marvel Studios, The Falcon and the Winter Soldier, telah dikeluarkan pada 2021, dengan Malcolm Spellman berkhidmat sebagai ketua penulis dan Kari Skogland pengarahan. Ia berpusat pada Sam Wilson / Falcon dan Stan's Bucky Barnes / Winter Soldier dari Mackie, dengan Cheadle, Brühl, VanCamp, dan Kasumba mengulangi peranan mereka sebagai James "Rhodey" Rhodes, Helmut Zemo, Sharon Carter, dan Ayo, masing-masing, bersama-sama dengan Georges St-Pierre sebagai Georges Batroc daripada Captain America: The Winter Soldier.

Filem keempat, Captain America: Brave New World, dijadualkan dikeluarkan pada 14 Februari 2025,[64] diarahkan oleh Julius Onah.[65] Ia berfungsi sebagai kesinambungan peristiwa The Falcon and the Winter Soldier, memfokuskan pada Sam Wilson, dengan Spellman dan Dalan Musson, seorang penulis siri tentang The Falcon and the Winter Soldier., menulis skrip.[66] Mackie,[67] Danny Ramirez, dan Carl Lumbly memainkan semula peranan Wilson masing-masing, Joaquin Torres dan Isaiah Bradley daripada The Falcon and the Winter Soldier,[68] bersama dengan Tim Blake Nelson dan Liv Tyler mengulangi peranan mereka sebagai Samuel Sterns / Leader dan Betty Ross daripada The Incredible Hulk (2008).[68][69] Shira Haas muncul sebagai Sabra, manakala Harrison Ford muncul sebagai Thaddeus Ross, menggantikan Hurt selepas kematiannya pada 2022.[70]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Captain America: Civil War(2016)". Box Office Mojo. Dicapai pada Julai 31, 2016.
  2. ^ Sneider, Jeff. "Gwyneth Paltrow Will Return as Pepper Potts in 'Captain America: Civil War'". The Wrap. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-24. Dicapai pada February 22, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ a b Strom, Marc (May 5, 2015). "Martin Freeman Joins Marvel's 'Captain America: Civil War'". Marvel.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-05. Dicapai pada May 5, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ De Semlyen, Phil (February 22, 2016). "Martin Freeman's Captain America: Civil War character revealed". Empire. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-22. Dicapai pada February 22, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Blackmon, Joe (May 31, 2015). "Stan Lee Has Filmed His Captain America: Civil War Cameo". Comicbook.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-02. Dicapai pada June 1, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ Kroll, Justin (January 21, 2014). "'Captain America 3′ Takes Shape at Marvel (Exclusive)". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-28. Dicapai pada January 21, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ Weintraub, Steve (March 11, 2014). "Directors Joe & Anthony Russo Confirm They'll Direct Captain America 3; Say They're Breaking the Story Now with Screenwriters Christopher Markus & Stephen McFeely". Collider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-11. Dicapai pada March 14, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ Weinraub, Steve (April 7, 2014). "Screenwriters Christopher Markus and Stephen McFeely Talk Captain America 3; Reveal They've Been Working on it Since Late 2013". Collider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-07. Dicapai pada April 7, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ Chitwood, Adam (August 27, 2014). "CAPTAIN AMERICA 3 Directors Joe and Anthony Russo Talk Filming Dates, the Title, the Evolution of the Script, Marvel's Involvement, Hawkeye, and More". Collider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-28. Dicapai pada August 27, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ Goldman, Eric (August 27, 2014). "Captain America 3 Directors On Making Sure The Next Sequel Offers Surprises". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-30. Dicapai pada August 27, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ a b Strom, Marc (April 7, 2014). "Captain America to Return to Theaters May 6, 2016". Marvel. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-07. Dicapai pada April 7, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ Gee, Dana (April 21, 2014). "Lensman loves getting lost in the images from new Captain America film". The Province. British Columbia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-21. Dicapai pada April 21, 2014.
  13. ^ What to Expect in Marvel's Agent Carter - Comic Con 2014. IGN. July 25, 2014. Peritiwa berlaku pada 8:45. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-26. Dicapai pada July 26, 2014.
  14. ^ Fleming, Jr., Mike (October 24, 2014). "Sebastian Stan Joins 'The Martian' And 'Ricki And The Flash'". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-30. Dicapai pada October 30, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  15. ^ Strom, Marc (October 28, 2014). "Marvel Pits Captain America & Iron Man in a Cinematic Civil War". Marvel.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-28. Dicapai pada October 28, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  16. ^ Siegel, Lucas (October 28, 2014). "Marvel Announces Black Panther, Captain Marvel, Inhumans, Avengers: Infinity War Films, Cap & Thor 3 Subtitles". Newsarama. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-28. Dicapai pada October 28, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  17. ^ Strom, Marc (October 28, 2014). "Chadwick Boseman to Star in Marvel's Black Panther". Marvel.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-28. Dicapai pada October 28, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  18. ^ Sciretta, Peter (October 28, 2014). "Watch: All Of Your Marvel Phase 3 Questions Answered By Marvel Head Kevin Feige". /Film. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-30. Dicapai pada October 30, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  19. ^ a b Fleming Jr, Mike (November 14, 2014). "Daniel Bruhl To Play Villain In 'Captain America: Civil War'". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-14. Dicapai pada October 30, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  20. ^ Highfill, Samantha (November 24, 2014). "Frank Grillo talks Crossbones' return in 'Captain America: Civil War'". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-24. Dicapai pada November 24, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  21. ^ Fritz, Ben (December 9, 2014). "Sony, Marvel Discussed Spider-Man Movie Crossover". The Wall Street Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-20. Dicapai pada December 9, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  22. ^ "Sony Pictures Entertainment Brings Marvel Studios Into The Amazing World Of Spider-Man". Marvel.com. February 9, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-10. Dicapai pada February 10, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  23. ^ Fritz, Ben (February 9, 2015). "Marvel and Sony Reach Deal on Spider-Man Movie Production". Wall Street Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-11. Dicapai pada February 11, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  24. ^ McNary, David (March 3, 2015). "Russo Brothers Sign First-Look Deal with Sony". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-03. Dicapai pada March 3, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  25. ^ a b B-96 Chicago (January 9, 2015). [[:Templat:No italics]]. YouTube. Peritiwa berlaku pada 9:45. Dicapai pada January 10, 2015. URL–wikilink conflict (bantuan)
  26. ^ Arrant, Chris (January 15, 2015). "Captain America: Civil War Directors: Black Widow Will Be Back, More". Newsarama. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-16. Dicapai pada January 15, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  27. ^ Caranicas, Peter (January 30, 2015). "Below the Line Bookings & Signings". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-18. Dicapai pada September 22, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  28. ^ Kit, Borys (March 6, 2015). "Jeremy Renner Joins Amy Adams in Sci-Fi 'Story of Your Life' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-07. Dicapai pada March 6, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  29. ^ Jones, Alice (April 22, 2015). "Daniel Brühl: 'When you have success abroad, you become a traitor. Envy is very German'". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-26. Dicapai pada April 26, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  30. ^ a b c d Lang, Brent (April 13, 2015). "'Captain America: Civil War' First to Use New Imax/Arri 2D Camera (Exclusive)". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-13. Dicapai pada April 13, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  31. ^ Johnson, Zach (April 23, 2015). "Elizabeth Olsen Will Star in Captain America: Civil War!". E!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-23. Dicapai pada April 23, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  32. ^ Damore, Megan (April 27, 2015). "Frank Grillo Teases Crossbones' "Captain America: Civil War" Appearance". Comic Book Resources. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-28. Dicapai pada April 28, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  33. ^ Hensley, Ellie (April 29, 2015). ""Captain America: Civil War" begins filming in Atlanta". Atlanta Business Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-04. Dicapai pada May 4, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  34. ^ a b Brett, Jennifer (May 11, 2015). "Photos from the "Captain America: Civil War" set in Atlanta". Atlanta Journal-Constitution. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-12. Dicapai pada May 12, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  35. ^ Brett, Jennifer (May 13, 2015). "Photos from the "Captain America: Civil War" set in Atlanta". Atlanta Journal-Constitution. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-14. Dicapai pada May 14, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  36. ^ Brett, Jennifer (May 15, 2015). "Photos: Chris Evans on the Atlanta "Captain America" set". Atlanta Journal-Constitution. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-17. Dicapai pada May 15, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  37. ^ a b "Marvel Studios Begins Production on Marvel's 'Captain America: Civil War'". Marvel.com. May 7, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-07. Dicapai pada May 7, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  38. ^ D'Alessandro, Anthony (May 6, 2015). "Emily VanCamp Reprising Her Role As Agent 13 In 'Captain America: Civil War'". Deadline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-07. Dicapai pada May 6, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  39. ^ Nicholson, Matt (June 3, 2015). "Samuel L. Jackson Talks Frozone In The Incredibles 2, Nick Fury's Absence From Captain America: Civil War". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-22. Dicapai pada June 6, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  40. ^ McMillian, Graeme (May 7, 2015). "'Captain America: Civil War' Castings: Marvel's Avengers Assemble Earlier Than Expected". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-08. Dicapai pada May 7, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  41. ^ Boone, John (May 7, 2015). "'Captain America: Civil War' Officially Has More Superheroes Than 'Avengers: Age of Ultron'". Entertainment Tonight. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-08. Dicapai pada May 7, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  42. ^ Breznican, Anthony (May 7, 2015). "Captain America: Civil War: Meet the new cast ..." Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-08. Dicapai pada May 7, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  43. ^ Bussey, Ben (May 7, 2015). "Captain America: Civil War Starts Production, And Sounds Huge". Yahoo! UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-08. Dicapai pada May 7, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  44. ^ Mendelson, Scott (May 15, 2015). "Marvel Must Sell 'Civil War' As 'Captain America 3,' Not 'Avengers 2.5'". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-30. Dicapai pada May 19, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  45. ^ Kit, Borys; Siegel, Tatiana (June 23, 2015). "Robert Downey Jr. and Secret Screen-Tests: How the New 'Spider-Man' Team Was Chosen". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-25. Dicapai pada June 25, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  46. ^ Kit, Borys (May 30, 2015). "Spider-Man Hopefuls Screen-Test in Atlanta as Marvel Decision Nears (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-31. Dicapai pada May 30, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  47. ^ Kit, Borys; Siegel, Tatiana (June 23, 2015). "'Spider-Man' Finds Tom Holland to Star as New Web-Slinger". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-24. Dicapai pada June 23, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  48. ^ Buchanan, Kyle (July 30, 2015). "Everything You Need to Know About Chris Hemsworth's Big Dick in Vacation". Vulture (New York). Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-31. Dicapai pada July 31, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  49. ^ Chitwood, Adam (June 30, 2015). "Kevin Feige Reveals When 'Spider-Man', 'Thor 3', and More Start Filming". Collider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-01. Dicapai pada June 30, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  50. ^ Puthenpurakal, John (August 3, 2015). "Daniel Brühl, Chris Evans und Mark Ruffalo: Berliner Party-Nächte sind lang / Berlin Party Nights are Long". Bild (dalam bahasa German). Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-04. Dicapai pada August 3, 2015. ...die US-Stars in das Szene-Hotel Soho House zurück, wo sie für die Zeit der Filmarbeiten untergebracht worden sind. / ...the US stars returned to the scene-hotel Soho House, where they have been housed for the duration of filming. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  51. ^ Hewett, Emily (August 9, 2015). "Chris Evans spotted filming Captain America: Civil War at desolate Olympic Stadium in Berlin". Daily Mail. UK. Diarkibkan daripada yang asal pada August 9, 2015. Dicapai pada August 9, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  52. ^ Beilke, Doreen (August 14, 2015). "'Captain America'-Dreh Mit Chris Evans Und Daniel Brühl Am Flughafen Hollywood in Leipzig gelandet / "Captain America" with Chris Evans and Daniel Brühl at the Airport: Hollywood Landed in Leipzig". Bild (dalam bahasa German). Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-14. Dicapai pada August 13, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  53. ^ Romano, Nick (August 22, 2015). "See the Captain America: Civil War cast celebrate wrapping production". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-23. Dicapai pada August 23, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  54. ^ Perry, Spencer (August 22, 2015). "Captain America: Civil War Wraps Principal Photography". Superhero Hype!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-23. Dicapai pada August 22, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  55. ^ Burlingame, Russ (August 25, 2014). "Exclusive: Captain America 3 Directors Talk Villains And Who Is Returning". Comicbook.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-26. Dicapai pada August 26, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  56. ^ Davis, Brandon (March 8, 2016). "Captain America: Civil War Team Iron Man Posters Released". Comicbook.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-09. Dicapai pada March 8, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  57. ^ Babbage, Rachel (March 21, 2015). "Captain America: Civil War to start shooting in two weeks". Digital Spy. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-01. Dicapai pada April 1, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  58. ^ Han, Angie (April 8, 2015). "'Star Wars: Rogue One', 'Captain America: Civil War', and More Get IMAX Releases". /Film. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-08. Dicapai pada April 8, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  59. ^ Graser, Marc (September 17, 2014). "TNT Locks Down Next Five Marvel Movies Starting With 'The Avengers: Age of Ultron'". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-18. Dicapai pada September 17, 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  60. ^ Rosenfield, Kat (September 30, 2015). "'Civil War' Is The Final Act Of The Captain America Trilogy". MTV News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-02. Dicapai pada October 2, 2015.
  61. ^ Chitwood, Adam (April 14, 2015). "Chris Hemsworth Reveals the 3 Marvel Movies Left on His Contract". Collider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-15. Dicapai pada April 15, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  62. ^ Chitwood, Adam (September 4, 2015). "Chris Evans on Extending His Marvel Contract: "If They Want Me, They Got Me"". Collider.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-05. Dicapai pada September 5, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  63. ^ D'Alessandro, Anthony; Kroll, Justin (April 23, 2021). "'Captain America 4' In Development With 'Falcon And The Winter Soldier' EP Malcolm Spellman Writing". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada April 24, 2021. Dicapai pada April 24, 2021.
  64. ^ D'Alessandro, Anthony (November 9, 2023). "Marvel's 'Deadpool 3' bergerak kepada Julai 2024 & 'Captain America: Dunia baru berani' kepada 2025 daripada Disney gegar atas jadual Kerana pada Pelakon Mogok". Deadline Hollywood. Diarkibkan daripada yang asal pada November 10, 2023. Dicapai pada November 9, 2023.
  65. ^ Kit, Borys (Julai 8, 2022). "Captain America 4 Cari itu Pengarah dalam Pembuat filem Julius Onah (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 8, 2022. Dicapai pada Julai 8, 2022.
  66. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Cap4THR tidak disediakan
  67. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan MackieCap4 tidak disediakan
  68. ^ a b Whitten, Sarah (September 10, 2022). "'Captain America: Dunia baru Pesanan' Pelakon Shira Haas sebagai Sabra dan Tim Blake Nelson sebagai The Leader". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada September 10, 2022. Dicapai pada September 10, 2022.
  69. ^ Couch, Aaron; Kit, Borys (Mac 27, 2023). "Liv Tyler Kembali jadi Marvel pada 'Captain America 4'". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 27, 2023. Dicapai pada Mac 27, 2023.
  70. ^ Galuppo, Mia (Oktober 17, 2022). "Harrison Ford Menyertai 'Captain America 4'". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada Oktober 17, 2022. Dicapai pada Oktober 17, 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]