Champon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Shikairō Champon

Champon (ちゃんぽん?) (chanpon) atau Nagasaki Champon ialah mi rebus khas bandar Nagasaki. Champon merupakan lanjutan daripada mi rebus ala Cina. Bahan seperti daging, makanan laut, kamaboko, dan sayur-sayuran (kobis, tauge) ditumis dengan lemak binatang (lazimnya babi). Air pati dari campuran tulang babi atau tulang ayam ditambahkan untuk merebus mi hingga empuk. Di Korea masakan serupa champon dipanggil Jjamppong (짬뽕), dan dimasak dengan tambahan cili. Di Okinawa, champon bermaksud sepiring nasi dengan sejumlah lauk-pauk di atasnya.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Dalam bahasa Jepun, perjataan "champon" bermaksud memasak campuran pelbagai bahan makanan, atau mencampur dua jenis bahan yang berbeza. Perkataan ini berasal dari bahasa Cina: 攙烹 (chānpēng).[1] Selain itu, orang juga dikatakan berbahasa champon bila bercakap dalam bahasa Jepun dicampur bahasa asing. Bagi orang Kyushu, istilah "champon" bererti campuran pelbagai jenis minuman keras, atau mencampurkan pelbagai jenis lauk menjadi satu.[2] Selain itu, perkataan "champon" kemungkinan berasal dari dialek Fujian, "shapon" yang berarti makan.[3]

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1892, tukang masak Chen Pingshun yang ketika itu berusia 19 tahun meninggalkan kampung halaman di Fujian untuk mencari duit di Nagasaki. Setelah tinggal di Nagasaki selama dua tahun, meletuslah Perang Cina-Jepun Pertama. Setelah bekerja keras dan menjalani kehidupan yang sulit, wang hasil menabung selama 7 tahun digunakannya sebagai modal membuka tempat makan bernama Shikairou.[4]

Minatnya untuk membantu orang yang sedang kesusahan membuat Chen bersedia menguruskan mahasiswa dari Dinasti Qing yang sedang belajar di Nagasaki. Untuk mereka, Chen menciptakan masakan baru yang berkhasiat dan murah. Ideanya diambil dari masakan mi kuah daging (湯肉絲麺) asal tempat kelahirannya di Fujian. Mi dimasak di atas periuk berisi pati cair daging babi dicampur sayuran seperti shiitake, rebung, dan daun bawang. Chen mengubah resepi tersebut dengan memakai kuah pati yang lebih pekat, daging dan sayuran yang banyak, dan mi ala Jepun yang lebih kenyal.[4] Bahan yang digunakannya adalah hasil laut yang bermusim dari perairan sekitar Nagasaki seperti udang kecil dan tiram. Masakan mi ciptaannya disebut Shinaudon (udon Cina), dan nantinya menjadi cikal bakal champon.[5]

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Sanseidō kokugo jiten (edisi Ed.3). Sanseidō. 1982. ISBN 4-385-13187-2. 
  2. Rurubu Free Nagasaki (Autumn 2007): 7. 
  3. "Food Culture". Dewan Pariwisata Kota Nagasaki. http://www.at-nagasaki.jp/foreign/english/about/culture/. Capaian 12 Januari. 
  4. 4.0 4.1 "Champon no yurai". Shikairou. http://www.shikairou.com/2.htm. Capaian 12 Januari. 
  5. "Champon museum". Nishinippon Shimbun. http://www.nishinippon.co.jp/media/news/0008/museum/45/45.html. Capaian 12 Januari. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]