Charlie Chaplin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Charlie Chaplin
Charles-chaplin 1920.jpg
Charlie Chaplin
Lahir Charles Spencer Chaplin
16 April 1889 (1889 -04-16)
Walworth, London, England
Meninggal dunia 25 Disember 1977 (umur 88)
Vevey, Switzerland
Pekerjaan Pelakon, pengarah filem, penerbit filem, penulis skrip, penggubah, mimik
Tempoh aktif 1895–1976[1]
Berkahwin dengan Mildred Harris (kahwin 1918–1921) «start: (1918)–end+1: (1922)»"Marriage: Mildred Harris to Charlie Chaplin" Location: (linkback://ms.wikipedia.org/wiki/Charlie_Chaplin)
Lita Grey (kahwin 1924–1927) «start: (1924)–end+1: (1928)»"Marriage: Lita Grey to Charlie Chaplin" Location: (linkback://ms.wikipedia.org/wiki/Charlie_Chaplin)
Paulette Goddard (kahwin 1936–1942) «start: (1936)–end+1: (1943)»"Marriage: Paulette Goddard to Charlie Chaplin" Location: (linkback://ms.wikipedia.org/wiki/Charlie_Chaplin)
Oona O'Neill (kahwin 1943–1977) «start: (1943)–end+1: (1978)»"Marriage: Oona O'Neill to Charlie Chaplin" Location: (linkback://ms.wikipedia.org/wiki/Charlie_Chaplin)

Sir Charles Spencer "Charlie" Chaplin, KBE (16 April 1889 - 25 Disember 1977) adalah seorang pelawak, pelakon dan pengarah filem Inggeris. Chaplin menjadi salah seorang pelakon dan pembuat filem, komposer dan pemuzik terkenal pada awal hingga pertengahan era sinema Klasik Hollywood di Amerika Syarikat. Beliau juga terkenal kerana kemahiran berlawak dan komedi slapstik.

Chaplin berlakon, mengarah, menulis dan menghasilkan filem-filemnya sendiri yang menjadi salah seorang personaliti yang paling kreatif dan berpengaruh dalam era filem bisu. Chaplin sendiri sangat dipengaruhi oleh pendahulunya, ahli komedi filem bisu Perancis Max Linder. Kehidupan kerja hiburannya melangkaui lebih dari 75 tahun, dari panggung Victoria dan Dewan Muzik di United Kingdom sebagai artis kanak-kanak sehingga kematiannya pada usia 88 tahun. Kehidupan awam dan peribadi mendapat pujian dan juga mengundang kontroversi. Bersama Mary Pickford, Douglas Fairbanks, dan DW Griffith, Chaplin menubuhkan United Artists pada tahun 1919. Pada tahun 1999, Institut Filem Amerika meletakkan Chaplin dalam kedudukan ke-10 pelakon terhebat sepanjang zaman.

[sunting] Rujukan

  1. "Trivia for A Woman of Paris: A Drama of Fate (1923)". Internet Movie Database. http://imdb.com/title/tt0014624/trivia. Capaian 22 Jun 2007. 

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain