Cristian Brocchi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Cristian Brocchi
Christian Brocchi.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Cristian Brocchi
Tarikh lahir 30 Januari 1976 (38 tahun)
Tempat lahir Milan, Itali
Tinggi 1.72 m (5 ka 7+1116 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini A.C. Milan
Nombor 32
Kerjaya remaja
A.C. Milan
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1994–1998
1995–1997
1997–1998
1998–2000
2000–2001
2001–Kini
2005–2006
A.C. Milan
Pro Sesto (dipinjam)
Lumezzane (dipinjam)
Hellas Verona
Internazionale
A.C. Milan
Fiorentina (dipinjam)
00 (0)
57 (3)
30 (4)
59 (8)
15 (1)
99 (4)
34 (3)
Pasukan kebangsaan
2006 Itali 01 (0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga Jun 2006.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 22 Mac, 2008

Cristian Brocchi (lahir 30 Januari 1976, di Milan) merupakan pemain bola sepak Itali, yang sedang bermain bersama A.C. Milan ketika ini.

Karier[sunting | sunting sumber]

Karier awal

Memulakan kariernya di dalam sistem belia A.C. Milan, beliau telah dipinjamkan kepada Pro Sesto dan Lumezzane di awal pembabitannya.

Hellas Verona

Pada tahun 1998, Brocchi telah dijual kepada Hellas Verona di Serie B. Brocchi berjaya membantu kelab tersebut naik ke Serie A.

Internazionale

Selepas semusim di liga teratas, Inter Milan mengambilnya pada 2000.

Milan[sunting | sunting sumber]

Pada musim panas 2001, A.C. Milan mengambilnya semula dengan pertukaran pemain di mana Andrés Guglielminpietro, telah pergi ke Inter. Di AC Milan, Brocchi terpaksa bersaing dengan Fernando Redondo, Gennaro Gattuso, Andrea Pirlo, Clarence Seedorf dan beberapa lagi pemain handalan. Beliau hanya mampu membuat tidak lebih daripada 15 penampilan semusim, kebanyakannya sebagai pemain gantian. Walaubagaimanapun, kontrak beliau disambung pada September 2003.[1]

Fiorentina

Brocchi telah dipinjamkan ke ACF Fiorentina pada Julai 2005, dengan potensi perpindahan tetap di penghujung musim,[2] akan tetapi pada penghujung musim 2005-06, beliau kembali ke A.C. Milan. Ini disebabkan masalah kedua-dua kelab untuk mencari pemain baru berikutan skandal bola sepak Itali 2006.

Ketiga kali bersama Milan

Setelah kembali ke Milan, Brocchi buat pertama kali menjadi pemain utama, di mana beliau membuat 29 penampilan di Serie A pada musim 2006-07. Walaupun dengan kehadiran Emerson pada musim seterusnya, Brocchi masih mampu membuat 24 penampilan, 10 sebagai pemain dalam kesebelasan utama.

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Beliau membuat kemunculan sulungya di arena antarabangsa bersama Itali dalam perlawanan persahabatan menentang Turki pada 15 November 2006.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Brocchi juga mempunyai aktiviti lain di luar bola sepak, beliau membuka kafe di Milan bersama bekas rakan sepasukan di AC Milan Christian Abbiati, dan memulakan jenama pakaiannya sendiri (Baci & Abbracci) bersama teman rapat dan juga pemain bola sepak Christian Vieri dan model Alena Šeredova. Jenama tersebut telah menjadi semakin popular di Itali ketika ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Brocchi extends Milan stay". UEFA.com. 2003-09-19. Diperolehi pada 2008-05-27. 
  2. "Brocchi bound for Fiorentina". UEFA.com. 2005-06-19. Diperolehi pada 2008-05-27. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]