15 November
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | November 2013 | >> | ||||
| Ahd | Isn | Sel | Rab | Kha | Jum | Sab |
| 1 | 2 | |||||
| 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
| 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
| 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
| 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
| MMXIII | ||||||
15 November merupakan hari ke-319 (hari ke-320 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 46 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Republik di Brazil (1889)
- Shichigosan di Jepun.
Peristiwa [sunting]
- 655 - Penda dari Mercia ditewaskan oleh Oswiu dari Northumbria dalam Pertempuran Winwaed, di Yorkshire kini.
- 1864 - Perang Saudara Amerika: William Tecumseh Sherman (gambar) memulakan "Perarakan ke Laut" selepas membakar Atlanta, Georgia.
- 1920 - Perhimpunan agung pertama Liga Bangsa diadakan di Geneva, Switzerland.
- 1971 - Intel Corporation mengeluarkan 4004 (gambar), mikropemproses komersil pertama di dunia, berupaya melakukan kira-kira 60,000 arahan per saat.
- 1983 - Cypriot Turki di bahagian timur laut Cyprus mengisytiharkan pembentukan negara baharu Republik Turki Cyprus Utara, sehingga kini cuma diiktiraf oleh Turki.
- 1988 - Kapal angkasa lepas guna semula Soviet Buran dilancarkan untuk penerbangan sulung dan tunggalnya.
- 2001 - Microsoft melancarkan Xbox, konsol permainan video pertamanya.
- 2007 - Taufan Sidr melanda Bangladesh, mengorbankan lebih kurang 5,000 orang dan memusnahkan hutan bakau terbesar di dunia, Sundarban.
- 2008 - Pemimpin G-20 negara industri bertemu di satu sidang kemuncak di Washington, D.C. untuk membincangkan krisis ekonomi kini.
- 2010 - Alpha Condé memenangi pusingan kedua pilihan raya presiden Guinea.
- 2011 - Ellen Johnson Sirleaf terpilih semula sebagai Presiden Liberia.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||