F-16 Fighting Falcon
| F-16 Fighting Falcon | |
|---|---|
|
|
|
| Peranan | Pelbagai peranan |
| Pengeluar | General Dynamics Lockheed Martin |
| Penerbangan sulung | 2 Februari 1974 |
| Mula digunakan | 17 Ogos 1978 |
| Status | Aktif |
| Pengguna utama | Tentera Udara Amerika Syarikat 25 pengguna lain (lihat Senarai pengguna pesawat F-16 Fighting Falcon) |
| Jumlah dibina | 4,450+ |
| Kos seunit | F-16A/B: AS$ 14.6 juta F-16C/D: AS$ 18.8 juta (1998)[1] |
| Kelainan | General Dynamics F-16XL F-16 VISTA Mitsubishi F-2 |
F-16 Fighting Falcon adalah pesawat pejuang pelbagai peranan Amerika Syarikat yang dibangunkan oleh firma General Dynamics untuk Tentera Udara Amerika Syarikat. Direka sebagai pesawat pejuang ringan, pesawat ini kemudian berkembang dan menjadi pesawat pejuang pelbagai peranan yang berjaya. Sifat serba boleh ini menjadi sebab paling utama Falcon laris dijual di pasaran eksport, dan kini berkhidmat di 24 negara lain.[2] Pesawat F-16 merupakan program pesawat pejuang Barat terbesar dengan lebih 4,000 buah pesawat dibina sejak pengeluarannya dimulakan pada tahun 1976. Walaupun ia sudah tidak dikeluarkan untuk Tentera Udara A.S., pesawat ini masih dikeluarkan untuk dieksport.[3] Pada tahun 1993, General Dynamics menjual perniagaan pembuatan pesawatnya kepada Lockheed Corporation,[4] yang mana menjadi sebahagian daripada Lockheed Martin selepas penggabungan dengan Martin Marietta pada tahun 1995.[5]
Fighting Falcon merupakan pesawat pejuang dengan inovasi seperti tenda gelembung tanpa bingkai untuk darjah penglihatan yang lebih baik, tuas kawalan di sisi untuk memudahkan kawalan ketika di bawah Daya G tinggi, dan tempat duduk bersandar untuk mengurang kesan daya G terhadap juruterbang. Ia juga merupakan pesawat pejuang pertama yang dibina untuk dapat menahan pusingan 9-G. Ia mempunyai nisbah tujahan-kepada-berat melebihi satu, memberikan kuasa yang cukup untuk memanjat dan memecut menegak ke atas - sekiranya perlu.[6] Walaupun nama rasmi bagi pesawat F-16 adalah "Fighting Falcon", ia dipanggil oleh beberapa juruterbangnya sebagai "Viper", sempena nama pesawat pejuang bintang dalam siri Battlestar Galactica.[7]
Isi kandungan |
Pembangunan [sunting]
Pesawat F-16 adalah pesawat berenjin tunggal dan pesawat pejuang taktikal pelbagai peranan. Ia dilengkapi dengan meriam M61 Vulcan pada pangkal sayap sebelah kiri. Pesawat ini kebiasaannya membawa 2 peluru berpandu AIM-9 Sidewinder, setiap satunya pada rel khas di hujung sayap. Versi pesawat terkini boleh dilengkapkan dengan peluru berpandu AIM-120 AMRAAM. Pesawat ini boleh membawa pelbagai jenis peluru berpandu udara ke udara dan udara ke darat, roket atau bom. Senjata-senjta ini dipasang pada tengekkan (pilon) yang terletak di bawah sayap.
Sejak awal lagi, pesawat F-16 bertujuan untuk menjadi satu pesawat yang menjimatkan kos, boleh melaksanakan pelbagai misi dan bersedia pada sebarang masa. Ia lebih ringkas dan ringan daripada pesawat-pesawat yang terdahulu, tetapi mempunyai bentuk aerodinamik dan sistem avionik yang termaju, termasuk pesawat pertama yang menggunakan sistem kawalan penerbangan terbang dengan wayar (mendapat nama gelaran "jet elektrik"), bagi mengekalkan keupayaan yang baik.
Pengguna [sunting]
Bahrain: Tentera Udara Diraja Bahrain (22)
Belgium: Komponen Udara Belgium (68), pesanan awal 116 buah (96 pesawat satu tempat duduk - dan 20 pesawat 2 tempat duduk), pesanan tambahan sebanyak 44 buah pada tahun 1988 (40 pesawat satu tempat duduk - dan 4 pesawat 2 tempat duduk)
Chile: Tentera Udara Chile (28)
Denmark: Tentera Udara Diraja Denmark (48 + 21 dalam simpanan)
Mesir: Tentera Udara Mesir (220)[1]
Greece: Tentera Udara Greece (131 + 30 dalam pesanan)
Jordan: Tentera Udara Diraja Jordan (58)
Indonesia: Tentera Udara Indonesia (10; pada awalnya 12 buah tetapi kehilangan 2 buah disebabkan oleh kemalangan); Indonesia merancang untuk menaik taraf pesawat F-16A/B kepada F-16C/D. Juga merancang untuk mengantikan pesawat F-5E/F dengan F-16C/D sebagai pilihan.[8]
Israel: Tentera Udara Israel (322)[2]
Itali: Tentera Udara Itali (34; Disewa daripada Tentera Udara A.S)
Belanda: Tentera Udara Diraja Belanda (82 + 18 dalam simpanan)
Norway: Tentera Udara Diraja Norway (74 delivered, 57 dalam perkhidmatan setakat 2007)
Oman: Tentera Udara Diraja Oman (12)
Pakistan: Tentera Udara Pakistan (34 + 44 dalam pesanan + Pilihan lanjut untuk tambahan 36 buah) [3]
Poland: Tentera Udara Poland (48)
Portugal: Tentera Udara Portugal (45)
Singapura: Tentera Udara Republik Singapura (76)
Taiwan: Tentera Udara Taiwan (150)
Korea Selatan: Tentera Udara Korea Selatan (180)[9] (F-16C/D 40, KF-16C/D 140 ; KF-16C/D dibina dengan kebenaran oleh Korean Aerospace Industries)
Thailand: Tentera Udara Diraja Thailand (61)
Turki: Tentera Udara Turki (240 + 30 dalam pesanan). Pesawat F-16 dibina dengan kebenaran oleh Turkish Aerospace Industries. Turki menggabungkan sub-sistem asli ketahap tertentu seperti sistem pengenalan kawan-atau-musuh AN/APX-117 yang dibangunkan oleh Aselsan. Kesemua pesawat F-16 milik Tentera Udara Turki akan berada pada tahap CCIP. [10]
Emiriah Arab Bersatu: Tentera Udara Emiriah Arab Bersatu (80)
Amerika Syarikat
- Tentera Udara Amerika Syarikat (1,245) - 1 F-16A Blok 15, 197 F-16C/D Blok 25, 350 F-16C/D Blok 30, 51 F-16C/D Blok 32, 222 F-16C/D Blok 40, 174 F-16C/D Blok 42, 198 F-16C/D Blok 50, 52 F-16C/D Blok 52.[11]
- Aktif - 701
- Pengawal Udara Kebangsaan - 490
- Simpanan - 54
- Tentera Laut Amerika Syarikat (40)[12]
- Tentera Udara Amerika Syarikat (1,245) - 1 F-16A Blok 15, 197 F-16C/D Blok 25, 350 F-16C/D Blok 30, 51 F-16C/D Blok 32, 222 F-16C/D Blok 40, 174 F-16C/D Blok 42, 198 F-16C/D Blok 50, 52 F-16C/D Blok 52.[11]
Venezuela: Tentera Udara Venezuela (24)
Cadangan jualan terkini [sunting]
- Pada bulan November 2006, Tentera Udara Pakistan telah memeterai Surat Penerimaan untuk 18 buah pesawat baru F-16C/D Blok 52+, 26 buah pesawat F-16A/B Blok 15 dan 60 buah pesawat Mid-Life-Update M3 Tape modules/kits sebagai sebahagian daripada perjanjian bernilai AS$ 5.1 bilion termasuk pesawat pejuang, kemudahan infrastruktur sokongan, latihan dan persenjataan. Penghantaran pesawat F-16A/B dijangka bermula pada tahun 2007, sementara pesawat awal F-16C/D dijangka akan diterima pada akhir tahun 2008 atau awal 2009. Program perolehan semasa untuk pesawat baru dan pesawat yang diperbaharui dan ditingkat upaya untuk 60 buah pesawat terpakai dijangka akan disiapkan sebelum tahun 2010-2012, berdasarkan kenyataan Ketua Marshal Udara Tentera Udara Pakistan, Tanvir Mahmood Ahmed. Pada bulan April 2006, Janes Defence Weekly melaporkan Tentera Udara Pakistan mungkin akan membeli tambahan 33 buah pesawat F-16C/D Blok 52+ - ia mungkin termasuk pilihan untuk memperoleh 18 buah pesawat Blok 52+ daripada perjanjian sekarang. Pada bulan Julai 2007, Komander Pusat Arahan Tentera Udara, Leftenan Jeneral Gary L. North (Tentera Udara A.S), dan seorang juruterbang A.S yang lain menerbangan 2 buah pesawat F-16 ke Pakistan untuk Tentera Udara Pakistan.[13]
- Tentera Udara Filipina juga menunjukan minat akan pesawat F-16, tetapi rancangannya untuk membeli Pesawat Tempur Pelbagai Peranan moden unutk mengantikan angkatan pesawat F-5A/B Freedom Fighters yang telah dibersarakan telah ditangguhkan disebabkan oleh alasan ekonomi dan operasi menentang keganasan sebagai keutamaan. Pada pertengahan tahun 1990-an, Tentera Udara Filipina tidak menunjukan reaksi akan tawaran A.S untuk menjual 28 buah pesawat F-16A/B Blok 15, yang mana disekat daripada dihantar ke Pakistan. [14] [15]
- Tentera Udara Taiwan memerlukan pesawat pejuang generasi baru untuk mengantikan angkatan pesawat F-16 A/B Blok 20, telah menunjukan minat pada pesawat F-35 Lightning II baru. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh isu-isu politik, tiada kemungkinan negara pulau ini boleh mendapatkan pesawat pejuang termaju dalam jangka masa yang terdekat. Disebabkan itu, Tentera Udara Taiwan membuat pilihan dengan mendapatkan sehingga 66 buah pesawat F-16C/D Blok50/52 baru sebagai pesawat pejuangnya untuk sementara waktu.[16] Seperti perolehan peralatan ketenteraan yang lain, Beijing telah menunjukan tentangan terhadap perolehan ini.
