Mi
| Pengertian mi dalam Wikikamus bahasa Melayu, sebuah kamus bebas. |
Mi [1]atau mee diperbuat daripada doh tidak beragi yang dibentuk menjadi jaluran yang nipis dan leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Bergantung pada jenisnya, mi bolehlah dihidangkan kering atau disejukkan sebelum before dimasak. Perkataan "mi" berasal daripada sebutan bahasa Hokkien bagi perkataan Cina "麪" kerana makanan ini juga berasal dari China.
Catatan pertama mengenai mi dihasilkan ketika Dinasti Han Timur sekitar 25 dan 220 M. Pada Oktober 2005, mi tertua yang pernah ditemui telah ditemui di tapak Lajia (budaya Qijia) sepanjang Sungai Kuning di Qinghai, China. Mi yang berusia 4,000 tahun itu kelihatan diperbuat daripada sekoi ekor musang dan sekoi Proso.[2]
Isi kandungan |
[sunting] Jenis mi mengikut ramuan utama
[sunting] Telur
Mi teluar biasanya diperbuat daripada campuran telur dan tepung gandum.
- Mi telur Asia, juga dikenali sebagai 'mie telor' dalam bahasa Indonesia, 'ba mee' (บะหมี่) dalam bahasa Thai, laris didapati di seluruh China dan Asia Tenggara
- Lochshen: mi telur lebar yang didapati dalam masakan Yahudi Eropah Timur
- Reshteh: mi telur Timur Tengah
- Spätzle: mi telur yang secara amnya dikaitkan dengan negeri-negeri Baden-Württemberg dan Bavaria di kawasan selatan Jerman
- Tăiţei: mi telur Romania
- Tagliatelle: mi Itali yang dihidangkan sama ada segar dngan telur atau berupa pasta yang kaya dengan gandum, dimakan rebus dan diiringi sos
[sunting] Gandum
- Chuka men (中華麺?): bahasa Jepun untuk "mi Cina", digunakan untuk ramen, chanpon dan yakisoba
- Lamian (拉麵): mi Cina yang ditarik tangan
- Mee pok (麪薄): mi Cina kuning leper yang laris di Asia Tenggara
- Somen (そうめん?): mi gandum Jepun yang amat halus
- Udon (うどん?): mi gandum Jepun yang tebal
[sunting] Beras
- Mi beras leper, juga dikenali sebagai héfěn atau ho fun (河粉), kway teow (粿條) atau sen yai (เส้นใหญ่)
- Bihun: juga dikenali sebagai mǐfěn (米粉) atau sen mee (เส้นหมี่)
[sunting] Kacang hijau
- Mi selofan atau mi kaca, atau bihun kacang hijau; fěnsī (粉絲) dalam bahasa Cina, harusame (春雨) dalam bahasa Jepun, soun atau suun dalam bahasa Indonesia, wun sen (วุ้นเส้น) dalam bahasa Thai.
[sunting] Kanji kentang atau bunga tasbih
- Mi selofan boleh juga diperbuat daripada kanji ubi kentang or bunga tasbih atau kanji-kanji lain.
[sunting] Gandum kuda
- Soba (蕎麦): Mi gandum kuda Jepun
- Naengmyeon: Mi Korea yang diperbuat daripada gandum kuda dan kanji kentang manis. Lebih kenyal sedikit berbanding soba.
[sunting] Jenis hidangan mi
- Mi biasa: Mi ini dimasak dalam air atau kuah, lalu disalirkan. Makanan lain boleh dibubuh (contohnya sos pasta) atau mi itu dibubuh pada makanan lain (lihat mi goreng atau lasagna) atau mi boleh disajikan begitu sahaja dengan sos atau minyak celup di atas meja. Secara amnya, mi aalah lembut dan menyerap perisa.
- Mi sejuk: Kadang-kadang mi disajikan dalam salad. Contohnya, salad mi kaca Thai yam woon sen. Di Jepun, mi tradisional seperti soba dan somen selalu dihidangkan sejuk dengan sos celup. Sesetengah masakan Barat seperti salad pastar juga memerlukan mi sejuk.
- Mi goreng: Hidangan yang mengandungi mi yang dikacau goreng dengan pelbagai daging, makanan laut atau sayur-sayuran. Contoh biasanya termasuk chow mein, lo mein, mee goreng, mi hokkien, beberapa jenis pancit, yakisoba dan pad thai.
- Mi sup: Mi yang dihidangkan dalam kuah. ContohL phở, sup mi daging, ramen, laksa, saimin dan batchoy, dan sup mi ayam.
[sunting] Lihat juga
[sunting] Nota
[sunting] Pautan luar