Cari Menantu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cari Menantu

Cari Menantu merupakan sebuah rancangan realiti berbentuk pencarian menantu yang ditayangkan di TV9. Rancangan ini bermula siarannya pada 28 Disember 2006.

Rancangan ini akan menterjemahkan proses perkahwinan masyarakat Melayu yang penuh adat budaya dan kemeriahan kepada sebuah rancangan televisyen.

Pencarian peserta melalui ujibakat diadakan di seluruh negara seperti di Alor Setar, Ipoh, Pulau Pinang, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Johor Bahru, Melaka, Negeri Sembilan, dan Kuala Lumpur.

Pada episod akhir, peserta Divesh Kumar Danial Kakulal bersama pasangannya Engku Rabaal Adawiah Engku Zahit, Sarah Rahim bersama Ahmad Lotfi Abd Wahab, Amiruddin Moksin dan pasangannya Farizan Hashim selamat diijab kabul oleh jurunikah, Ustaz Abdul Manaf Mat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).