- Jabatan Pertahanan A.S telah memberitahu Kongress A.S akan rancangannya untuk menjual 24 buah pesawat F-16C/D kepada Maghribi bersama-sama sistem avionik termaju dan peralatan-peralatan yang berkaitan. Pesawat F-16 mungkin akan dipasang sama ada dengan enjin Pratt & Whitney atau General Electric.[17]
- Tentera Udara Croatia sebelum tahun 2011 akan membeli 12 buah atau lebih pesawat pejuang pelbagai peranan moden untuk mengantikan pesawat MiG-21 B/MF. Anta calon-calon yang berkemungkinan besar adalah JAS 39 Gripen atau F-16C/D.[18]
- Tentera Udara Indonesia sedang mendapatkan kelulusan untuk membeli 6 buah pesawat baru F-16 C/D untuk mengukuhkan skuadron pesawat F-16 mereka.[19] Pada masa sekarang, 10 buah pesawat F-16 berada dalam perkhidmatan, pada asalnya Tentera Udara Indonesia memiliki sejumlah 12 buah tetapi 2 buah telah terlibat dalam kemalangan yang berasingan.[20] Dari tahun 2000 sehingga 2005, A.S telah mengenakan sekatan senjata terhadap Indonesia yang mana telah menyebabkan skuadron F-16 tersadai disebabkan oleh ketiadaan alat ganti.
- Jabatan Pertahanan A.S (Pentagon) berkata pada 19 Mei 2008, bahawa mereka telah memberitahu Kongres A.S akan kemungkinan jualan 24 buah pesawat baru F-16 dan 24 buah pesawat diperbaharui, termasuk peralatan berkaitan, dalam satu perjanjian bernilai sehingga AS$ 4.5 bilion kepada Romania.
Spesifikasi (F-16C Blok 30) [sunting]
Data dari Senarai fakta Tentera Udara A.S[21], AerospaceWeb[22] GlobalSecurity.org[23]
Ciri umum
- Anak kapal: 1
- Panjang: 14.8 m
- Rentang sayap: 9.8 m
- Tinggi: 4.8 m
- Sayap luas: 27.87 m²
- Bentuk keratan rentas sayap: NACA 64A204 root and tip
- Berat kosong: 8,270 kg
- Berat berisi: 12,000 kg
- Berat berlepas maksimum: 19,200 kg
- Enjin: 1× Pratt & Whitney F100-PW-220 kipas turbo pembakaran lanjut
- Tujahan kering: 64.9 kN
- Tujahan dengan pembakar lanjut: 105.7 kN
- Enjin gantian: 1× General Electric F110-GE-100 kipas turbo pembakaran lanjut
- Tujahan kering: 76.3 kN
- Tujahan kering dengan pembakar lanjut: 128.9 kN
Prestasi
- Kelajuan maksimum:
- Pada paras laut: Mac 1.2 (1,460 km/j)
- Di altitud: Mac 2+ (2,414 km/j)
- Jejari bertempur: 550 km semasa misi penerbangan tinggi-rendah-tinggi bersama 6x bom 1,000 paun (450 kg)
- Jarak maksimum: >3,900 km
- Lelangit khidmat >15,239 m
- Kadar panjat: 254 m/s
- Beban sayap: 431 kg/m²
- Tujahan/berat: Enjin F100: 0.898, Enjin F110: 1.095
Persenjataan
- Meriam: 1× 20 mm meriam Gatling Vulcan M61, 511 butir peluru
- Roket: 2¾ in (70 mm) CRV7
- Peluru berpandu:
- Udara-ke-udara:
- 2× AIM-7 Sparrow, atau
- 6× AIM-9 Sidewinder, atau
- 6× IRIS-T, atau
- 6× AIM-120 AMRAAM, atau
- 6× Python-4
- Udara-ke-permukaan:
- 6× AGM-45 Shrike, atau
- 6× AGM-65 Maverick, atau
- 4× AGM-88 HARM
- Anti-kapal:
- 2× AGM-84 Harpoon, atau
- 4× AGM-119 Penguin
- Bom:
- 2× CBU-87 Combined Effects Munition
- 2× CBU-89 Gator mine
- 2× CBU-97 Sensor Fuzed Weapon
- Wind Corrected Munitions Dispenser capable
- 4× GBU-10 Paveway II
- 6× GBU-12 Paveway II
- 6× Bom panduan laser siri-Paveway
- 4× JDAM
- 4× Bom kegunaan am Mark 84
- 8× Bom kegunaan am Mark 83
- 12× Bom kegunaan am Mark 82
- Bom nuklear B61
- Udara-ke-udara:
Lihat juga [sunting]
Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
- Chengdu J-10/FC-4
- F/A-18 Hornet
- F-20 Tigershark
- HAL Tejas
- IAI Lavi
- JAS 39 Gripen
- Chengdu FC-1/JF-17 Thunder
- Dassault Mirage 2000
- Mikoyan MiG-29
Rujukan [sunting]
Nota [sunting]
- ↑ Senarai fakta F-16, Tentera Udara A.S, Oktober 2007.
- ↑ F-16 Fighting Falcon
- ↑ Lockheed Martin, Tentera Udara Poland meraikan ketibaan Pesawat Tempur Pelbagai Peranan F-16 yang termaju di Eropah
- ↑ Sejarah firma General Dynamics
- ↑ Sejarah firma Lockheed Martin, 1990
- ↑ Lembaran fakta F-16, Tentera Udara A.S, Oktober 2007.
- ↑ F-16 Fighting Falcon, F16, atau Viper?
- ↑ ANGKASA No.07 Edisi April 2007 (page 15)
- ↑ Pesawat F-16 Tentera Udara Korea Selatan
- ↑ Pengguna F-16 : Turki, F-16.net. Dicapai: 2 Februari, 2008.
- ↑ Air Forces Monthly, keluaran Disember 2007, m/s.43-44.
- ↑ Pengguna F-16 : Tentera Laut A.S, F-16.net. Dicapai: 20 Mac, 2008.
- ↑ F-16 Fighting Falcon
- ↑ Tentera Udara F-16 - Pelangan-pelangan berpotensi
- ↑ Halaman tidak rasmi Tentera Udara Filipina
- ↑ Taiwan memerlukan pesawat pejuang
- ↑ Warwick, Graham. "Kemungkinan terperinci perjanjian bernilai AS$ 2.6 bilion di antara A.S dan Tentera Udara Maghribi", Flight International, 27 Disember 2007.
- ↑ Tentera Udara Croatia, aeroflight.co.uk
- ↑ MilAvia Press.com
- ↑ Scramble Magazine: Gambaran keseluruhan Cabang Udara Indonesia
- ↑ Senarai fakta pesawat F-16 Tentera Udara A.S
- ↑ F-16, Aerospaceweb.org
- ↑ Spesifikasi F-16, GlobalSecurity.org.
Bibliografi [sunting]
- Darling, Kev. F-16 Fighting Falcon (Combat legend). London: Airlife, 2003. ISBN 1-84037-399-7.
- Hehs, Eric. "Harry Hillaker — Father of the F-16." Code One: An Airpower Projection Magazine, April/July 1991. Harry Hillaker
- Hillaker, Harry. "John Boyd, USAF Retired, Father of the F-16." Code One: An Airpower Projection Magazine, April/July 1997.
- Mehuron, Tamar A., Assoc. Editor."2007 USAF Almanac - Equipment". Air Force Magazine, Journal of the Air Force Association 90 (5): May 2007. ISSN: 0730-6784.
Pautan Luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: F-16 Fighting Falcon |
- Lembaran fakta F-16 Tentera Udara A.S
- F-16 di laman web rasmi LockheedMartin.com
- F-16 di laman web GlobalSecurity.org
- Profil F-16 di laman web Aerospaceweb.org
- Sumber terkini dan ekstensif pesawat F-16 di laman web F-16.net
- Pusat rujukan F-16C, laman menarik dengan gambar kokpit dan skematik (Bahasa asal adalah Bahasa Jerman, sekiranya perlu tekan ikon bendera untuk bertukar ke Bahasa Inggeris)
- Contoh pesawt pejuang maya
- Kenyataan berita tentang program pemodenan F-16
|
||||||||||||||||||||
|
|||||
|
|||||||||||||||||