Chibi Maruko-chan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Chibi Maruko-chan
Chibi Maruko-chan.jpg
Maruko
ちびまる子ちゃん
(Chibi Maruko-chan)
Genre Shōjo
Manga
Pengarang Momoko Sakura
Penerbit Jepun Shueisha
Anime
Pengarah Yumiko Suda
Tsutomu Shibayama
Studio Nippon Animation
Penyiaran Asal Jepun Fuji Television
Malaysia NTV7, Astro Ceria
Singapura Filipina Malaysia Hong Kong Animax Asia
Indonesia RCTI
Dikeluarkan pada 1 Julai 199027 September 1992
Anime
Chibi Maruko-chan TV 2
Studio Nippon Animation
Penyiaran Asal Jepun Fuji TV
Dikeluarkan pada 9 Januari 200526 Februari 2006

Chibi Maruko-chan ataupun Maruko Kecil (Bahasa Jepun: ちびまる子ちゃん) adalah satu manga oleh Momoko Sakura yang amat terkenal dengan rancangan televisyennya. Rancangan anime televisyen terhasil daripada manga tersebut. Ia telah disiarkan secara original oleh Fuji Television dari tahun 1990 sehinggalah 1992.

Siri animasi ini telah lama disiarkan di Malaysia melalui saluran NTV 7 pada setiap Sabtu jam 11:30 pagi. Sebelum ini, ia pernah disiarkan di 8TV pada tahun 2004 tetapi ia adalah di dalam alih bahasa Bahasa Mandarin dengan sarikata Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, pada pertengahan 2005, rancangan ini telah diterjemaah ke dalam Bahasa Melayu di NTV 7 sehingga awal 2006 dan sejak 24 Mac 2006 hingga Julai 2007.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Chibi Maruko-chan memaparkan tentang kehidupan seorang budak perempuan kecil yang telah diberikan gelaran "Maruko" di sesebuah tempat di pinggir kota pada lewat 70-an Jepun. Pada asalnya, satu siri shōjo manga telah dibuat untuk merayu tentang memori kehidupan kanak-kanak wanita muda. Ia telah menemui penonton yang banyak, kebanyakannya kanak-kanak yang tahu tentang heroin muda ini. Pelbagai permainan video, filem animasi, dan banyak produk-produk juga telah dikenalkan, termasuk musim kedua siri TV yang berjalan sejak tahun 1995 sehinggalah sekarang sejak pengenalan Chibi Maruko-chan. Stail Maruko dan temanya sesekali telah dibandingkan dengan komik klasik Sazae-san.

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Watak utama, Maruko, adalah seorang budak yang berumur sembilan tahun, yang berada di darjah tiga. Dia malas, tidak teratur dan selalu lewat ke sekolah. Dia juga kerap bergaduh dengan kakaknya yang bersih dan teratur yang mesti berkongsi biliknya dengan Maruko. Mereka selalu bertengkar untuk perkara yang remeh. Maruko, seperti banyak budak lain, selalu mengelakkan dirinya daripada melakukan kerja sekolah dan kerja rumah, dan telah mengambil kesempatan terhadap datuknya Namun begitu, dia adalah seorang budak yang mudah memahami dan banyak mencuba untuk berbuat baik.

Nama sebenarnya adalah Momoko Sakura (さくらももこ Sakura Momoko), sama seperti nama pena pembuatnya, Miki Miura 三浦 美紀 (yang menggunakan masa kanak-kanaknya sebagai inspirasi). Nama samarannya "Maruko" telah diperoleh daripada marui ("bulat", disebabkan oleh mukanya yang bulat) dan -ko (budak perempuan); dan prifix chibi dan sufix -chan juga boleh diggunakan untuk merujuk kepada anak comel.

Watak-watak yang lain termasuk teman sekelas Maruko dan kawan baiknya Tama-chan. Satu watak yang digemari oleh peminat Chibi Maruko-chan ialah datuk Maruko yang ikhlas tetapi pelupa. Jahil dan mudah ditipu, dia menyimpan seekor kura-kura dan suka menonton televisyen bersama dengan Maruko. Apabila berasa tertekan ataupun nostalgik, secara spontan, dia akan berundur ke dunia maya bersifat dalaman untuk membaikkan haiku yang sedih tetapi lucu tentang mindanya.

Jalan cerita tamat di sini.

Filem-filem[sunting | sunting sumber]

  • Chibi Maruko-chan (Toho, 1990)
  • Chibi Maruko-chan: My Favorite Song (1992)

Permainan Video[sunting | sunting sumber]

(Dikeluarkan di Jepun sahaja)

  • Chibi Maruko Chan: Okozukai Daisakusen (Game Boy, 1990)
  • Chibi Maruko Chan 4: Korega Nihon Dayo Ouji Sama (Game Boy, 1992)
  • Chibi Maruko-Chan (TurboGrafx 16, 1992)
  • Chibi Maruko-Chan: Waku Waku Shopping (Sega Mega Drive, 1992)
  • Chibi Maruko Chan: Maruko Deluxe Quiz (Game Boy/Neo-Geo, 1995)
  • Chibi Maruko-Chan: Mezase! Minami no Island (Super Famicom)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]