Cuci

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
CUCI
Cucithemovie.jpg
Pengarah Hans Isaac
Syarikat penerbitan Tune Entertainment Group Sdn. Bhd
Tall Order Productions Sdn. Bhd.
Penerbit Dato' Tony Fernandes
Hans Isaac
Pengarang Hans Isaac
Harith Iskander
Lakonan Afdlin Shauki
AC Mizal
Awie
Hans Isaac
Mula tayangan 24 Januari 2008
Negara Bendera Malaysia Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Laman web rasmi

Rujukan Sinema Malaysia

CUCI merupakan sebuah filem cereka yang dibintangi oleh Afdlin Shauki, AC Mizal, Awie dan Hans Isaac. Filem arahan sulung Hans Isaac ini berdurasi 101 minit.

[sunting] Sinopsis

Mengisahkan empat pemuda yang merupakan anak angkat kepada sebuah keluarga telah meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke ibu kota Kuala Lumpur dengan satu azam untuk menceburi perniagaan pembersihan. Sebelum ini mereka banyak terlepas peluang pekerjaan disebabkan oleh sikap kurang ambil berat dalam segenap hal oleh adik-adiknya, dan membuatkan FAIRIL (Afdlin Shauki yang merupakan ketua dan seorang yang bercita-cita tinggi menggalakkan mereka menyertai sebuah pertandingan iaitu ‘Window Washing Olympic'. Pemenang dalam pertandingan ini akan menerima satu kontrak pembersihan yang besar iaitu membersihkan tingkap dan cermin bangunan pencakar langit KLCC, dan terceburlah adik beradik ini ke dalam dunia mencuci bangunan bangunan pencakar langit. Adakah adik-beradik FAIRIL, TAN (AC Mizal seorang yang cepat berputus asa dan yang takut kepada tempat tinggi, JOJO (Awie) yang berbadan besar dan cubamengambil alih tempat arwah nenek mereka TOK BI, dan KHAI (Hans Isaac) seorang yang lurus bendul menjadi penghalang kepada kejayaan FAIRIL kelak? Penganjur kepada pertandingan ini adalah CJ (Erra Fazira) dan dibantu oleh KALSUM (Umie Aida) yang diminati oleh KHAI dan JOJO. Tanpa pengetahuan KHAI, WIRA (Khir Rahman) yang merupakan pemegang kontrak pembersihan yang lepas, juga menyimpan perasaan terhadap CJ.

Dengan kepintaran dan semangatnya serta kekayaannya, WIRA percaya dia mampu memenangi hati CJ. Adakah CUCI-CUCI SERVICES akan memenangi pertandingan tersebut? Dan siapakah yang mampu menambat hati CJ? Segala persoalan akan terjawab dengan menonton filem CUCI.

Sebuah filem sulung arahan Hans Isaac, dengan mengambil pemandangan yang mengagumkan di sekitar Kuala Lumpur, bukan untuk jenaka semata-mata, tetapi melihat tentang kisah empat pencuci tingkap dengan sudut kamera yang menarik dan mampu membuatkan anda tidak berganjak dari tempat duduk. Kelakar, menyentuh hati, dan penuh dengan aksi-aksi komedi dengan kemunculan bintang terkenal seperti Dato’ Rahim Razali sebagai ahli perniagaan yang berjaya dan juga bapa kepada CJ. CUCI merupakan sebuah filem yang penuh warna-warni, bekerja keras, dan penuh ceria serta cuba membawa mesej ‘Malaysia Boleh Lakukan Jika Mereka Mencuba’ dan ANGAN-ANGAN ADALAH LANGKAH PERTAMA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN.

[sunting] Pautan Luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain