Pesawat Tempur Pelbagai Peranan
Pesawat Tempur Pelbagai Peranan atau pesawat MRCA adalah sebuah pesawat yang boleh berperanan sebagai pesawat pejuang dan pesawat serangan darat. Pesawat ini secara umumnya lebih ringan dan kurang berkuasa jika dibandingkan dengan pesawat penguasaan udara.
Pesawat Tempur Pelbagai Peranan boleh dibezakan daripada pesawat pejuang-pengebom, dimana pesawat MRCA direka untuk melaksanakan kedua-dua serangan udara dan darat pada masa yang sama, manakala pesawat pejuang-pengebom pula secara umumnya adalah sebuah pesawat pejuang yang mana juga boleh menggunakan senjata udara-ke-darat.
Isi kandungan |
Sejarah penggunaan istilah [sunting]
Pesawat Tempur Pelbagai Peranan adalah nama projek megara-negara Eropah pada tahun 1968 yang mana kemudiannya menghasilkan pesawat Panavia Tornado. Semasa pembangunan pesawat ini, projek ini secara ringkasnya dipanggil sebagai Pesawat Pelbagai Peranan (MRA).
Contoh [sunting]
Senarai di bawah adalah contoh Pesawat Tempur Pelbagai Peranan (MRCA) dan negara di mana ia dibangunkan :
| Benua | Negara | Pesawat | Nota |
|---|---|---|---|
| Eropah dan Amerika Utara (NA) | Panavia Tornado | Pesawat asal digelar Pesawat Tempur Pelbagai Peranan dan mempunyai perkataan Pelbagai Peranan pada gelarannya. | |
| Eurofighter Typhoon | Kadang kala digambarkan sebagai pesawat pejuang taktikal swing role oleh pengeluarnya. | ||
| Dassault Mirage 2000 | |||
| Dassault Rafale | Kadang kala digambarkan sebagai pesawat pejuang / pejuang-pengebom pelbagai peranan oleh pengeluarnya. | ||
| SAAB JAS 39 Gripen | |||
| F-4 Phantom | |||
| F-16 Fighting Falcon | Pesawat F-16 adalah pesawat pejuang pelbagai peranan standard untuk negara NATO. | ||
| F/A-18 Hornet | Abjab 'A' dalam "F/A" secara jelas merujuk kepada kombinasi peranan serangan bagi pesawat F/A-18 ('F' = Pejuang) | ||
| F-35 Lightning II | |||
| Asia | HAL Tejas | Masih dalam pembangunan | |
| Chengdu J-10 | |||
| JF-17 Thunder | |||
| Mikoyan MiG-29 | |||
| Sukhoi Su-30MKI | Digunakan oleh Tentera Udara India ('I' = Indiski, India) | ||
| Sukhoi Su-30MKK | Digunakan oleh Tentera Udara China ('K' = Kitayski, China) | ||
| Sukhoi Su-35 |
Rujukan [sunting]
Lihat juga [sunting]
- Pesawat penguasaan udara
- Pesawat serangan darat
- Pesawat pemintas
- Pesawat pejuang penyerang
- Pengebom taktikal
Pautan luar [sunting]
|
|||||||||||||||||