Chengdu J-10

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
J-10 Vigorous Dragon
F-10 Vanguard
J-10a zhas.png
Sebuah pesawat J-10A semasa Pertunjukan Udara Zhuhai pada tahun 2008.
Peranan Pelbagai peranan
Pengeluar Perbadanan Industri Pesawat Chengdu
Direka oleh Institut Rekabentuk Pesawat Chengdu
Penerbangan sulung 23 Mac, 1998[1]
Diperkenalkan 2005
Status Aktif
Pengguna utama Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat
Tentera Udara Pakistan
Dikeluarkan 2003-kini
Jumlah dibina 80-100 buah (sehingga Januari 2008)[2]
Kos program ¥500 juta diperuntukkan pada 1982[1] (Project #10)
Kos seunit AS$ 28 juta (kadar tukaran matawang pada 2008)
AS$ 41 juta (versi eksport, lengkap dengan alat ganti dan penyelenggaraan)
Dibangunkan dari Chengdu J-9
Kelainan Chengdu J-14

Chengdu J-10 (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: Jiān Shí, bermaksud "Pembinasa (Pejuang) 10") adalah sebuah pesawat pejuang pelbagai peranan generasi ke-4.5 yang telah direka dan dikeluarkan oleh firma Perbadanan Industri Pesawat Chengdu dengan bantuan teknologi luar negara untuk kegunaan Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat. Di Barat pesawat ini dikenali sebagai "Vigorous Dragon".[3] Pesawat J-10 direka untuk berperanan sebagai sebuah pesawat pejuang dan pesawat pengebom ringan dan boleh dioperasikan pada waktu siang / malam dalam semua keadaan cuaca.

Program pesawat pejuang generasi baru, J-10 kekal diklasifikasikan sebagai suatu projek rahsia besar sehingga 29 Disember 2006, apabila Agensi Berita Xinhua secara rasminya mendedahkan status perkhidmatan aktinya bersama angkatan udara China.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pada awalnya program ini disokong oleh pemimpin China yang penting Deng Xiaoping, yang telah meluluskan RMB¥ 500 juta untuk membangunkan pesawat buatan tempatan. Walaubagaimanapun, program rasmi tidak dimulakan sehingga Januari 1986 apabila kerajaan China secara rasminya mengeluarkan Projek #10,[1] untuk membangunkan pesawat pejuang bagi menandingi pesawat pejuang generasi ke-4 yang telah diperkenalkan oleh Kesatuan Soviet (contohnya MiG-29 dan Su-27). Institut ke-611, yang juga dikenali sebagai Institut Rekabentuk Pesawat Chengdu telah ditugaskan sebagai kontraktor utama. Asalnya pesawat ini direka sebagai pesawat pejuang khusus, tetapi kemudian direka semula dan berupaya sebagai pesawat pelbagai peranan bagi kedua-dua misi pertempuran udara ke udara dan serangan darat. Sebuah majalah China (zh:少年科学画报, ISSN1000-7776) yang diterbitkan pada bulan Jun 1979 memaparkan seorang budak lelaki memegang model pesawat J-10. [4] Gambar ini membuktikan bahawa projek pesawat ini telah bermula sejak sebelum 1979 lagi.

Walaupun kewujudan J-10 telah diperkatakan di dalam dan luar China, kerajaan China secara rasminya tidak pernah mengakuinya sehingga Januari 2007, apabila gambar J-10 telah dibenarkan pertama kalinya dipaparkan oleh Agensi Berita Xinhua. Direka bentuk dengan penuh rahsia, sebelum pendedahan rasminya menyebabkan perincian J-10 banyak dipengaruhi dengan spekulasi. Satu khabar angin berkenaan sejarah pembangunan J-10 adalah: J-10 telah membuat penerbangan sulung dalam tahun 1996, kemudian telah mengalami kelewatan disebabkan kemalangan maut yang berlaku pada 1997, dan pesawat prototaip selapas direka bentuk semula membuat penerbangan pada 1998, dan ujian penerbangan disambung semula.[perlu rujukan] (Terdapat bukti yang tidak dapat disahkan, kemungkinan hanya sebuah pesawat prototaip yang berupaya melakukan penerbangan; manakala yang lain hanya menjadi platform ujian static di darat. Oleh itu, tiada sebarang kejadian terhempas.)[perlu rujukan]

Bagaimanapun, khabar angin tentang kemalangan ini telah dinafikan oleh kerajaan China selepas pengesahan rasmi kewujudan program pesawat J-10. Pada 1 Januari 2007, Agensi Berita Xinhua dan PLA Daily telah melaporkan pengakuan salah seorang juruterbang ujian pesawat J-10, En. Li Zhonghua (李中华), dan dalam laporan ini, salah satu pengakuan yang dipetik adalah tiada kejadian terhempas yang pernah terjadi sejak projek ini bermula. Berdasarkan laporan media China, pesawat pertama, "J-10 01", dikeluarkan pada November 1997, dan penerbangan sulung "J-10 01" dibuat pada 23 Mac 1998.[1] Tiada kemalangan dilaporkan.[5] Selepas 18 tahun dibangunkan, J-10 akhirnya telah memasuki perkhidmatan pada 2004.[1][6]

Penerbangan sulung pada 23 Mac 1998 dilakukan oleh juruterbang ujian En. Lei Qiang (雷強), berlangsung kira-kira 20 minit. Seorang juruterbang ujian yang lain En. Li Zhonghua (李中华) pula menerbangkan pesawat prototaip ini bagi menguji keupayaan aerodinamik sehingga awal Disember, 2003. Pada masa ini, ujian pengisian minyak di udara juga berjaya dilakukan. Dalam ujian aerodinamik, pesawat ini telah diuji melangkaui parameter reka bentuk asal dan pesawat ini didapati berupaya untuk bertahan pada parameter yang lebih tinggi. Bahagian akhir ujian penerbangan adalah ujian tembakan menggunakan peluru hidup bagi peluru berpandu udara ke udara yang mana dilakukan daripada 21 Disember 2003 hingga 25 Disember 2003, ujian ini telah disempurnakan oleh juruterbang ujian En. Xu Yongling (徐勇凌). Pesawat pertama telah dihantar kepada Rejimen Ujian Ke-13 pada 23 Februari 2003. Pesawat ini telah diberikan status “operasi” pada Disember 2003. Rejimen pertama yang mengoperasikan pesawat J-10 adalah Rejimen ke-131 daripada Divisyen ke-44. Dipercayai juga rejimen dari Divisyen ke-3 juga telah menggunakan J-10.

Kelainan[sunting | sunting sumber]

J-10A/J-10S
  • J-10A : Pesawat satu tempat duduk bagi versi pelbagai peranan. Versi eksport dikenali sebagai F-10A.
  • J-10S : Pesawat dua tempat duduk bagi versi latihan, peperangan elektronik, mini-AWACS, serangan darat dan sebagainya.
  • J-10B : Versi tingkat upaya bagi J-10A, dikenali sebagai FC-20 bagi Tentera Udara Pakistan dengan cirri-ciri termaju seperti kebolehkendalian tinggi, kawalan tujahan vector dan banyak lagi. Ia telah memasuki perkhidmatan pada 2007. [2]
  • J-10C : Versi J-10 yang beroperasi di atas kapal pengangkut.
  • Super-10 : Spekulasi versi J-10 yang seterusnya dengan cirri-ciri baru seperti kawalan tujahan vector, radar jujukan fasa dan pengoperasian di atas kapal pengangkut. Tiada spesikasi lengkap di dapati pada masa sekarang.

Spesifikasi (anggaran)[sunting | sunting sumber]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1 (asas), 2 (versi latihan)[6]
  • Panjang: 15.5 m (50 kaki 10 in)
  • Rentang sayap: 9.7 m (31 kaki 10 in)
  • Tinggi: ()
  • Sayap luas: 39 m² (419.8 kaki²)
  • Berat kosong: 8,000–9,730 kg (17,637–21,451 lb[7])
  • Berat berisi: 18500 kg (40,785 lb [8])
  • Berat berguna: 5,500 kg (9,920 lb[perlu rujukan])
  • Berat berlepas maksimum: 19,277 kg (42,500 lb[6])
  • Loji kuasa:Saturn-Lyulka AL-31FN atau Woshan WS-10A "Taihang" turbofan
    • Tujahan kering: 89.43 kN / 89.17 kN (17,860 lbf / 20,050 lbf)
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 122.5 kN[6] / 129.4 kN (27,557 lbf / 29,101 lbf)

Prestasi

Persenjataan

  • Meriam: 2× 23 mm meriam dalaman
  • Tenggekan: 11, 3 di bawah setiap sayap dan 5 di bawah fiuslaj
  • Peluru berpandu:
  • Bom: bom panduan laser (LT-2), bom luncuran (LS-6) dan bom tanpa panduan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Nota dan Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 Wang Jieqing. "Penerbangan ujian rahsia pesawat pejuang J-10 didedahkan". Southern Weekend. 
  2. J-10 Deployment - SinoDefence.com
  3. 3.0 3.1 3.2 3.3 J-10 di laman web Air Force Technology
  4. http://x.bbs.sina.com.cn/forum/pic/449254410103p1oh
  5. Zhang Baoxin (2007-01-01). "CAC J-10 External Design Did Not Receive Foreign Assistance". Aerospace World magazine. 
  6. 6.0 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 "Sinodefence.com: J-10 Multirole Fighter Aircraft". Diperoleh pada 2007-04-09. 
  7. Beberapa sumber mengatakan 6,940 kg (15,300 lb). People's Daily mengambarkan beratnya "sedikit ringan" daripada F-16. [1] Anggaran lain dengan mengambil kira berat pesawat J-8, yang mempunyai kuasa tujahan yang sama, dipercayai berat J-10 adalah seberat 9,240 kg
  8. Aviation Week - 2008 Source Book, January 28, 2008
  9. {GrandeStrategy.com) (Inggeris)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Maklumat am:

Artikel berita dan majalah:

Galeri foto: